setelah 4 kali mencuba akhirnya aku diterima Miss I tapi semua itu sudah tak bermakna lagi…

Life February 24th, 2010

~cerita bermula~
masih ingat lagi kisah aku dan Miss I?
setelah 4 kali mencuba akhirnya aku telah diterima,
tapi malangnya aku dah tawar hati terhadap Miss I…
mungkin sebab dia terlalu cerewet,
banyak perkara yang diharapkan pada aku,
nak itu, nak ini, kena begitu, perlu begini…

tapi bila saat aku memerlukan dia,
ternyata dia agak mengecewakan,
punyalah panjang aku tanya sepatah dia jawab
itu pon setelah beberapa hari aku menunggu dengan penuh harapan

dan nampaknya Miss I memang tidak sesuai untuk aku,
walaupun dalam tempoh percubaan kami nampak begitu serasi sekali bersama…
tapi itu hanya dari luaran sahaja.
jika ada jodoh mungkin pintu hati aku akan terbukak kembali…
dan mungkin aku akan mencuba untuk kali yang kelima
tapi semua itu kemungkinan yang agak mustahil sekali
~cerita tamat~

hohoho panjang pulak rentetan untuk kali ini tapi itulah luahan rasa hati yang terpendam. kepada yang selalu membaca blog iniΒ  mungkin akan mengerti dan kepada yang baru nak cuba membaca mungkin akan pening kepala sambil berkata betapa jiwangnya topo hari ini.. akhir kata satu je pesanan aku untuk kali ini:

kita selalu mengabaikan permata yang ada di depan mata, dan bila kita telah kehilangan permata berkenaan barulah kita sedar betapa bernilainya ia

renung-renungkan dan selamat beramal.. hohoho

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

23 Responses to “setelah 4 kali mencuba akhirnya aku diterima Miss I tapi semua itu sudah tak bermakna lagi…”

  1. chokilala says:

    aku 2-2 permata aku jaga beb. xsanggup nak jeopardize gelihati aku. haha. biar join miss i, earning bertambah daripada earning yang sedia ada. bukan tambah sini, tapi kurang sana

    erm. mungkin personal blog rojak dia xnak sangat la. lagipun trafik personal blog x menentu. huhu. xpe la, bila semua dah pakat-pakat pindah miss i, offer untuk miss n terbuka lebih luas, x gitu? harap-harap la. hehe

    [Reply]

    paeh Reply:

    fuhh. dasat ah choki… kalau ada semua dia jaga… good2

    [Reply]

    faiq Reply:

    oo baruaku tau miss i tu ape/ haha

    [Reply]



  2. hydir says:

    haha .. pasal iklan pun nak jiwang ke … adehhh

    [Reply]

    syin Reply:

    hahahaha…nama dah pun topotato…mesti la mat jiwang………hahahaa………

    [Reply]

    syin Reply:

    masih ku ingat semalam 23.2.10 kali pertama aku lihat si miss i berlegar disini….entah kenapa, pada waktu pagi yg hening dikala aku keseorang di ruang tamu, mata ku tercari2 tempat si dia (miss i) pernah jejak…tapi apakan daya, dia telah pergi kerana abg topo sengaja tinggalkan si dia dek tak dapat tunaikan syarat utk bersama…………..

    nukilan,
    syin a.k.a tuan punya blog syinrayafa.

    [Reply]



  3. Miss I says:

    nie la lelaki. lepas bersekedudukan dgn i, balik kat isteri tua jugak. tape. harta u nnti bg 50%. kes3x.

    [Reply]



  4. apiih says:

    hohoho..Miss I x sesuai ke??X de jodoh kot..hahaha

    [Reply]



  5. Jard says:

    so kamu single la ek? ehehe

    [Reply]



  6. Kujie says:

    huhuhu…………. mengiur mcm mana pun..isteri pertama juga yg dicari..:p

    [Reply]

    topo Reply:

    hohoho cinta pertama yang paling manis…

    [Reply]



  7. samanosuke_04 says:

    tak paham awal2, bila dah bace komen baru aku paham jiwang si topo nie.. ngohoho

    [Reply]



  8. sickchild72 says:

    bodo sial hahaha.
    ko cite pasal iklan ke pasal awek.
    ko jangan duh curang. aku sepak kang

    [Reply]

    topo Reply:

    curang jadah apenya.. awek pon xde.. bini pon xde.. nak curang pada sape plak…

    [Reply]



  9. blowie says:

    Miss I masyuk, Miss N banyak event πŸ™‚

    [Reply]



  10. naz says:

    Miss I sgt hot & murah hati πŸ˜€

    [Reply]



  11. hafizmd says:

    Miss I tak cukup seksi kot..Miss N juge akhirnya yg dicari..cinta pertama mmg sukar dilupakan..hehe

    [Reply]



  12. azizan4444 says:

    kalau dpt miss i tu..makin ijau la blog ni…hoho

    [Reply]



  13. aizuddin says:

    oh miss i..adakah kita ada jodoh pasni?
    cukup jiwang x ni?hehe

    [Reply]



  14. khai dot com says:

    jiwang jugak ni..hehe

    [Reply]



  15. DaHLia says:

    hehee..tau Miss I yang mana πŸ™‚

    [Reply]



  16. titan says:

    La..try aje. Dengan trafik yg ko ada nih..senang-senang nak dapat rm5 setiap hari dengan innity..

    [Reply]



  17. beliamuda says:

    dan akhirnya ko still dengan miss n. πŸ™‚

    [Reply]



Leave a Reply