70-410 exam 70-488 dumps 70-461 exam MB5-705 dumps 200-120 exam 70-486 dumps 70-411 exam 70-480 dumps 70-346 exam 70-462 dumps 70-347 exam 70-412 dumps 70-483 exam 70-417 dumps MB2-703 exam 70-331 dumps 220-802 exam C4040-252 dumps C_TADM51_731 exam 1Z0-061 dumps 70-487 exam 400-101 dumps CCD-410 exam 100-101 dumps MB2-700 exam 1Z0-060 dumps 70-463 exam EX200 dumps C4040-250 exam 300-115 dumps 640-554 exam 70-533 dumps 70-532 exam VCP550 dumps 1Z0-803 exam 220-801 dumps 300-101 exam 70-467 dumps CISSP exam SY0-401 dumps MB2-702 exam 640-911 dumps 74-335 exam 700-505 dumps 70-414 exam 810-401 dumps 700-501 exam CCA-500 dumps N10-005 exam 70-243 dumps E10-001 exam VCP-550 dumps 1Z0-062 exam 70-466 dumps 200-101 exam 70-489 dumps MB2-701 exam 640-864 dumps A00-211 exam C_TAW12_731 dumps 98-364 exam M70-201 dumps 70-413 exam EX0-001 dumps HP0-J73 exam ICBB dumps JN0-102 exam M70-301 dumps 640-461 exam MB6-871 dumps C_TFIN52_66 exam OG0-093 dumps 1Z0-144 exam M70-101 dumps 350-018 exam C_TSCM52_66 dumps C_A1FIN_10 exam EX300 dumps DEV-501 exam 70-680 dumps C_HANASUP_1 exam 312-50v8 dumps C2020-702 exam MB2-704 dumps MB7-701 exam SK0-003 dumps AWS-SysOps exam HP0-S41 dumps HP2-B115 exam C4040-251 dumps 101 exam 9L0-422 dumps 70-534 exam 98-349 dumps 70-341 exam 300-208 dumps 400-051 exam 98-365 dumps HP5-B04D exam PMP dumps 642-874 exam 70-332 dumps PRINCE2 exam 1Z0-051 dumps 1Z0-052 exam 1Z0-053 dumps 312-49v8 exam 74-343 dumps 74-697 exam 98-367 dumps ICGB exam SSCP dumps 9L0-012 exam 3002 dumps 3308 exam 3309 dumps 6209 exam 210-451 dumps 300-070 exam 300-075 dumps 300-085 exam 500-260 dumps 500-801 exam 700-201 dumps 700-703 exam 700-801 dumps 1Y0-201 exam 1Y0-301 dumps CAS-002 exam LX0-103 dumps LX0-104 exam CWSP-205 dumps E10-002 exam E20-026 dumps E22-258 exam ITILF dumps HP0-A113 exam HP0-D30 dumps HP0-S42 exam HP2-Z36 dumps C2030-284 exam C2070-991 dumps C2090-560 exam C2150-200 dumps C2180-410 exam C2210-422 dumps C4090-971 exam P2090-739 dumps CTFL_001 exam 010-150 dumps 101-400 exam 74-678 dumps 98-368 exam MB6-702 dumps MB6-703 exam NS0-157 dumps 1z0-400 exam 1z0-414 dumps 1z0-429 exam 1z0-430 dumps 1z0-432 exam 250-272 dumps ST0-304 exam VMCE_V8 dumps 1V0-601 exam 1V0-605 dumps VCAN610 exam
Women Who seem to different watches cheap replica omega watches just look, this particular view using the specifics signify that the women kind has a new kind of skill. Beneath the actual soft, tasteful layout can be a robust defeat "core" dusty, DONNA Good quality 50 extra-long quality audemars piguet replica electric power arrange view Ms. development scientific limits, to make steady electric power just for this women kind, which can be the past with the primary together with the usa through Women extended electric power arrange view. Luxury just longines replica watches for women like romantic, soft, Omega's makers usually are often good at recording the actual beauty with lifestyle accidentally, to help convey the actual beauty of women for that story as well as reward with the mundane character. Following the actual 2014 launch with replica cartier watches for men uk the primary feather easy view, this particular Omega Constellation set PLUMA sent feather easy view brand new different watches, mummy of pearl dial with a brand new appearance magnificent debut. Soft barrier dial tends to make this particular view would not replica rolex watches for sale want to guide think of the actual summer sun's rays makes warmness bread. Different watches along with different watches with the very same feather iwc replica for lady easy, this particular 20 mm view features eleven embedded inside the prime with the arched mounting brackets 18K antique watches gemstone hour prints, soft curves with the bezel swiss breitling replica watches for man iconic "drag claw" extend, multiply for the full dial.

5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog: Episod 1

Blogging September 25th, 2012

Kalau ikut kira-kira yang sebenar berdasarkan arkib dalam blog ni bulan Disember nanti baru genap 5 tahun aku jadi penulis blog. Tetapi memandangkan aku rasa nak buat banyak episod maka aku tulis la awal-awal. Menjelang bulan Disember nanti dah boleh genap 5 episod rasanya.

Ini adalah episod pertama daripada 5 episod siri kisah perjalanan hidup topo sebagai penulis blog. Sempena kelahiran semula blog ini rasanya sesuailah aku kongsikan sedikit pengalaman hehe. Episod pertama ini aku akan ceritakan pengalaman pada tahun pertama sebagai penulis blog episod 2 bagi tahun kedua dan seterusnya.  Post kali ini mungkin akan menjadi sangat panjang. Semoga anda tabah membacanya.

Prolog

Aku mula menulis blog pada 2 Disember 2007 tujuan utama kerana aku dah bosan dengan internet dan tak tahu nak buat apa lagi masa tu. Selain itu aku rasa rugi online 24 jam tanpa dapat apa-apa. Pada masa tu zaman kegemilangan Friendster, Myspace dan sebagainya tapi friendster pada masa itu agak membosankan, hanya ada sekadar profil dan tunggu ada orang bagi testimoni sahaja.  Jadi aku mula mencari satu benda baru untuk diteroka di internet.

adsense

Semasa pencarian aku itu, kawan aku ada kongsikan sebuah ebook bertajuk “Buat Duit dengan Adsense”.  Mula-mula aku baca secara santai sahaja sebab tak berapa yakin sangat dengan adsense ni. Tapi dalam buku itu ada 1 bab mengajar tentang cara-cara nak buat blog menggunakan blogger.com. Bermula dari situ la aku mula membuat blog dan menjadi penulis blog.

Blog pertama yang aku tulis adalah menggunakan platform blogger beralamat mylifeastopo.blogspot.com. Nama my life as topo diilhamkan daripada kartun yang agak popular pada masa itu iaitu “My Life As a Teenage Robot”. Blog itu diwujudkan sebaik sahaja aku khatamkan ebook cara-cara menjana wang melalui adsense. Itulah sumber pertama tempat aku belajar tentang blog. Tapi selepas beberapa lama menulis blog baru aku sedar betapa susahnya nak dapatkan duit daripada blog ni.

1) Tahun Pertama

Setelah beberapa lama menggunakan adsense baru aku sedar bahawa di blog berbahasa Melayu adsense hanya menguluarkan iklan khidmat masyarakat sahaja dan tidak mendatangkan sebarang pendapatan. Walaupun demikian, kegairahan aku untuk menulis blog semakin bertambah dah tidak kisah sangat tentang adsense itu. Ini mungkin disebabkan kerana mungkin aku dah dapat merasakan kemanisan untuk menulis blog hehehe. Blog pertama tempat aku mula-mula belajar pelbagai ilmu tentang blog adalah Jackbook.com, blog yang ditulis oleh blogger Indonesia dalam Bahasa Inggeris. Berbeza seperti sekarang, 5 tahun dulu agak kurang blog-blog yang berkongsi tips tentang blog.

Selepas beberapa ketika menuntut ilmu di JackBook, keghairahan untuk menulis blog semakin membara. Aku mula mencari blog-blog yang ditulis oleh rakyat Malaysia dan akhirnya aku terjumpa Amanz.net. Pada masa itu amanz ada menyenaraikan 7 blog tempatan yang cantik dan cun. Dari situ aku mula mengenal blogger-blogger otai dari Malaysia seperti emptyspace,cypherhackz, dan lain-lain lagi.

tema wordpress

tema wordpress pertama: So Delicious 2.0 Green

Aku menulis blog di platform blogger hanya untuk sebulan sahaja. Pada 5 Januari 2008 aku telah berpindah ke subdomain fwenz.info dan menggunakan alamat mylifeastopo.fwenz.info dan menggunakan platform wordpress. Pada masa itu aku tak tahu apa-apa pon tentang domain, sub-domain, hosting dan sebagainya. Aku berpindah hanya kerana ingin mendapat alamat yang lebih unik sahaja.

Selepas beberapa ketika menumpang di fwenz.info aku semakin mengenali tentang domain, hosting dan sebagainya. Aku juga merasakan aku dah bersedia untuk memiliki domain dan hosting sendiri. Selain itu kekaguman aku terhadap platform wordpress juga menjadi salah satu sebab aku ingin berpindah dan hidup berdikari di atas domain dan hosting sendiri hehe.

Jadi pada  10 Mei 2008 blog ini telah berpindah ke alamat topotato.com dan menggunakan hosting sendiri di CGYHost. Jika anda ingin tahu kenapa aku memilih nama domain topotato.com sila baca post ini. 5 tahun dahulu boleh dikira dengan jari berapa ramai penulis blog yang mempunyai domain sendiri terutamanya blog yang bersifat peribadi dan tiada niche tetap. Jadi memiliki domain dan hosting sendiri merupakan satu benda yang boleh dibanggakan dahulu hehe.

1.1) Gaya Penulisan

Pada awal masa mula menulis blog dahulu, aku menulis blog dEngAn TuLiSAn SePerTi InI.. Mungkin kononnya untuk mengikut trend yang popular pada masa itu kot. Tapi bila aku dah berpindah ke platform wordpress aku dah memperbaiki sedikit demi sedikit gaya penulisan aku dan menggunakan ejaan yang lebih elok lagi. Selain itu, beraspadu juga merupakan salah satu sebab kenapa aku menukar dan memperbaiki gaya penulisan aku. Ini kerana saudara Hasbullah Pit, pengasas beraspadu menetapkan syarat agar memperbaiki gaya penulisan jika ingin diterima di beraspadu. Lebih banyak tentang beraspadu akan diceritakan selepas ini.

Tahun pertama ini aku banyak bereksperimentasi dan mencari rentak yang sesuai untuk menulis. Yela sebelum ni tak pernah menulis diari dan sebagainya, tulis karangan dekat sekolah pon seminggu sekali je dan tak pernah terfikir pon nak jadi penulis sebelum ini. Atas sebab itu pada tahun ini aku menggunakan pelbagai gaya penulisan dan genre.

1.2) Cara Mempromosi Blog

5 Tahun dahulu facebook dan twitter masih tidak popular lagi. Friendster dan Mysapce juga tidak berapa mesra untuk dijadikan medium tempat mempromosikan blog. Jadi perkongsian melalui laman media sosial pada masa itu agak sukar. Tapi pada masa itu wujud juga laman khas untuk mempromosikan blog. antara yang aku ingat adalah BerasPadu dan Blogtidue. Kedua-dianya adalah merupakan laman aggregator yang memaparkan secara automatik blog-blog yang berdaftar, Pada masa itu juga kebanyakkan blogger berebut untuk mendapatkan title post popular untuk dipaparkan di muka depan blogtitude. Melalui blogtitude jugalah aku mengetahui tentang tawaran untuk menumpang di domain fwenz.info oleh saudara emptyspace.

blogtitude

Antara muka blogtitude (diambil dari Amanz.my hehe)

Selain itu aku juga pernah cuba untuk menggunakan innit sebagai medium untuk promosi tapi malangnya kurang berkesan sebab dikuasai oleh kebanyakkan blogger yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Berbeza dengan Blogtitude Innit yang juga merupakan produk Nuffnang adalah laman social bookmarking dan bukannya aggregator. (klik sini untuk penerangan lebih terperinci tentang perbezaan aggregator dan social bookmarking)

1.3) Pendapatan Melalui Blog = RM 192.24 +-

Seperti yang aku tulis pada awal post ini, tujuan aku menulis blog adalah untuk menjana pendapatan melalui blog. Pada tahun pertama aku banyak menjana pendapatan melalui contest sahaja. Segala jenis contest yang ada di alam maya ni semua aku cuba dapat la juga sedikit pendapatan hasil kemenangan tu. Selain itu aku juga ada mencuba beberapa syarikat pengiklanan internet termasuklah adsense, advertlets dan nuffnang. Tahun pertama hanya nuffnang sahaja membuahkan hasil tapi aku hanya dapat cek pertama daripada nuffnang pada November 2008 setelah hampir setahun menjadi penulis blog. Advertlets aku hanya gunakan seminggu sahaja sebab tiada keserasian antara kami hehe

1.4) Krisis

5 tahun dulu rasanya tiada drama-drama blog yang terlalu hebat. Tiada 5000 followers nak bash di blog, dan sebagainya. Tapi yang paling memberi kesan mungkin krisis dengan CGYHost dulu. CGYHost adalah syarikat penyedia hosting dan domain yang aku mula-mula gunakan dahulu. Kalau anda berminat nak baca kiris aku dengan CGYHost sila buka link ini.

Melalui krisis ini la banyak perkara yang aku pelajari. Siap ada blogger offer ada orang nak bagi tumpang hosting dia sampai jumpa hosting pengganti. Pada pada 10 mei 2008 topotato.com berjaya dihidupkan dan dihostkan dengan bergayanya di serverfreak.

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada blog-blog yang banyak memberi impak pada awal pembabitan aku sebagai seorang penulis blog. Ikuti kisah tentang semua blog-blog berkenaan di post ini.

Cukuplah sampai disini sahaja untuk episod pertama siri “5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog”. Episod pertama ini memakan masa sehingga lebih 2 minggu untuk disiapkan. Episod 2 nanti tak tahulah macam mana hohoho. Episod pertama ini juga bertujuan khas untuk menyertai contest blogging anjuran Eizil.com. Kiranya sambil menyelam minum air la kalau ada yang berminat nak sertai contest ini juga sila layari Eizil.com.

16 Responses to “5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog: Episod 1”

  1. kujie says:

    rindu zaman tu..betapa kitaa begitu bersusah payah mendapaatkan tutorial dan tips…adaa banyak blog tutorial yg original..maksudnya mereka buat atas ilmu dan kefahaman terhadap blog.

    tak sabar nk bacaa lagi entri blogger lama mcm topo, ada sentuhan jiwa yng susah nak jumpa sekarang….

    [Reply]

    topo Reply:

    tula susah nak dapat seru untuk tulis blog macam dulu lagi hehe

    [Reply]



  2. Eizil says:

    Ada beberapa nama dalam artikel ko ni yang membuatkan aku terimbau kisah lama… Tapi takperlah, benda dah berlalu dah pun… yang penting sekarang dah tak terlibat dengan nama-nama tu…

    ok tetiba komen agak emosi sket… :D terima kasih bro sebab selitkan episod 1 ni untuk aktiviti yang dianjurkan di eizil.com

    [Reply]

    topo Reply:

    kisah lama apa tu bro? hehe

    [Reply]



  3. nurmisnan says:

    pengalaman yang mearik dalam episod satu waaupun disiapkan
    dalam masa 2 minggu.. ehemmm.. panjang jugak ekkk.. hik3
    belum lagi 2 – 5.. banyak tuh..

    Gd luck and all d best brother

    [Reply]

    topo Reply:

    ambil masa lama sebab ada banyak kerja lain.. kalau fokus pada blog je mungkin sekejap je dah siap hehe

    [Reply]



  4. Naziman says:

    Bila blogger otai mula berbicara tentang masa silam, memang mengimbau kisah lama juga.Saya baru juga mula aktif blogging ni. Tapi jenguk-jenguk sal blogging ni 5 7 tahun lepas tak silap. Tapi orang kata pengalaman orang yang melalui tidak sama dengan pengalaman orang yang tengok. Dulu sempat juga tengok tips tutorial ni susah nak jumpa. Sekarang ni dah banyak. Nak kena follow cerita topo ni. Best juga dengar cerita dari blogger otai.

    [Reply]

    topo Reply:

    err mana ada otai bro haha old timer je tu pon tak lama sangat.. kalau ikutkan 5 tahun baru masuk tadika hehehe

    [Reply]



  5. sensasi2020 says:

    Semoga berjaya dlm perebutan. Byk pengalaman dilalui dan tip yg amat naik anda lakukan.

    [Reply]



  6. wazy says:

    salam
    pengalaman mematangkan diri kita di dalam dunia blogging ni kan ? hehe
    teringat tahun 2008 tu yang boleh dikatakan zaman kegemilangan blogger.good lcuk topo

    [Reply]

    topo Reply:

    salam, boleh dikatakan macam tu jugak la, pengalaman mematangkan. Tapi kalau berhenti-berhenti macam aku ni takde la banyak pengalaman sangat hehehe

    [Reply]



  7. musi says:

    salam ;
    5 tahun bukan calang-calang blogger, ni dah mantap…teruskan, blog bro lawa, entri ni memberi banyak pengetahuan berkaitan blog, terima kasih.

    [Reply]



  8. catzer says:

    Baru 5 thn bro..rileks2…jgn berenti merapu erk :)

    [Reply]



  9. titan says:

    pehhh..siap wat siri lagi tu..

    [Reply]



  10. amirulfaiz says:

    Mak aih, siap ada banyak episod lagi tu..

    [Reply]



  11. beliamuda says:

    Berjaya jugak baca habis Episod 1 ni.

    Lima tahun dah berlalu. Pengalaman yang ada sebelum ni tu sangatlah berguna walaupun dunia blog dah banyak berubah sejak setahun dua kebelakangan ni.

    Teruskan blogging!

    [Reply]



Leave a Reply