5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog: Episod 1
Kalau ikut kira-kira yang sebenar berdasarkan arkib dalam blog ni bulan Disember nanti baru genap 5 tahun aku jadi penulis blog. Tetapi memandangkan aku rasa nak buat banyak episod maka aku tulis la awal-awal. Menjelang bulan Disember nanti dah boleh genap 5 episod rasanya.
Ini adalah episod pertama daripada 5 episod siri kisah perjalanan hidup topo sebagai penulis blog. Sempena kelahiran semula blog ini rasanya sesuailah aku kongsikan sedikit pengalaman hehe. Episod pertama ini aku akan ceritakan pengalaman pada tahun pertama sebagai penulis blog episod 2 bagi tahun kedua dan seterusnya. Post kali ini mungkin akan menjadi sangat panjang. Semoga anda tabah membacanya.
Prolog
Aku mula menulis blog pada 2 Disember 2007 tujuan utama kerana aku dah bosan dengan internet dan tak tahu nak buat apa lagi masa tu. Selain itu aku rasa rugi online 24 jam tanpa dapat apa-apa. Pada masa tu zaman kegemilangan Friendster, Myspace dan sebagainya tapi friendster pada masa itu agak membosankan, hanya ada sekadar profil dan tunggu ada orang bagi testimoni sahaja. Jadi aku mula mencari satu benda baru untuk diteroka di internet.
Semasa pencarian aku itu, kawan aku ada kongsikan sebuah ebook bertajuk “Buat Duit dengan Adsense”. Mula-mula aku baca secara santai sahaja sebab tak berapa yakin sangat dengan adsense ni. Tapi dalam buku itu ada 1 bab mengajar tentang cara-cara nak buat blog menggunakan blogger.com. Bermula dari situ la aku mula membuat blog dan menjadi penulis blog.
Blog pertama yang aku tulis adalah menggunakan platform blogger beralamat mylifeastopo.blogspot.com. Nama my life as topo diilhamkan daripada kartun yang agak popular pada masa itu iaitu “My Life As a Teenage Robot”. Blog itu diwujudkan sebaik sahaja aku khatamkan ebook cara-cara menjana wang melalui adsense. Itulah sumber pertama tempat aku belajar tentang blog. Tapi selepas beberapa lama menulis blog baru aku sedar betapa susahnya nak dapatkan duit daripada blog ni.
1) Tahun Pertama
Setelah beberapa lama menggunakan adsense baru aku sedar bahawa di blog berbahasa Melayu adsense hanya menguluarkan iklan khidmat masyarakat sahaja dan tidak mendatangkan sebarang pendapatan. Walaupun demikian, kegairahan aku untuk menulis blog semakin bertambah dah tidak kisah sangat tentang adsense itu. Ini mungkin disebabkan kerana mungkin aku dah dapat merasakan kemanisan untuk menulis blog hehehe. Blog pertama tempat aku mula-mula belajar pelbagai ilmu tentang blog adalah Jackbook.com, blog yang ditulis oleh blogger Indonesia dalam Bahasa Inggeris. Berbeza seperti sekarang, 5 tahun dulu agak kurang blog-blog yang berkongsi tips tentang blog.
Selepas beberapa ketika menuntut ilmu di JackBook, keghairahan untuk menulis blog semakin membara. Aku mula mencari blog-blog yang ditulis oleh rakyat Malaysia dan akhirnya aku terjumpa Amanz.net. Pada masa itu amanz ada menyenaraikan 7 blog tempatan yang cantik dan cun. Dari situ aku mula mengenal blogger-blogger otai dari Malaysia seperti emptyspace,cypherhackz, dan lain-lain lagi.

tema wordpress pertama: So Delicious 2.0 Green
Aku menulis blog di platform blogger hanya untuk sebulan sahaja. Pada 5 Januari 2008 aku telah berpindah ke subdomain fwenz.info dan menggunakan alamat mylifeastopo.fwenz.info dan menggunakan platform wordpress. Pada masa itu aku tak tahu apa-apa pon tentang domain, sub-domain, hosting dan sebagainya. Aku berpindah hanya kerana ingin mendapat alamat yang lebih unik sahaja.
Selepas beberapa ketika menumpang di fwenz.info aku semakin mengenali tentang domain, hosting dan sebagainya. Aku juga merasakan aku dah bersedia untuk memiliki domain dan hosting sendiri. Selain itu kekaguman aku terhadap platform wordpress juga menjadi salah satu sebab aku ingin berpindah dan hidup berdikari di atas domain dan hosting sendiri hehe.
Jadi pada 10 Mei 2008 blog ini telah berpindah ke alamat topotato.com dan menggunakan hosting sendiri di CGYHost. Jika anda ingin tahu kenapa aku memilih nama domain topotato.com sila baca post ini. 5 tahun dahulu boleh dikira dengan jari berapa ramai penulis blog yang mempunyai domain sendiri terutamanya blog yang bersifat peribadi dan tiada niche tetap. Jadi memiliki domain dan hosting sendiri merupakan satu benda yang boleh dibanggakan dahulu hehe.
1.1) Gaya Penulisan
Pada awal masa mula menulis blog dahulu, aku menulis blog dEngAn TuLiSAn SePerTi InI.. Mungkin kononnya untuk mengikut trend yang popular pada masa itu kot. Tapi bila aku dah berpindah ke platform wordpress aku dah memperbaiki sedikit demi sedikit gaya penulisan aku dan menggunakan ejaan yang lebih elok lagi. Selain itu, beraspadu juga merupakan salah satu sebab kenapa aku menukar dan memperbaiki gaya penulisan aku. Ini kerana saudara Hasbullah Pit, pengasas beraspadu menetapkan syarat agar memperbaiki gaya penulisan jika ingin diterima di beraspadu. Lebih banyak tentang beraspadu akan diceritakan selepas ini.
Tahun pertama ini aku banyak bereksperimentasi dan mencari rentak yang sesuai untuk menulis. Yela sebelum ni tak pernah menulis diari dan sebagainya, tulis karangan dekat sekolah pon seminggu sekali je dan tak pernah terfikir pon nak jadi penulis sebelum ini. Atas sebab itu pada tahun ini aku menggunakan pelbagai gaya penulisan dan genre.
1.2) Cara Mempromosi Blog
5 Tahun dahulu facebook dan twitter masih tidak popular lagi. Friendster dan Mysapce juga tidak berapa mesra untuk dijadikan medium tempat mempromosikan blog. Jadi perkongsian melalui laman media sosial pada masa itu agak sukar. Tapi pada masa itu wujud juga laman khas untuk mempromosikan blog. antara yang aku ingat adalah BerasPadu dan Blogtidue. Kedua-dianya adalah merupakan laman aggregator yang memaparkan secara automatik blog-blog yang berdaftar, Pada masa itu juga kebanyakkan blogger berebut untuk mendapatkan title post popular untuk dipaparkan di muka depan blogtitude. Melalui blogtitude jugalah aku mengetahui tentang tawaran untuk menumpang di domain fwenz.info oleh saudara emptyspace.

Antara muka blogtitude (diambil dari Amanz.my hehe)
Selain itu aku juga pernah cuba untuk menggunakan innit sebagai medium untuk promosi tapi malangnya kurang berkesan sebab dikuasai oleh kebanyakkan blogger yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Berbeza dengan Blogtitude Innit yang juga merupakan produk Nuffnang adalah laman social bookmarking dan bukannya aggregator. (klik sini untuk penerangan lebih terperinci tentang perbezaan aggregator dan social bookmarking)
1.3) Pendapatan Melalui Blog = RM 192.24 +-
Seperti yang aku tulis pada awal post ini, tujuan aku menulis blog adalah untuk menjana pendapatan melalui blog. Pada tahun pertama aku banyak menjana pendapatan melalui contest sahaja. Segala jenis contest yang ada di alam maya ni semua aku cuba dapat la juga sedikit pendapatan hasil kemenangan tu. Selain itu aku juga ada mencuba beberapa syarikat pengiklanan internet termasuklah adsense, advertlets dan nuffnang. Tahun pertama hanya nuffnang sahaja membuahkan hasil tapi aku hanya dapat cek pertama daripada nuffnang pada November 2008 setelah hampir setahun menjadi penulis blog. Advertlets aku hanya gunakan seminggu sahaja sebab tiada keserasian antara kami hehe
1.4) Krisis
5 tahun dulu rasanya tiada drama-drama blog yang terlalu hebat. Tiada 5000 followers nak bash di blog, dan sebagainya. Tapi yang paling memberi kesan mungkin krisis dengan CGYHost dulu. CGYHost adalah syarikat penyedia hosting dan domain yang aku mula-mula gunakan dahulu. Kalau anda berminat nak baca kiris aku dengan CGYHost sila buka link ini.
Melalui krisis ini la banyak perkara yang aku pelajari. Siap ada blogger offer ada orang nak bagi tumpang hosting dia sampai jumpa hosting pengganti. Pada pada 10 mei 2008 topotato.com berjaya dihidupkan dan dihostkan dengan bergayanya di serverfreak.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada blog-blog yang banyak memberi impak pada awal pembabitan aku sebagai seorang penulis blog. Ikuti kisah tentang semua blog-blog berkenaan di post ini.
Cukuplah sampai disini sahaja untuk episod pertama siri “5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog”. Episod pertama ini memakan masa sehingga lebih 2 minggu untuk disiapkan. Episod 2 nanti tak tahulah macam mana hohoho. Episod pertama ini juga bertujuan khas untuk menyertai contest blogging anjuran Eizil.com. Kiranya sambil menyelam minum air la kalau ada yang berminat nak sertai contest ini juga sila layari Eizil.com.

September 25th, 2012 at 8:14 am
rindu zaman tu..betapa kitaa begitu bersusah payah mendapaatkan tutorial dan tips…adaa banyak blog tutorial yg original..maksudnya mereka buat atas ilmu dan kefahaman terhadap blog.
tak sabar nk bacaa lagi entri blogger lama mcm topo, ada sentuhan jiwa yng susah nak jumpa sekarang….
[Reply]
topo Reply:
September 25th, 2012 at 10:56 pm
tula susah nak dapat seru untuk tulis blog macam dulu lagi hehe
[Reply]
September 25th, 2012 at 12:15 pm
Ada beberapa nama dalam artikel ko ni yang membuatkan aku terimbau kisah lama… Tapi takperlah, benda dah berlalu dah pun… yang penting sekarang dah tak terlibat dengan nama-nama tu…
ok tetiba komen agak emosi sket… 😀 terima kasih bro sebab selitkan episod 1 ni untuk aktiviti yang dianjurkan di eizil.com
[Reply]
topo Reply:
September 25th, 2012 at 10:56 pm
kisah lama apa tu bro? hehe
[Reply]
September 25th, 2012 at 2:10 pm
pengalaman yang mearik dalam episod satu waaupun disiapkan
dalam masa 2 minggu.. ehemmm.. panjang jugak ekkk.. hik3
belum lagi 2 – 5.. banyak tuh..
Gd luck and all d best brother
[Reply]
topo Reply:
September 25th, 2012 at 10:57 pm
ambil masa lama sebab ada banyak kerja lain.. kalau fokus pada blog je mungkin sekejap je dah siap hehe
[Reply]
September 25th, 2012 at 4:09 pm
Bila blogger otai mula berbicara tentang masa silam, memang mengimbau kisah lama juga.Saya baru juga mula aktif blogging ni. Tapi jenguk-jenguk sal blogging ni 5 7 tahun lepas tak silap. Tapi orang kata pengalaman orang yang melalui tidak sama dengan pengalaman orang yang tengok. Dulu sempat juga tengok tips tutorial ni susah nak jumpa. Sekarang ni dah banyak. Nak kena follow cerita topo ni. Best juga dengar cerita dari blogger otai.
[Reply]
topo Reply:
September 25th, 2012 at 10:59 pm
err mana ada otai bro haha old timer je tu pon tak lama sangat.. kalau ikutkan 5 tahun baru masuk tadika hehehe
[Reply]
September 25th, 2012 at 10:17 pm
Semoga berjaya dlm perebutan. Byk pengalaman dilalui dan tip yg amat naik anda lakukan.
[Reply]
September 26th, 2012 at 1:22 am
salam
pengalaman mematangkan diri kita di dalam dunia blogging ni kan ? hehe
teringat tahun 2008 tu yang boleh dikatakan zaman kegemilangan blogger.good lcuk topo
[Reply]
topo Reply:
September 27th, 2012 at 3:37 am
salam, boleh dikatakan macam tu jugak la, pengalaman mematangkan. Tapi kalau berhenti-berhenti macam aku ni takde la banyak pengalaman sangat hehehe
[Reply]
September 28th, 2012 at 6:35 pm
salam ;
5 tahun bukan calang-calang blogger, ni dah mantap…teruskan, blog bro lawa, entri ni memberi banyak pengetahuan berkaitan blog, terima kasih.
[Reply]
October 6th, 2012 at 1:11 am
Baru 5 thn bro..rileks2…jgn berenti merapu erk 🙂
[Reply]
October 6th, 2012 at 10:49 pm
pehhh..siap wat siri lagi tu..
[Reply]
October 7th, 2012 at 8:02 am
Mak aih, siap ada banyak episod lagi tu..
[Reply]
October 7th, 2012 at 6:55 pm
Berjaya jugak baca habis Episod 1 ni.
Lima tahun dah berlalu. Pengalaman yang ada sebelum ni tu sangatlah berguna walaupun dunia blog dah banyak berubah sejak setahun dua kebelakangan ni.
Teruskan blogging!
[Reply]