Ini nama dia bunga bawang

February 1st, 2012 7 Comments   Posted in Life

live update: 1 Feb ’12, 6.39pm MYT | dari e71 topo…

Ini namanya bunga bawang atau nama saintifiknya aku kurang pasti. Tapi apa yang pasti adalah ia dalam genus zephyranthes dan tergolong dalam keluarga amaryllis. Ia boleh dikatakan tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga lili.

Selain warna merah ia juga ada warna putih, tapi bunga putih belum kembang lagi. Kalau dah ada nanti aku update dekat sini. Warna bunga ni sangat meruntun jiwa haha rasa macam nak gigit je bunga ni

Boh Green Tea

January 5th, 2012 1 Comment   Posted in Life

live update: 5 Jan ’12, 9.39pm MYT | dari e71 topo…

Ini adalah teh hijau atau dalam Bahasa Inggeris green tea keluaran Boh. Minuman yang kononnya sihat dan baik untuk badan. Sangat tawar haha.

Bunga bakawali kat rumah berkembang lagi

December 22nd, 2011 3 Comments   Posted in Life

live update: 22 Dec ’11, 12.40pm MYT | dari e71 topo…

Suatu ketika dahulu aku pernah kongsikan projek tunggu bunga bakawali kembang di blog ini. Hari ni bunga bakawali tu kembang lagi tapi tak sempat pulak nak duduk berembun tunggu. memang cantik bunga bakawali ni, lagi unik bila ia kembang pada waktu malam je esoknya dah layu. Sebab tu susah nak tengok bunga ni.

Keropok BinBin: Keropok Jagung Paling Sedap di Alam Semesta

November 24th, 2011 8 Comments   Posted in Life

live update: 24 Nov ’11, 8.24pm MYT | dari e71 topo…

Dah lama tak buat segmen paling sedap di alam semesta hahaha. Sebelum ini aku permah kongsikan nugget paling sedap, mee segera paling sedap dan lain-lain lagi. Kali ini aku nak kongsikan keropok jagung paling sedap di alam semesta pulak.

Menurut aku, keropok jagung paling sedap di alam semesta adalah keropok BinBin. Siapa yang tak pernah jumpa keropok ni agak kesian. Dulu harga dia satu peket sepuluh sen sekarang mungkin dah naik 20sen. Dalam dia ada 2 batang keropok berbentuk silinder dan rasanya memang sangat wow hahaha. Aku boleh makan keropok ni macam makan nasik.

Keropok BinBin ini bersaing rapat dengan keropok SMAX untuk merebut takhta keropok jagung paling sedap di alam semesta. Tapi memandangkan keropok smax jagung tu agak susah untuk dijumpai jadi kemenangan berpihak kepada keropok BinBin. Setuju?

Maskot Baru topotato.com

October 23rd, 2011 4 Comments   Posted in Life

live update: 23 Oct ’11, 12.20am MYT | dari e71 topo…

*drum roll* Memperkenalkan….. Maskot baru topotato.com hahaha. Mungkin aku akan lakukan aktiviti bersama maskot baru ni pada masa akan datang…. mungkin la kot

Susu yang Paling Rasa Lembu Sekali di Alam Semesta

October 19th, 2011 6 Comments   Posted in Life

live update: 19 Oct ’11, 10.25pm MYT | dari e71 topo…

Aku memang suka minum susu. Sangat suka. Sebelum ni aku pernah kongsikan jus buah-buahan paling sedap, mee segera paling sedap, nugget paling sedap. Kini tiba giliran susu pulak. Tapi bukan susu paling, susu paling rasa lembu sekali di alam semesta haha. Mana tak nya lepas minum bau lembu masih melekat lagi kat mulut. Errr kepada yang rasa macam bandar sangat tak tau bau lembu tu macam mana sila google.

Kakak aku minum campur dengan madu nak cover sikit rasa lembu tu. Tapi aku minum macam tu je hahaha tadi titisan terakhir baru cuba campur kopi sikit. Pergh sedap gile kot campur air kopi. Rasa macam Dutch Lady perisa kopi. Kepada yang suka minum susu tu boleh la cuba beli ye 🙂