Archive for the ‘Reviews’ Category:
Perbaharui Lesen Secara Online dengan Mudah dan Cepat Bersama MyEG
Pada zaman teknologi yang berkembang pesat sekarang ni banyak benda boleh dilakukan secara atas talian atau online sahaja. Lesen memandu aku telah tamat tempoh pada Hari Malaysia yang lalu, memandangkan aku malas nak pi pejabat pos dan nak cuba perkhidmatan MyEG aku pon renew lesen secara online pada 27 Sept 2011 dan hari ini 28 Sept lesen tu dah selamat sampai ke rumah.
Selain daripada lesen, ada beberapa lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyEG seperti roadtax, auto insurance, permit pembantu rumah dan banyak lagi. Sedikit caj penghantaran dikenakan iaitu RM5 bagi kawasan Lembah Klang dan RM6 bagi kawasan-kawasan lain di Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak. Tambahan RM2 juga dikenakan sebab aku bayar menggunakan FPX / e-Debit. Jadi keseluruhannya RM8 caj dikenakan.
Nampak macam banyak caj tapi ia agak berpatutan kalau anda memang susah nak pergi pejabat pos dan sebagainya. Kalau pejabat pos depan rumah tu lain la ceritanya. Jadi kepada yang berminat dan ingin penerangan lanjut sila layari www.myeg.com.my
Peluang Jadi Tauke Bersama Usahawan.com









Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia 1432/2011
untuk waktu berbuka puasa 1432/2012 sila klik disini
Dalam masa beberapa hari lagi umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dikesempatan inisaya di topotato.com ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga dicucuri rahmat pada bulan yang penuh berkat ini. Seperti biasa topotato.com akan kongsikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia untuk tahun ini 1432/2011 dalam bentuk pdf. Semoga kita mendapat manfaat bersama. Read the rest of this entry »
Syarat Baru Innity: 1 Page Boleh Letak 3 Slot Iklan Standard je.. hehehehe
fuyo.. cukup sebulan aku tak update blog ni hahaha sesungguhnya aku semakin sibuk dan takde keringat nak update blog ni. Alhamdulillah ada masa sikit ni la aku nak update blog ni. Post ini sekadar suka-suka je nak tunjukkan syarat baru innity. Ia mungkin berita buruk kepada para salesman yang ada sangat banyak slot iklan pada blog mereka. Untuk keterangan lanjut terus la baca post ini ye. Read the rest of this entry »
Tarikh Hari Bapa 2011
Bulan lepas macam-macam hari kita dah sambut, ada hari ibu, hari guru, hari jururawat dan sebagainya. Untuk bulan Jun pon ada macam-macam hari juga contohnya pada 1 Jun yang lepas adalah hari susu sedunia. Selain itu, bulan Jun juga merupakan bulan sambutan hari bapa. Sama seperti hari ibu, hari bapa juga berbeza-beza mengikut negara dan tahun. Post kali ini aku nak kongsikan tarikh hari bapa seluruh dunia bagi tahun 2011. Read the rest of this entry »
Mulakan Perniagaan Cetak T-Shirt dan Cenderahati dengan Kos yang Berpatutan
Ramai orang ingin menghasilkan t-shirt sendiri biar nampak unik dan bergaya berbanding orang lain. Tapi kekangan utama adalah kos yang agak mahal dan sukar untuk didapati. Dalam post ini aku nak memperkenalkan Mesin Cetak Serbaguna 6-in-1 Heat Press yang dibekalkan oleh MesinCetak.my. Mesin tu bukan sahaja boleh mencetak tshirt malah dapat mencetak cenderahati seperti Mug, Pinggan, Tiles, Jigsaw Puzzle, Mousepad, Pillow, Flask, Latte Mug dengan kos yang sangat murah. Read the rest of this entry »