Di Mana Joe Jambul Kembali Lagi di TV1!

September 10th, 2012 7 Comments   Posted in Reviews

Mereka yang lahir pada tahun 1980an dan membesar pada tahun 90an pasti tahu dan pernah tengok cerita Di Mana Joe Jambul ini. Suatu masa dahulu ia merupakan rancangan game show kanak-kanak nombor 1 di Malaysia kot. Permainan dia lebih bercorak kepada pengetahuan am dan geografi dalam misi untuk mencari penjahat yang bernama Joe Jambul. Segmen akhir sekali ada main pacak-pacak tiang tu yang paling aku ingat sekali. Selain itu pengacaranya Norzizi Zilkifli pon sangat meriah dan menghiburkan aku haha. Dan kalau tak silap aku Sarimah Ibrahim pon ada dalam rancangan tu sebagai Chif Detektif kot tapi aku kurang pasti dan tiada sumber sahih yang menyokongnya. Read the rest of this entry »

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia 1433/2012

July 13th, 2012 No Comments   Posted in Reviews, semasa

Dalam masa seminggu lagi umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dikesempatan topotato.com ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Seperti biasa topotato.com akan kongsikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia untuk tahun 2012 bersamaan 1433 hijrah. Read the rest of this entry »

15 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi

February 14th, 2012 8 Comments   Posted in Reviews
Langkah mudah untuk mendaftar sebagai pengundi

Langkah mudah untuk mendaftar sebagai pengundi

  1. Pergi ke Pejabat Pos yang berdekatan
  2. Ambil angka giliran
  3. Duduk tunggu angka giliran
  4. Pergi kaunter bila angka giliran anda dipanggil
  5. Cakap kat kakak jaga kaunter yang comel nak mendaftar sebagai pengundi
  6. Bagi IC
  7. Bagi no telefon
  8. Dia taip segala macam bagai
  9. Dia print
  10. Dia suruh anda semak butiran
  11. Anda semak
  12. Anda tandantangan sebagai pengesahan
  13. Selesai
  14. Dia senyum
  15. Anda cakap terima kasih pada kakak comel yang jaga kaunter

 

Adik Balqis Azizi: Budak Comel yang Pandai Berlakon

January 15th, 2012 23 Comments   Posted in Reviews

Siapa Balqis Azizi? hehehe baca sampai habis. Aku memang peminat drama Melayu haha setiap minggu pasti aku akan tengok Cerekarama kat tv3. 2 Minggu lepas cerita Aduh sayang lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak memang sangat menarik dan mengiburkan tapi aku bukan nak cerita pasal dua orang artis hot ni, aku nak kongsikan tentang watak Fateha masa kecil yang dilakonkan oleh adik Puteri Balqis Azizi (Aqish). Dan semalam sekali lagi dia berjaya memikat aku dengan watak Mimi dalam cerita Mr. Labuci.

Mimi dalam Mr. Labuci

Mimi dalam Mr. Labuci

Read the rest of this entry »

Logo ComboFix ni Macam Logo Proton

November 10th, 2011 7 Comments   Posted in Reviews

Lama tak menaip post kat sini rindu rasanya haha. Post kali ini ringkas sahaja, baru-baru ni aku terasa macam PC aku dijangkiti virus jadi aku pon google la segala macam cara penyelesaian sehinggalah aku terjumpa satu software ini, ComboFix. Apa yang menarik tentang ComboFix ini bukan kerana keberkesanannya tapi sebab logonya. Cuba tengok logo ComboFix ni macam kenal tak?

logo ComboFix

logo ComboFix

Read the rest of this entry »

Mulakan Perniagaan Waffle Bubble yang Sangat Unik dan Menyelerakan

October 31st, 2011 1 Comment   Posted in Reviews

Perniagaan adalah satu punca rezeki yang baik. 9/10 sumber rezeki adalah datangnya daripada perniagaan dan bakinya adalah daripada sumber yang lain. Bukan mudah untuk memulakan sesebuah perniagaan terutamanya untuk kekal maju dan bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Post kali ini aku ingin memperkenalkan satu lagi pakej perniagaan yang sangat unik, menarik dan mudah untuk disediakan. Memperkenalkan, Pakej Perniagaan Waffle Bubble!

Apa itu Waffle Bubble? Read the rest of this entry »