ChurpChurp Dah Pulangkan Earning yang Hilang dalam Akaun Yeay!

Life October 2nd, 2012

Ramai yang gusar bila tengok pendapatan mereka di web ChurpChurp tiba-tiba hilang dan berkurangan. Aku pon tergolongan dalam golongan tu jugak hehe yela walaupun tak seberapa tapi setiap pendapatan tu adalah hasil titik peluh kita sendiri. Penat je karang ayat cinta gempak tarikΒ  perhatian ramai orang untuk klik iklan churp2 itu. Kawan aku pernah cakap 10 sen pendapatan di internet adalah lebih besar daripada Rm10 duit biasa. Kadang-kadang aku bersetuju juga dengan pendapat tu haha.Β 

ChurpChurpSeperti yang sedia maklum masalah kehilangan earning dan akaun di Churp2 adalah disebabkan masalah yang melanda syarikat hosting terkemuka di Malaysia, Exabytes. Sila rujuk post daripada Churp2 penerangan masalah berkenaan. Pihak Churp2 sedar dengan masalah itu dan mengambil langkah dengan membuat satu borang aduan untuk menyelesaikan masalah yang melanda ini. Tapi ramai yang komplen kerana mereka perlu masukkan screenshot bukti kempen yang pernah mereka buat sebelum ini.

Memang agak mustahil la ada orang simpan screenshot benda-benda tu semua. Aku sendiri sekarang ni dah tak simpan screenshot earning bagai (dulu rajin la haha). Tapi ChurpChurp kata takpe, contact je dulu nanti dia cuba track kalau boleh. Aku pon cuba-cuba nasib isi borang yang telah disediakan tu, letak ayat berbunga-bunga sikit. Aku memang tak ada simpan screenshot tapi aku ingat last time aku cek earning aku ada RM88++. Tapi dekat borang tu aku tulis sebelum ni earning aku RM80++ je.

Aku hantar borang tu pada 30 September 12 dan pada malam ini aku dapat email kata dia dah masukkan kembali earning yang dah hilang tu dan earning aku sekarang ni dah jadi RM80. Walaupun tak dapat jumlah yang tepat berapa aku hilang tapi dah dapat ni pon aku dah cukup bersyukur dah. Yela lebih baik kurang pada kita kan daripada terlebih, puas pulak nak pulangkan balik nanti hehe .

Walau apa pon pengajarannya disini, masalah seperti server down, database corrupt, ada pekerja tak amanah delete database itu adalah perkara luar jangka yang mungkin akan berlaku. Apa yang penting adalah bagaimana untuk kita menghadapinya dan memperbaikinya semula. Pengajaran kedua, rajin-rajin la main screenshot tu ye untuk segala bahan bukti di kemudian hari hehe. Sekian renung-renungkan dan selamat beramal πŸ™‚

p/s: dalam draf dah siap episod 2 siri “5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog” tapi aku nak biar dulu la haha sebab lambat lagi ulang tahun ke 5 tu. Sebulan sekali boleh kot post haha.

6 Responses to “ChurpChurp Dah Pulangkan Earning yang Hilang dalam Akaun Yeay!”

  1. Encik Anif says:

    Alhamdulillah.. Eraning yang hilang sudah dikembalikan πŸ˜€

    [Reply]



  2. catzer says:

    encik topo..apa bikin skang…rindu tak kat aku πŸ˜‰

    [Reply]



  3. Aisyah Sinclair says:

    Hello! Berjaya cari blog ‘Humble & Modest’ ! πŸ˜€ Tadi pergi ke link blog yg lama, of course, failed. Then, Google bagi option untuk pergi ke sini.

    Walaubagaimanapun, tahniah sebab sudah dapat kembali earning dari ChurpChurp, H&M!

    [Reply]



  4. titan says:

    dah lama gak aku tak check akaun churpchurp aku. ada berapalah agaknya yekk..

    [Reply]



  5. amirulfaiz says:

    Err, ada pekerja tak amanah yang delete database? Ke dia terdelete?

    [Reply]



  6. beckhr00y says:

    aku pun dah dpt balik πŸ™‚

    [Reply]



Leave a Reply