Topotato.com Kembali hehehe
Lama betul aku tak menulis dengan serius dalam blog ni. Alasan pertama sebab sibuk, alasan kedua sebab dah malas, alasan ketiga sebab dah bosan jadi penulis blog hehehe. Tapi biasa la tu semua alasan je, bak kata orang kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Beberapa bulan lepas aku telah berjaya menghidupkan kembali nazrien.com. Walaupun trafik dia kekal 20-30 hits sahaja sehari tapi aku sangat puas hati dapat menulis dalam blog tu semua. Macam yang pernah aku cakap dahulu blog tu memang memberi kepuasan yang lebih sikit berbanding blog-blog aku yang lain. Nak tahu kenapa? Cuba la gali sendiri blog tu insyaAllah boleh jumpa hehe.
Awalnya aku nak biarkan blog ni terbiar sahaja, yela dah cukup rasanya cisdel dengan nazrien.com aku. Tapi bila aku bukak balik blog ni tiba-tiba rasa sayang pulak. Baca balik pengalaman pahit getir bersama blog rasa macam nak hidupkan balik je haha. Dulu bukan main seronok sambut birthday blog tiap-tiap tahun, siap ada sambutan post ke 100-200 bagai hehe bila dah post 500 terbiar je. Tapi, sebab utama aku cuba nak aktif balik adalah bila aku guna semua tema blog ni. Cantikkan tema blog yang baru lama ni. Untuk pengetahuan korang, inilah tema blog zaman kegemilangan aku dan topotato.com dahulu. Zaman kegemilangan unique hits 8000++ sehari, zaman kegemilangan 18 buffered earning sekali jalan haha. Tapi semua tu dulu la, kalau cerita pasal dulu planet Pluto pon wujud lagi dulu tu.
Selain itu, faktor kedua aku teringin nak hidupkan balik topotato.com ni sebab aku dah berjaya capai tujuan pertama aku mula menulis blog dulu; cash out adsense. Sejak awal-awal aku mula menulis blog pada 2007 dahulu, tujuan utama aku memang nak dapat duit daripada adsense. Bila dah berjaya tu yang memori lama terimbau kembali haha.
Selain itu untuk mengembalikan juga nostalgia lama, aku dah buang iklan I***** dan gantikan balik dengan Nuffnang. Kenapa aku kembali balik pada Nuffnang? Biarlah rahsia.. Tapi apa yang pasti terima kiriman cek setiap bulan lebih mengujakan aku berbanding melihat duit masuk automatik ke dalam akaun Maybank.
Apa perbezaan blog ni dan blog-blog aku yang lain? Inilah persoalan yang sering timbul dan merupakan salah satu punca aku berhenti menulis dekat blog ni dan nazrien.com dulu. Haha secara jujurnya aku sendiri belum dapat nyatakan lagi tapi perancangan dah ada tunggu jela ye hehe. Yang pasti cisdel akan lebih kepada penulisan untuk kepuasan pembaca, nazrien penulisan untuk kepuasan sendiri dan topotato adalah blog santai carca-marba mentega kacang yang random dan yang terlintas di lubuk hati.
Sekian sahaja post kali ini. Aku harap kepulangan aku dalam dunia penulisan blog ni tak mengecilkan hati mana-mana pihak atau melanggar peraturan-peraturan blog yang baru dibuat. Maklumlah dah lama tak jadi penulis blog tegar, tak up to date dengan perkembangan politik dunia blog hehe.
p/s: Cantik giler kot theme aku! Rugi la tak update blog kahkahkah
p/s lagi: Apa dah jadi dengan plugin Yet Another Related Post (YARP) aku ni tak nak keluar plak related post. Rugi la macam ni orang tak dapat klik post lain haha.
September 8th, 2012 at 7:35 am
haha.. punyer lama gile la ko x update blog…
[Reply]
September 8th, 2012 at 10:25 am
suka blog random caca marba mcm ni……..sbb isu berbagai2…
topo dah kembali, rasa tercabar le pula…otai dah aktif
[Reply]
topo Reply:
September 10th, 2012 at 2:05 am
hahaha tercabar la sangat kakjie ye.. tengah cari momentum balik nak menulis ni haha
[Reply]
September 8th, 2012 at 8:27 pm
sidebar lari bos. penat nak kejar sampai tatal ke bawah.
[Reply]
September 8th, 2012 at 8:33 pm
hahaha pergh tadi tadi lari pon.. mesti dia takut tengok Aman ni -.-
[Reply]
September 9th, 2012 at 1:35 am
selamat kembali topo 🙂
[Reply]
September 9th, 2012 at 3:36 am
harap harap makin banyak update ^__^
[Reply]
September 9th, 2012 at 7:48 am
hi, saya baru kenal abang topo.. baguslah dah kembali.. haha..
*sidebar dah lari oi.. –>
[Reply]
topo Reply:
September 10th, 2012 at 2:06 am
hahaha selamat berkenalan!
aku tengah cari orang nak mintak tolong kejar ni.. tak larat aku nak kejar sidebar ni
[Reply]
September 12th, 2012 at 10:47 am
selamat kembali topo. lama tak masuk sini. masuk sini pun mengimbau balik zaman awal2 aku terjebak dengan blog dulu. blog topotato.com antara blog yang selalu aku follow dulu. sekarang pun ye gak eheh.
betullah topo, aku pun rasa macam nak pindah balik daripada pakai innity kepada nuffnang. rasa lebih puas dengan nuffnang. tengoklah sikit hari lagi.
eh, mana ‘hoho’ ko? haha
[Reply]
topo Reply:
September 14th, 2012 at 2:56 am
haha terima kasih sebab follow topotato dulu.. zaman dah berubah hohoho pon aku dah buang dah.. ko je yang perasan terima kasih 🙂
[Reply]
September 15th, 2012 at 6:32 am
aku lebih suka blog ni banding cisdel dengan nazrien. haha..aada nilai-nilai estetika sket..
[Reply]
September 25th, 2012 at 4:17 pm
haha. tak tahu la kenapa kan. Blog ni buat saya melekat terus nak baca. Macam ada magnet. Tapi sayang kalau nak biar kan blog ni. Orang kata, yang lama itu biarkan la jadi sejarah. Jadikan pengalaman.
[Reply]
October 7th, 2012 at 6:40 pm
Eh, abang Topo kembali!
Zaman belajar dulu lain la. Masa tu macam banyak je nak luang untuk blog.
Dah habis belajar ni, masa banyak dihabiskan untuk kerja.
ps: Malu-malu pulak sidebar ni eh?
[Reply]