Keropok BinBin: Keropok Jagung Paling Sedap di Alam Semesta

Life November 24th, 2011

live update: 24 Nov ’11, 8.24pm MYT | dari e71 topo…

Dah lama tak buat segmen paling sedap di alam semesta hahaha. Sebelum ini aku permah kongsikan nugget paling sedap, mee segera paling sedap dan lain-lain lagi. Kali ini aku nak kongsikan keropok jagung paling sedap di alam semesta pulak.

Menurut aku, keropok jagung paling sedap di alam semesta adalah keropok BinBin. Siapa yang tak pernah jumpa keropok ni agak kesian. Dulu harga dia satu peket sepuluh sen sekarang mungkin dah naik 20sen. Dalam dia ada 2 batang keropok berbentuk silinder dan rasanya memang sangat wow hahaha. Aku boleh makan keropok ni macam makan nasik.

Keropok BinBin ini bersaing rapat dengan keropok SMAX untuk merebut takhta keropok jagung paling sedap di alam semesta. Tapi memandangkan keropok smax jagung tu agak susah untuk dijumpai jadi kemenangan berpihak kepada keropok BinBin. Setuju?

Logo ComboFix ni Macam Logo Proton

Reviews November 10th, 2011

Lama tak menaip post kat sini rindu rasanya haha. Post kali ini ringkas sahaja, baru-baru ni aku terasa macam PC aku dijangkiti virus jadi aku pon google la segala macam cara penyelesaian sehinggalah aku terjumpa satu software ini, ComboFix. Apa yang menarik tentang ComboFix ini bukan kerana keberkesanannya tapi sebab logonya. Cuba tengok logo ComboFix ni macam kenal tak?

logo ComboFix

logo ComboFix

Read the rest of this entry »

Mulakan Perniagaan Waffle Bubble yang Sangat Unik dan Menyelerakan

Reviews October 31st, 2011

Perniagaan adalah satu punca rezeki yang baik. 9/10 sumber rezeki adalah datangnya daripada perniagaan dan bakinya adalah daripada sumber yang lain. Bukan mudah untuk memulakan sesebuah perniagaan terutamanya untuk kekal maju dan bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Post kali ini aku ingin memperkenalkan satu lagi pakej perniagaan yang sangat unik, menarik dan mudah untuk disediakan. Memperkenalkan, Pakej Perniagaan Waffle Bubble!

Apa itu Waffle Bubble? Read the rest of this entry »

Maskot Baru topotato.com

Life October 23rd, 2011

live update: 23 Oct ’11, 12.20am MYT | dari e71 topo…

*drum roll* Memperkenalkan….. Maskot baru topotato.com hahaha. Mungkin aku akan lakukan aktiviti bersama maskot baru ni pada masa akan datang…. mungkin la kot

Susu yang Paling Rasa Lembu Sekali di Alam Semesta

Life October 19th, 2011

live update: 19 Oct ’11, 10.25pm MYT | dari e71 topo…

Aku memang suka minum susu. Sangat suka. Sebelum ni aku pernah kongsikan jus buah-buahan paling sedap, mee segera paling sedap, nugget paling sedap. Kini tiba giliran susu pulak. Tapi bukan susu paling, susu paling rasa lembu sekali di alam semesta haha. Mana tak nya lepas minum bau lembu masih melekat lagi kat mulut. Errr kepada yang rasa macam bandar sangat tak tau bau lembu tu macam mana sila google.

Kakak aku minum campur dengan madu nak cover sikit rasa lembu tu. Tapi aku minum macam tu je hahaha tadi titisan terakhir baru cuba campur kopi sikit. Pergh sedap gile kot campur air kopi. Rasa macam Dutch Lady perisa kopi. Kepada yang suka minum susu tu boleh la cuba beli ye 🙂

Ini nama dia kacang botor

Life October 7th, 2011

live update: 7 Oct ’11, 2.47pm MYT | dari e71 topo…

Ini nama dia kacang botor, atau ada yang panggil kacang botol. Nama saitifik dia Psophocarpus Tetragonolobus. Sejenis ulam yang rangup cicah dengan sambal belacan pon sedap. Dulu aku ada tanam pokok ni, dia jenis pokok yang melilit nak dan sangat senang untuk dijaga. Tapi sekarang ni dah takde tanam, kalau nak makan kena beli kat pasar. Hohoho ulam macam ni pon ada orang jual dan dapat sambutan ye.