Perbaharui Lesen Secara Online dengan Mudah dan Cepat Bersama MyEG

Life, Reviews September 28th, 2011

live update: 28 Sep ’11, 12.15pm MYT | dari e71 topo…

Pada zaman teknologi yang berkembang pesat sekarang ni banyak benda boleh dilakukan secara atas talian atau online sahaja. Lesen memandu aku telah tamat tempoh pada Hari Malaysia yang lalu, memandangkan aku malas nak pi pejabat pos dan nak cuba perkhidmatan MyEG aku pon renew lesen secara online pada 27 Sept 2011 dan hari ini 28 Sept lesen tu dah selamat sampai ke rumah.

Selain daripada lesen, ada beberapa lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyEG seperti roadtax, auto insurance, permit pembantu rumah dan banyak lagi. Sedikit caj penghantaran dikenakan iaitu RM5 bagi kawasan Lembah Klang dan RM6 bagi kawasan-kawasan lain di Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak. Tambahan RM2 juga dikenakan sebab aku bayar menggunakan FPX / e-Debit. Jadi keseluruhannya RM8 caj dikenakan.

Nampak macam banyak caj tapi ia agak berpatutan kalau anda memang susah nak pergi pejabat pos dan sebagainya. Kalau pejabat pos depan rumah tu lain la ceritanya. Jadi kepada yang berminat dan ingin penerangan lanjut sila layari www.myeg.com.my

Ini nama dia buah Namnam

Life September 12th, 2011

live update: 12 Sep ’11, 10.15pm MYT | dari e71 topo…

Hehehe ini nama dia buah namnam atau nama saintifik dia Cynometra caulifora. Ia juga dikenali sebagai buah **** anjing sebab mungkin kerana bentuknya. Hehehe **** itu anda teka la sendiri ape. Rasanya masa, dan kononnya mempunyai banyak khasiat. Kayu pokok ini sering digunakan untuk buat gasing manakala buahnya biasa dijadikan bahan rojak atau jeruk dan juga sedap dibuat sambal kononnya.

Makan dadih masa cuaca sejuk gile ni memang best

Life September 11th, 2011

live update: 11 Sep ’11, 8.06pm MYT | dari e71 topo…

Ramai orang yang mengadu kat twitter sekarang ni sejuk giler. Ya memang sejuk woo rasa macam nak bergulung je dalam sleeping bag hari ni. Alang-alang dah sejuk macam ni aku pon ambil kesempatan untuk makan dadih yang sejuk giler haha. Ye la, negatif + negatif kan akan jadi positif. Ini la rupa dadih blueberry + nata de coco dicurahkan dengan sedikit susu sejat. Perghhh sedap giler *brain freeze*

Baju raya saya warna #28172a

Life September 2nd, 2011
baju raya

Masih belum terlambat kiranya jika saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada kalian yang sudi menjengah topotato.com ini. Dan menjadi kebiasaan pada hari raya pasti ramai orang akan bergaya dengan baju raya yang berwarna-warni. Pada tahun ini setelah beberapa tahun tak beli baju melayu akhirnya saya berjaya beli sepasang baju melayu yang agak kacak berwarna #28172a.

Haaa unikkan warna ni, ini pon sebab nak ikut tema keluarga pakai warna unggu kalau tidak memang takde makna saya nak beli baju warna ini. Pada awalnya nak beli warna #c283c9 tapi apakan daya warna kulit saya ni agak lebih kepada #000000 jadi tak dapat la nak pakai warna secerah #c283c9. Tapi warna #28172a ni cantik berserta samping berwarna #000000 bersulam dengan benang berwarna #ecc87a saya memang kacaklah di pagi raya. Sekian Terima Kasih. Baju raya anda warna apa?

Ini nama dia buah cempedak di luar pagar

Life August 28th, 2011

live update: 28 Aug ’11, 6.33pm MYT | dari e71 topo…

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Petang ni jom makan cempedak goreng kan..
Hahaha

Peluang Jadi Tauke Bersama Usahawan.com

Reviews August 24th, 2011

Pakej Perniagaan Twisto Pocket & Twisto Rangup  Mesin Pembuat Soya & Taufufah Automatik  Pakej Cetak T-Shirt & Cenderahati  Pakej Perniagaan Kentang Spring  24 inch USB Cutting Plotter w ArtCut Software  Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt  Pakej Perniagaan Cetak Mug   Pakej Perniagaan Button Badge (Pin Button)  Pakej Perniagaan Ayam Panggang Mekah
Bukan mudah untuk mendapat peluang perniagaan yang berkesan dan menguntungkan. Seseorang perlu mempunyai modal, kepakaran dan pengalaman yang secukupnya sebelum memulakan sesebuah perniagaan sendiri. Tanpa kepakaran dan beberapa perkara penting lain, pasti perniagaan anda tidak akan berjaya dan menguntungkan. Usahawan.com merupakan tempat yang menyediakan banyak peluang perniagaan baru khas untuk peniaga kecil dan sederhana dengan pakej yang sangat berpatutan. Read the rest of this entry »