respon topo: “Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum”

Reviews February 23rd, 2010

semenjak 2 menjak ini aku memang gemar tengok MHI dan dengar tentang ulasan berita yang menarik di akhbar tempatan.. Hari ini aku sangat tertarik dengan petikan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Februari 2010 bertajuk “Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum” berikut adalah respon topo terhadap artikel itu.

Tren LRT

Secara purata, di dalam ketiga-tiga perkhidmatan tren yang memuatkan 10,000 hingga 40,000 penumpang bagi setiap perjalanan itu, hanya seorang hingga empat penumpang yang membaca buku di dalamnya.

Sejak dari kecil memang mak aku cukup marah kalau baca buku dalam kereta ke dalam bas ke.. bukan sebab mak aku tak kasik baca buku tapi.. korang tak pening kepala ke membaca dalam kenderaan bergerak? apatah lagi dalam tren adeh.. bukan kata masa membaca boleh pening sedangkan aku duduk diam-diam je pon pening kepala jugak.. korang bagaimana?

e-buku (ebook)

Penggunaan e-book atau buku elektronik tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

Aplikasi dengan banyak kelebihan ekoran saiznya yang tidak memerlukan ruang untuk disimpan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan di pasaran, namun perkhidmatan tersebut masih belum mendapat tempat di hati masyarakat.

Besar kemungkinan rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan dan kecanggihan teknologi e-buku itu walaupun hakikatnya banyak perpustakaan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada ahli-ahlinya.

point ini mungkin aku akan respon dengan agak mengarut sedikit.. hohoho aku ada beratus-ratus e-buku tak kira la didapati secara haram atau halal hehehe. Tapi malangnya aku tiada alat untuk membawa ebuku itu kemana-mana. Lantaran dari itu aku terpaksa duduk terperuk di depan PC untuk membaca ebuku berkenaan. Nak bawak PC aku naik LRT semata-mata untuk membaca ebuku? hehehe bukan idea yang bijak. Dan jika aku ada ebuku berkenaan di PC aku, buat apa aku nak ke perpustakaan untuk membaca ebuku yang sama?

Perhentian Bas

Sukar untuk melihat orang ramai membaca. Secara purata hanya seorang atau dua orang yang membaca di lokasi umum itu.

hohoho yang ini aku tak nak komen.. ye la.. esok nanti aku bawak buku yang aku baru beli minggu lepas yang resit dia aku masih simpan lagi kononnya boleh tolak cukai pendapatan. dan aku akan bawak sekali buku nota, pensel, pemadam, pen untuk salin benda penting yang ada dalam buku itu. hohoh memang menjadi kebiasaan aku kalau nak baca buku kena ada alatan-alatan berkenaan. Sayang oo nak conteng buku baru, mahal plak tu aku beli.. dan jika perlu nanti aku bawak sekali meja belajar masa tunggu bas.

Universiti

Hasilnya, rata-rata pelajar universiti itu juga tidak gemar membaca buku. Kebanyakan mereka sekadar mengepit buku ke kafeteria atau ke tempat-tempat berehat.

Pelik aku kenapa skuad penyiasat Utusan Malaysia pergi usya kafetaria dekat universiti. hohoho diorang kepit buku tu mungkin sebab diorang baru balik library ke. Ni nak pergi makan sekejap dekat cafe. Kalau baca buku dekat cafe nanti kalau buku tu terkena sambal ke, rosak ke kan dah kena ganti (hahahaah alsan seribu alasan). Lain kali pergi la melawat library ke, pondok-pondok wakaf ke tengok la berapa ramai yang tido dating baca buku dekat situ. Confirm tak kecewa punya.. hohoho

Pusat Membeli-belah

tiada seorang pun pengunjung membaca buku sementara menunggu suami, isteri atau anak-anak selesai membeli barangan.

hohoh yang ini memang aku tak layak nak komen. sebab pusat membeli-belah pon aku pernah jejak 2-3 kali je setahun.. hohoho tapikan dalam 2-3 kali tu aku selalu gak masuk Popular ke kedai buku Thai Kuang ke.. MPH ke.. ramai je manusia yang duduk bersila atas lantai sebelah rak buku untuk membaca. hoho itu pon kawasan pusat membeli belah jugak kan?

aku rasa cukup la sampai di sini sahaja respon aku sebab petikan artikel ini pon aku amek secara online dari Utusan Malaysia online.. Dan di situ sampai point tu je yang ada.. hohoho kalau ambil dari surat khabar fizikal malas plak aku nak taip. dan dikesempatan ini aku nak bertanya siapa tahu pasal e-paper? kononnya akhbar versi digital tu. kat mana boleh langgan ek? mahal tak caj dia? boleh bayar guna M2U tak?

Rujukan:

Rosalinda Md.Said (2010) “Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum”  Utusan Malaysia

29 Responses to “respon topo: “Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum””

  1. KakChik says:

    salam topo.

    menarik tulisan topo ni. orang zaman sekarang dah mula berubah dah dalam aspek membaca di tempat awam ni. adalah sikit boleh nampak kat stesyen bas, kat dalam bas (kalau di KB lah).

    kakchik pun sebenarnya takleh membaca dlm kenderaan bergerak, mmg betul, akan pening kepala. tapi kakchik dah try membaca dlm komuter masa ke KL tahun lepas, ok je, tak pening. mungkin sb komuter geraknya stabil, kurang getaran.

    e-book mmg banyak skrg ni tapi alat untuk membacanya spt kindle tu masih lagi mahal, kalau murah di bawah RM100, hari ni juga kakchik beli. senang nak membaca di mana-mana.

    pasal e-paper tu, suami kakchik melanggan melalui bluehyppo, kalau tak silap la sebab setiap hari dia boleh membaca banyak akhbar secara online termasuk boleh download, dan menyimpan arkib akhbar yang banyak. cara membayar tu tak pastilah pulak.

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    yup guna bluehyppo. masuk dalam bil strymx/telephone tak salah

    [Reply]

    topo Reply:

    kalau masuk bil tu yang tak sedap tu sebab bapak aku yang bayar bil.. hohoho nanti dia bising plak.. yang stand alone xde ke? hohoho

    [Reply]

    topo Reply:

    lepasni nak try baca buku la dalam LRT tengok macam mana..

    thanks for the info pasal e-paper tu nanti boleh cari sumber lagi dekat bluehyppo la 😀 tq

    [Reply]

    syin Reply:

    sambil mengaru2 kepala…ni entri kedua susulan ke…? hehehe….komen yang menarik lagi panjang…

    [Reply]

    syin Reply:

    hahahaha…sama gak…aku xleh baca buku dalam kenderaan…
    nak main msg lama2 pun xleh….pening nk muntah dah…naik kenderaan tidur memang best….hahaahaha…

    [Reply]



  2. TMUkmkd says:

    isu ni menarik la topo. seraya kempen baca@lrt tu tengah hangat 😀
    tapi aku memang tak setuju bila dia tulis ini
    “Lebih memeranjatkan, tiada seorang pun dilihat membaca buku ketika berada di dalam bas.”

    try dia sendiri baca buku dalam bas yang penuh orang waktu jem. apa dia rasa? haha.

    “Budaya membaca di kalangan mahasiswa hanya semata-mata ketika di dalam kelas, ketika menyiapkan tugasan atau untuk peperiksaan.”

    ni pun aku tak setuju. mungkin orang ni bukan kaki blog ! 😀 nak menulis satu entri pun perlukan membaca tau! kadang2 lebih dari satu rujukan aku guna.

    ok dah panjang, nanti topo marah :p

    [Reply]

    topo Reply:

    hahah aku gembira ko bagi komen panjang2.. terbukti memang ko membaca :D..

    aku pon nak sentuh pasal “Budaya membaca di kalangan mahasiswa hanya semata-mata ketika di dalam kelas, ketika menyiapkan tugasan atau untuk peperiksaan.” tapi tengok macam dah panjang sangat point aku tu yg aku ambil pasal cafe je.. hohoho

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    kang kalau kluar hujah jadi satu post terus :p
    kalau aku rajin aku post la pasal respon terhadap post ko 😀 kalau aku rajin la

    [Reply]



  3. Azah says:

    Aku motion sickness, pantang membaca walau sepatah perkataan..
    Pening dowh..
    Perhentian bas? Klau aku duk membca,alamat tertinggal bas la nmpak gayanya.
    Ebook? Aku pernah jd penulis ebook wut? Hohoho..
    Bwk buku pergi cafe? Aku pergi cafe nk mkn la..
    Xkan nk g library baru makan?
    Hahaha..

    [Reply]



  4. AMR says:

    Entri yang menarik. Budaya membaca hari ini agak kurang khususnya dalam kalangan pelajar universiti. Ini adalah kesan daripada perkembangan internet dan teknologi maklumat.

    [Reply]



  5. ROCKprincess says:

    interesting topic…
    kalu reading dlm kereta mmg I xthn…
    tp kalu dlm train I bleh thn gik…
    mmg I bwk buku kalu dlm train…
    kalu x nanti I boring n ngantok n tdo…
    pastue terlepas stesen…
    kan dah susah disitu…
    huhu…

    I pown melambak ebook dlm laptop nie…
    tp nak beli kindle ebook reader tue mhl sgt…
    xmampu eden nak beli…
    senang kalu ader ebook tue…
    kalu harga dah turun nanti maybe i beli…
    hee…

    [Reply]



  6. blowie says:

    aku takleh baca dalam benda yg bergerak, kang aku nak muntah.

    Pendek kata, aku takkan baca buku kat tempat tempat dalam point² diatas. Sangat tak selesa. Baca kat dalah bilik je, tenang sunyik takde orang kaco 🙂

    [Reply]



  7. Nadya says:

    Ada ke nak suruh aku baca buku dekat tempat² crowded macam tu..
    Tak best²..kurang penghayatan terhadap benda yg dibaca nanti..hihihi

    [Reply]



  8. shandye says:

    aku rajin je bawak buku2 kecik saiz poket (selalunya dari sindiket sol-jah), kadang2 aku download novel dlm bentuk pdf dan baca dlm psp aku (sbb psp aku tu dh mcm tak best utk dibuat main game atau pemain mp3 yg gedabak besar) dan baca masa tgg tren dan sewaktu dengannya tp typical malaysian akan pandang slek ar. suka ushar smacam.

    entahlah.

    salah ke sambil baca sambil sandar dinding tren? bosan dowh klu duduk2/diri2 je.

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    aku pernah sandar tak de pe pun.. kat antara dua gerabak tu 😀

    [Reply]



  9. hida says:

    tak de orang baca buku kat tempat gitu eh.. sebabnye aku tak pernah ade kat tempat2 gitu! wakakaka…. aku kuat membaca, dimana2 pon membaca, tapi malangnya aku x berada di stesyen bas, dalam lrt, komuter dan sebagainya.

    kat shoppping complex nak membaca? mengarutlah nak baca buku!!!! baca nama kedai dengan perkataan SALES sudahhh!!!!!

    [Reply]



  10. afiq_kr says:

    ye…saya juga pening kepala baca buku dalam kenderaaan..baik tido..haha =b

    [Reply]



  11. beliamuda says:

    ok la. memang kurang pun budaya membaca kat malaysia ni. tapi, kalau nak kata takde terus tu, salah fakta tu. ada je yang rajin membaca.

    aku pernah baca novel masa tunggu giliran kat bank. boleh pulak orang lain wat pandang slack. ~_~

    [Reply]



  12. zik says:

    nak mengalakkan membaca buku bukan senang.. aku pun jarang baca buku nie…bila baca je..mulalah, mengantuk.. adooii.. sebulan sekali je , itupun tak habis..tukar buku lain…

    [Reply]



  13. iyda7 says:

    betul2 tu mmg betul.. tp komen akoo la.. camne nak bace kalo org dah bersesak2.. tu satu.. g satu.. kekadang org yg bace paper tu pun ley nyusahkan org len kalo lam lrt laa.. bayangkan… keadaan da sesak.. sebuk nak bace paper.. org tgh bersesak2 kene bagi space lak kat die nak bkk paper.. bkn x bagi.. tp tgk keadaan la kan..

    kalo tgk bookstore ramei jer yg membace.. g pun.. tah2 org2 ni x membace kat tempat2 yg dimaksudkan.. kat umah.. bapak penuh buku.. who knoe.. komen akoo laa.. x tau la org len kan..

    [Reply]



  14. Kujie says:

    tiap kali keluar mesti bawa buku ( bahan bacaan ) anak2 pun dah terbiasa mcm tu
    tapi terus terang..pengangkutan awam tak sesuai nak baca…sendat, bising dan kotor

    [Reply]



  15. aizuddin says:

    tak payah lah langgan..yang online punya pun aku tak terhabis baca..huhu..diorang patutnya siasat kat dlm bilik budak2 u..tak kan lah tetiap masa nak membaca buku kot

    [Reply]



  16. yonna says:

    ceh.tipulah kalau takde seorang pun kan? harus ada terselit 1-2 orang tu huhu.

    kalau aku. KALAU aku lah kan. even esok nak ada big exam, even aku tak jamah 1 muka surat sekali pun, even aku rasa aku akan fail pon esoknya, aku TAKKAN SESEKALI baca dalam kereta ke, dalam KTM otw ke mid valley ke, dalam PUTRA otw ke KLCC ke hahaa. apatah lagi kereta. tgk headline paper pun aku boleh loya muntah. T________________T

    pelik dgn org membaca dalam gerabak bergerak. diorg pakai kuasa apa?

    [Reply]



  17. Zamri Mohamad says:

    Apa khabar semua!

    Kawan-kawan kita di Baca@LRT ada buat laporan tersendiri di Facebook mengenai budaya membaca yang ‘cool’

    Berbeza sedikit dengan penulisan rencana di atas

    Nota: Utusan tulisan Rosalinda Mohd Said menyebut Baca@LRT mempunyai 100 orang ahli, yang sebenarnya 3600 ahli. Dari mana sumber 100 ahli kutipan Utusan itu tidaklah dapat dipastikan.

    Ada masa tuan blog dan rakan-rakan boleh sumbangkan idea gila-gila di sini ya di Baca@LRT http://bit.ly/8Y16Rc

    [Reply]



  18. noname says:

    ciss…
    aku baru je nak buat post pasal ni.

    [Reply]



  19. Zamri Mohamad says:

    Noname tulis sahaja 🙂

    [Reply]



  20. imran says:

    Saya tak boleh baca buku dalam kenderaan sebab pening kepala

    [Reply]



  21. ana says:

    y pasty org kt malay nie klu baca buku kt public member dea org y menyibuk…dea org pasty cakap cm nie

    = oi…rajinnya baca buku…nie lah baru dekan

    or

    = ala sajer jer tu nk tunjuk rajin

    y paling slalu kt kter dengar cm nie la…

    = esok ad exam ker?????

    [Reply]



Leave a Reply