Dunia blog topo 3 tahun dari sekarang

Blogging October 12th, 2012

Masih belum tamat pon lagi episod 5 tahun pengalaman hidup sebagai penulis blog dah cerita pasal perancangan masa depan pula haha. Rasa macam back to the future pulak, naik Delorean pergi ke masa lampau lepas tu patah balik lepas tu pi masa depan pulak haha. Sebenarnya siri pengalaman 5 tahun tu dah ada beberapa episod tapi aku masih belum berkesempatan nak touch up dan post lagi. Post ini pon aku tulis kerana nak kejar dateline tugasan kedua pertandingan yang dianjurkan oleh saudara Eizil. Maka dengan ini dipersembahkan apa yang aku ingin capai dalam masa 3 tahun lagi.

Delorean Back to The Future

Delorean Back to The Future

Kalau ikut perkiraan dalam masa 3 tahun lagi genaplah usia 8 tahun topo sebagai penulis blog. Harapan dan perancangan pertama sekali adalah aku sangat berharap agar dalam masa 3 tahun lagi aku mampu untuk mengekalkan lagi status sebagai seorang penulis blog. Mungkin aku akan ada blog baru dan mungkin juga ada blog yang terpaksa dikuburkan. Tapi tak kisahlah janji aku masih lagi menulis blog. Ini keranatelah banyak yang aku dapat dan pelajari sepanjang 5 tahun bergelar penulis blog. Dengan penambahan 3 tahun lagi pasti lebih banyak ilmu yang dapat aku pelajari.

Diharapkan 3 tahun akan datang kehidupan aku sudah semakin stabil dan mungkin akan melangkah ke alam perkahwinan pula. Aku sangat berharap agar aku dapat kongsikan pengalaman pahit getir, suka duka ketika mahu melangsungkan perkahwinan di blog. Mungkin juga livestream majlis perkahwinan di blog bagi tatapan rakan-rakan alam maya sekalian haha. Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat sekarang aku yakin ia dapat direalisasikan. Jadi untuk mencapai target 3 tahun ini mungkin aku patut mula mencari calon yang sesuai dari sekarang haha.

Satu cita-cita aku dari kecil adalah untuk menulis atau menghasilkan sebuah buku sendiri. Mungkin pengaruh daripada novel-novel cinta Ahadiat Akashah yang aku banyak baca sewaktu zaman sekolah dulu membawa kepada cita-cita ini. Tapi malangya aku bukan seorang penglipur lara dan pencerita yang baik. Jika dilihat dalam 5 tahun pembabitan aku dalam dunia penulisan blog ini tiada satu pon kisah peribadi catatan harian ataupun non-fiction yang wujud di mana-mana blog aku. Jadi aku harap dalam masa 3 tahun akan datang aku dapat mengasah lagi bakat menulis dan mampu menghasilkan sebuah buku. Kalau tak dapat buku novel 1080 muka surat dapat terbitkan jurnal pon dah cukup baik hehe.

Selain itu pengaruh komik-komik Jepun dan juga Cina seperti Pendekar Laut dan Wira Tunggal membuatkan aku bercita-cita untuk membuat atau melukis komik sendiri. Tapi aku sedar bakat melukis aku memang di tahap yang sangat mengecewakan jadi aku cuba sesuatu yang berbeza iaitu melukis menggunakan tetikus. Sebagai langkah permulaan, pada Februari 2010 aku telah mewujudkan cisdel.com. Di situ aku ada kongsikan gelagat lembu cisdel yang berkaitan dengan setiap post. Diharapkan 3 tahun yang akan datang aku dapat memperbaiki teknik melukis aku lagi dan memperkembangkan lagi cisdel.com menjadi blog komik atau blog ilustrasi aku sendiri.

lembu cisdel dan kawan-kawan

Selain itu aku ada beberapa perancangan lagi tapi ia melibatkan perancangan 5 tahun akan datang haha. Jadi tak perlulah aku kongsikan dalam post ini ye. Kalau kongsikan nanti takut-takut ada orang tiru pulak haha. Sekian post ini didatangkan khas oleh blogging contest eizil. Kalau takde contest ni memang setahun sekali la aku update topotato.com yang kacak ini haha

3 Responses to “Dunia blog topo 3 tahun dari sekarang”

  1. titan says:

    hoho..dah lama aku tak lepak sini wehh..

    [Reply]

    topo Reply:

    kahkahkah aku pon dah lama tak update blog ni wehh..

    [Reply]



  2. cara cepat berjaya dalam perniagaan says:

    tulisanya unik banget

    [Reply]



Leave a Reply