5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog: Episod 1

September 25th, 2012 16 Comments   Posted in Blogging

Kalau ikut kira-kira yang sebenar berdasarkan arkib dalam blog ni bulan Disember nanti baru genap 5 tahun aku jadi penulis blog. Tetapi memandangkan aku rasa nak buat banyak episod maka aku tulis la awal-awal. Menjelang bulan Disember nanti dah boleh genap 5 episod rasanya.

Ini adalah episod pertama daripada 5 episod siri kisah perjalanan hidup topo sebagai penulis blog. Sempena kelahiran semula blog ini rasanya sesuailah aku kongsikan sedikit pengalaman hehe. Episod pertama ini aku akan ceritakan pengalaman pada tahun pertama sebagai penulis blog episod 2 bagi tahun kedua dan seterusnya.  Post kali ini mungkin akan menjadi sangat panjang. Semoga anda tabah membacanya. Read the rest of this entry »

Di Mana Joe Jambul Kembali Lagi di TV1!

September 10th, 2012 7 Comments   Posted in Reviews

Mereka yang lahir pada tahun 1980an dan membesar pada tahun 90an pasti tahu dan pernah tengok cerita Di Mana Joe Jambul ini. Suatu masa dahulu ia merupakan rancangan game show kanak-kanak nombor 1 di Malaysia kot. Permainan dia lebih bercorak kepada pengetahuan am dan geografi dalam misi untuk mencari penjahat yang bernama Joe Jambul. Segmen akhir sekali ada main pacak-pacak tiang tu yang paling aku ingat sekali. Selain itu pengacaranya Norzizi Zilkifli pon sangat meriah dan menghiburkan aku haha. Dan kalau tak silap aku Sarimah Ibrahim pon ada dalam rancangan tu sebagai Chif Detektif kot tapi aku kurang pasti dan tiada sumber sahih yang menyokongnya. Read the rest of this entry »

Topotato.com Kembali hehehe

September 8th, 2012 14 Comments   Posted in Blogging

Lama betul aku tak menulis dengan serius dalam blog ni. Alasan pertama sebab sibuk, alasan kedua sebab dah malas, alasan ketiga sebab dah bosan jadi penulis blog hehehe. Tapi biasa la tu semua alasan je, bak kata orang kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Beberapa bulan lepas aku telah berjaya menghidupkan kembali nazrien.com. Walaupun trafik dia kekal 20-30 hits sahaja sehari tapi aku sangat puas hati dapat menulis dalam blog tu semua. Macam yang pernah aku cakap dahulu blog tu memang memberi kepuasan yang lebih sikit berbanding blog-blog aku yang lain. Nak tahu kenapa? Cuba la gali sendiri blog tu insyaAllah boleh jumpa hehe. Read the rest of this entry »