Cantik betul awan hari ni

November 5th, 2012 13 Comments   Posted in Life

live update: 5 Nov ’12, 6.38pm MYT | dari e71 topo…

Cantik betul awan hari ni. Mendung je sepanjang hari dah petang sikit baru nampak awan terang haha. Ambil gambar guna telefon ni tak nampak sangat -.- ni yang menaikkan semangat nak beli telefon bimbit baru dengan kamera yang lebih hebat ni haha.

ChurpChurp Dah Pulangkan Earning yang Hilang dalam Akaun Yeay!

October 2nd, 2012 6 Comments   Posted in Life

Ramai yang gusar bila tengok pendapatan mereka di web ChurpChurp tiba-tiba hilang dan berkurangan. Aku pon tergolongan dalam golongan tu jugak hehe yela walaupun tak seberapa tapi setiap pendapatan tu adalah hasil titik peluh kita sendiri. Penat je karang ayat cinta gempak tarik  perhatian ramai orang untuk klik iklan churp2 itu. Kawan aku pernah cakap 10 sen pendapatan di internet adalah lebih besar daripada Rm10 duit biasa. Kadang-kadang aku bersetuju juga dengan pendapat tu haha.  Read the rest of this entry »

10 Entry Terbaik Denaihati

August 27th, 2012 9 Comments   Posted in Life

Siapa yang tak kenal dengan blog denaihati sesungguhnya mereka tergolong dalam golongan yang agak rugi. Blog Denaihati memang sangat terkenal dengan pelbagai entry yang menarik dan dan juga tips-tips yang sangat berguna. Tapi yang paling menjadi kegemaran ramai sekali adalah pelbagai contest yang dianjurkan oleh Denaihati dengan hadiah yang sangat lumayan! Post kali ini aku nak kongsikan 10 Contest terbaik yang pernah dianjurkan oleh saudara Amir Denaihati, kalau korang tengok contest dan hadiah yang mereka telah menangi pasti anda cemburu punya! Read the rest of this entry »

Ini Namanya Kuih Ku

June 5th, 2012 2 Comments   Posted in Life

live update: 5 Jun ’12, 2.46pm MYT | dari e71 topo…

Ini namanya kuih ku, kalau dekat Melaka kuih ni dah kira antara kuih wajib di majlis-majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Tekstur dia macam kuih koci rasa pon ada seakan-akan kuih koci jugak. Dalam dia ada inti kacang + kelapa. Didatangkan dengan 4 warna pilihan; merah (pink), kuning, hijau dan putih. Walaupun warna berbeza tapi rasa dia sama je. Kuih ku ini istimewa sikit sebab dia menang pertandingan membuat kuih ku peringkat negeri Melaka haha rasa dia memang lagi sedap berbanding kuih-kuih ku yang lain hahaha

Tarikh Hari Ibu 2012

May 1st, 2012 11 Comments   Posted in Life

Semenjak beberapa tahun lepas aku memang sering buat post tentang tarikh hari ibu di blog ini. Tahun ni agak terlambat sedikut sebab kesibukan yang melanda dan aku tengah catu penggunaan bandwidth bulan lepas. Memandangkan dah masuk bulan baru dan bandwidth pon dah reset maka aku tulis la post ini seperti selalu. Kepada yang masih lagi tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Sambutan hari ibu pada tahun ini adalah seperti berikut: Read the rest of this entry »

Tabungan masa depan dah pecah

March 16th, 2012 10 Comments   Posted in Life

live update: 16 Mar ’12, 2.48pm MYT | dari e71 topo…

Aku memang suka masuk duit dalam tabung, kalau ada beli pape dapat duit lebih terus masuk tabung. Silap la kalau cik cashier tanya ada duit kecil ke tak, kalau ada pon memang aku akan cakap takde punya haha. Ni kira tabungan masa depan la jugak. Tapi memandangkan tabungan masa depan aku dah penuh terpaksalah dipecahkan untuk masuk kat tempat lain.

Satu lagi peringkat aktiviti menarik lepas dah pecah tabung adalah kira duit syiling haha. Asingkan duit syiling ikut denominasi lepas tu kira lepas tu masuk plastik. Walaupun ambil masa yang lama tapi hasilnya puas hati. Esok nak pi tukar dengan makcik meniaga ikan. Tension aku ada bank yang tak nak terima tukaran duit syiling -.-

P/s: tension jugak tengok duit syiling baru yang makin kecil sekarang ni