Di Mana Joe Jambul Kembali Lagi di TV1!
Mereka yang lahir pada tahun 1980an dan membesar pada tahun 90an pasti tahu dan pernah tengok cerita Di Mana Joe Jambul ini. Suatu masa dahulu ia merupakan rancangan game show kanak-kanak nombor 1 di Malaysia kot. Permainan dia lebih bercorak kepada pengetahuan am dan geografi dalam misi untuk mencari penjahat yang bernama Joe Jambul. Segmen akhir sekali ada main pacak-pacak tiang tu yang paling aku ingat sekali. Selain itu pengacaranya Norzizi Zilkifli pon sangat meriah dan menghiburkan aku haha. Dan kalau tak silap aku Sarimah Ibrahim pon ada dalam rancangan tu sebagai Chif Detektif kot tapi aku kurang pasti dan tiada sumber sahih yang menyokongnya.

Di Mana Joe Jambul
Pada tahun ini rancangan yang telah banyak menang anugerah dulu tu akan kembali lagi dengan musim terbaru! Kononnya Aril AF akan jadi pengacaranya, aku tak kenal siapa Aril dan aku pon tak dapat nak komen menarik ke tidak dia jadi pengacara. kalau nak tahu sila tontonĀ pada setiap Sabtu bermula 15 September 2012 ini jam 10.30 pagi hanya di RTM TV1!
Ok tutup cerita promosi. Aku memang ada satu tabiat bila jumpa sesuatu atau seseorang tu akan gali sampai jumpa facebook, twitter, biodata dan sebagainya. Gali punya gali aku terjumpa la fan page Di Mana Joe Jambul dan dalam dia ada gambar-gambar disebalik tabir pembikinan cerita itu. Memang cantik set dia ala-ala futuristik gitu. Tapi aku kecewa bila jumpa satu gambar ni:
Kenapa aku kecewa? Sila bandingkan gambar watak-watak dalam Di Mana Joe Jambul versi dahulu dengan versi 2012. Pendapat aku, aku rasa yang lama punya dulu lebih cantik dan menarik! Dulu aku cair kot tengok awek Joe Jambul tu hahaha. Berbanding 15 tahun lepas teknologi sekarang semakin berkembang pesat, banyak aplikasi dan alatan yang dapat membantu menghasilkan rekaan yang unik dan cantik-cantik. Bilangan orang-orang yang berbakat besar ceburi industri kreatif pon rasanya semakin banyak berbanding dahulu. Tapi kenapa watak Joe Jambul dulu lagi cantik berbanding yang baru ni?
Gambar di atas aku hanya jumpa di laman fan page Joe Jambul sahaja selagi cerita ni tak muncul di tv belum pasti lagi betul atau tidak watak-watak itu digunakan. Mungkin RTM nak buat teaser saje letak gambar yang kurang cantik untuk mendapat promosi daripada blogger macam aku ni siapa tahu ye tak?
Sekian, selamat menonton Di Mana Joe Jambul pada hari Sabtu ini jam 10.30 pagi di TV1. Semoga ia tidak mengecewakan para peminat terutamanya aku hehehe
September 10th, 2012 at 3:44 pm
yaaa!!
aku suka tgk cite ni dulu
sekolah aku pun penah masuk..cume aku tak terpilih jd peserta mahupun penonton kat setodio..
[Reply]
September 11th, 2012 at 8:45 am
Aku still ingat lagi rancangan ni dimainkan suatu masa dulu. Aku rasa awek yang ko cair tu nama dia Ana kott. Heheh. Owh yea, main pacak-pacak tiang, aku rasa tu laa yang paling best. Lepas tu ada cari harta karun / benda tersembunyi kalau tak silap laa. Huhu~
[Reply]
September 12th, 2012 at 10:43 am
wah nostalgia ni. aku pun suka tengok joe jambul ni dulu. tapi betullah, lukisan baru ni tak menarik. nampak kaku kalau nak dibandingkan dengan yang asal
[Reply]
September 12th, 2012 at 10:53 am
har3.. lama tak layan kartun nih..
[Reply]
September 15th, 2012 at 8:01 am
akhirnya.. ada juga nak majukan nastolgia lama kita. Walaupun tak sehebat seperti cerita masa kini, sekurannya ia diberi ruang lagi bukan?. thks share.
[Reply]
September 24th, 2012 at 5:18 pm
joe jambul lama pilihanku..hehehe..blog hijau..hybrid..mesra alam ni..=P
[Reply]
October 7th, 2012 at 6:44 pm
Memang nostalgia!
Gambar watak yang baru tu tak menarik sebab takde ciri keaslian. Macam pernah nampak watak tu di tempat lain kan?
[Reply]