Hanya orang-orang terpilih je dapat surat kuning ni

Life August 23rd, 2011

live update: 23 Aug ’11, 1.18pm MYT | dari e71 topo…

Hanya insan-insan terpilih je boleh dapat surat kuning istimewa daripada TNB ni haha. Orang lain susah nak dapat. *korek tabung* *cari lilin* hahaha

Vegood Orange & Mango: Jus Buah-Buahan Campuran Paling Sedap di Alam Semesta

Life August 15th, 2011
live update: 15 Aug ’11, 10.43pm MYT | dari e71 topo…

Dah lama aku tak buat segmen paling sedap di alam semesta ni hohoho. Sebelum ini aku pernah kongsikan pasal kopi paling sedap, mee segera paling sedap dan nugget paling sedap di alam semesta. Ok kali ini kita tengok jus paling sedap pulak berdasarkan selera aku.

Jujurnya aku memang agak memilih sikit bab jus-jus campuran ni haha tekak melayu la katakan, mana la minum jus-jus ni. Tapi bila aku rasa Veegood Orange Mango ni rasa teruja gile tak sangka plak best. Dia bukan sekadar oren dan mangga je tapi ada juga sayuran lain seperti lobak merah dan lain-lain lagi. Memang patut dicuba harga pon agak berpatutan. Dan kalau korang ingat, Vegood ni dulu femes dengan jus Purple Carrot dia. Tapi aku tak berapa mampu pulak nak cuba dulu. Akhir kata, kalau korang suka minum jus oren ke jus mangga ke korang patut cuba jus ni. Sekian terima kasih 🙂

Ini nama dia buah durian yang dah jadi tempoyak

Life August 6th, 2011

live update: 6 Aug ’11, 11.45pm MYT | dari e71 topo…

Ini nama dia buah durian yang dah dijadikan tempoyak. Nama saintifik dia tak dapat dikenal pasti. Kalau korang perasan ada cerek kat belakang tu, saje sebagai perbandingan betapa tingginya bekas tempoyak ini hahaha. Tapi bulan puasa ni aku tak sentuh langsung tempoyak tu semua sebab dia kan macam berbau sikit. Tanak la bau kasturi mulut aku ada bercampur bau durian nanti hohoho

Ini nama dia biji getah

Life August 5th, 2011

live update: 5 Aug ’11, 11.17pm MYT | dari e71 topo…

Ini nama dia biji getah, asalnya aku nak pungut buah getah tapi tak jumpa. Takde buah biji pon jadi la kan hohoho. Kegunaan dia? Untuk ditanam dan selepas itu pokok getah akan tumbuh. Selain itu, nak lagi best gosok biji getah ni lama-lama pada simen lepas tu letak kat tangan. Selamat mencuba 🙂

Ini nama dia buah ciku

Life August 4th, 2011

live update: 4 Aug ’11, 12.30am MYT | dari e71 topo…

Buah untuk hari ini adalah buah ciku. Kepada yang tak kenal inilah dia buah ciku atau nama saintifik dia Manilkara zapota. Nama bahasa inggeris dia aku tak pasti. Rasa dia manis tapi lagi nikmat kalau disimpan dalam peti sejuk lepas tu baru makan. Kalau nak petik buah ni sila hati-hati dengan getah dia. Tapi sirius buah ni sangat sedap dimakan sejuk ~.~

Ini nama dia buah rozel

Life August 3rd, 2011

live update: 3 Aug ’11, 9.58pm MYT | dari e71 topo…

Ini nama dia buah rozel, macam mana ntah eja rozel. Tak boleh dimakan  Kak Jie cakap boleh makan, cuba la makan ye kalau berminat. Buah dia boleh direbus dan buat air. Dalam 3 biji buah rozel tu dah boleh dapat satu jug besar air rozel. Rasa dia masam-masam manis, kalau nak manis lagi tambah la gula banyak-banyak. Air rozel ni dah dikomersialkan rasanya. Hari tu aku nampak kat cafe UTeM ada jual dengan harga RM 1.30 segelas. Kalau nak tau rasa dia macam mana pi la cari ye. Sekian terima kasih