12942 hits daripada apesal.com selepas sebulan mendaftar

Blogging, Reviews January 28th, 2011

Jika sebelum ini aku ada buat pujian melangit di post berbayar apesal.com, kali ini adalah masanya untuk menulis post yang jujur selepas sebulan pengalaman bersama. Aku mula mendaftar cisdel.com di apesal.com pada 28 Disember 2010 dan merupakan antara blog terawal yang berdaftar di situ. Selepas genap sebulan menyertai, cisdel.com berjaya mendapat lebih kurang 12942 hits daripada apesal.com teruskan membaca jika tak percaya.

apesal.com

statistik apesal.com

klik untuk paparan lebih besar

Apa yang aku paparkan diatas itu adalah statistik cisdel.com di apesal.com. Ya, cisdel.com dah menerima 12942 klik daripada widget-widget apesal. Nak percaya atau tidak itu terpulang pada kalian sendiri. Tak nak percaya sudah, sikit pon tak mendatangkan kerugian kepada aku. Macam mana aku boleh dapat hits sebanyak tu? Mungkin sebab 2 perkara ini kot:

1) Cisdel.com antara blog terawal yang blog yang mendaftar.

Masa awal-awal dulu, pada saat orang lain sibuk mempertikaikan kemampuan apesal.com dan sibuk berkira-kira nak pasang ke widget apesal.com di blog takut loading slow la, takut orang lain dapat trafik daripada blog dia la itu la ini la. Aku dengan yakinnya mendaftar dan letak je widget apesal tu sebab aku memang sokong dengan teknik perkongsian trafik pintar apesal.com ni. Bak kata orang early birds get the best deal. Pada masa post ini ditulis mungkin cisdel.com ada lebih banyak post di apesal berbanding blog-blog lain.

2) Banyak klik yang cisdel.com hasilkan mungkin sebab tu la jugak banyak klik yang diterima.

Menurut founder apesal.com, lebih banyak klik yang kita beri maka lebih banyak la klik yang akan kita dapat. Macam mana boleh banyak bagi klik macam tu? hmm selain daripada letakkan widget apesal.com di tempat yang strategik, aku selalu copy link post-post blog lain yang terpapar di cisdel.com dan kongsikan di twitter ataupun facebook. Takde plak dinyatakan dekat T&C apesal.com tak boleh buat macam tu. Kalau ada nanti aku stop dengan serta merta :).ย  Ape barang spam kotak komen blog lain dengan link-link promosi tu semua.

Kenapa aku sangat yakin, percaya dan berminat dengan apesal.com?

1) Post di cisdel.com semua bersifat evergreen, rugi la kalau orang lain baca post terbaru je. Selama ini aku cuba mencari penyelesaian masalah ni, macam-macam perkara aku cuba termasuk la memasangย  featured post widget di cisdel.com tapi hasilnya tak begitu memberansangkan. Selepas melihat modus operandi apesal.com aku tahu bahawa ini la penyelesaian masalah yang aku hadapi selama ini. Ape barang main repost entry lama-lama hoho banyak lagi post baru aku boleh tulis ๐Ÿ™‚

2) Dengan adanya apesal.com aku boleh post entry pada bila-bila masa yang aku suka. Jika sebelum ni aku bersengkang mata dan bersusah payah untuk menerbitkan post terbaru di cisdel.com untuk mengejar waktu puncak, dengan adanya apesal.com semua ini tidak perlu lagi. Ini adalah sesuatu yang sangat bagus kerana aku tak perlu tergopoh gapah untuk menyiapkan post untuk diterbitkan pada waktu puncak berkenaan. Kalau korang nampak aksi lembu cisdel yang macam hidup segan mati tak mahu je tu maknanya masa tu aku sedang mengejar masa la tu. Tapi sekarang ni aku siap boleh berhenti makan, gayut dengan awek dulu (kepada gadis-gadis, jangan risau saya single) untuk mendapatkan ilham melukis aksi terlampau lembu cisdel. Tiada istilah waktu puncak di apesal.com kerana post kita memang akan keluar di widget-widget apesal.com

Dengan adanya apesal.com aku boleh post entry pada bila-bila masa yang aku suka, tidak wujud istilah waktu puncak di apesal.com

Nazrien, 2011

Akhir kata aku ada beberapa nasihat dan tips jika korang berminat nak hantarkan post ke apesal.com

  1. Kalau setakat post bertajuk ” Hari ini saya tak mandi pagi dan makan nasik dengan sambal belacan yang masam” lupakan je la niat anda untuk hantar post berkenaan. Ada post yang terlalu personal dan tak sesuai untuk dikongsikan dengan terlalu ramai orang. Lain la kalau post anda ada tips macam mana nak buat sambal belacan yang sedap ke, resipi nenek moyang turun temurun nak buat sambal belacan ke ok la jugak.
  2. Tiada benda yang boleh dapat percuma, anda perlu memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Kalau korang idamkan nak dapat trafik berjuta-juta tapi kedekut untuk pasangkan widget apesal.com sebab takut blog lain tumpang makan trafik anda yang juta-juta tu. Lupakan saja la apesal.com ternyata bukan untuk anda
  3. Sila masukkan gambar yang sesuai bila anda hantarkan post di apesal.com. Tak perlu rasanya nak gunakan gambar-gambar yang terlampau demi untuk menarik trafik yang banyak. Besar kemungkinan post anda akan di reject nanti

Tiada benda yang boleh dapat percuma, anda perlu memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu

Nazrien, 2011

Aku rasa cukup la sekadar ini sahaja post ikhlas dan tiada berlapis untuk berkongsi tentang apesal.com. Diulangi sekali lagi, post ini tidak dibayar siarannya hohoho. Kalau anda ada sebarang masalah atau persoalan tentang apesal.com sila ajukan dibahagian komen. Kalau mampu nanti aku jawab kalau tak mampu korang tanya la sendiri pada admin apesal.com

Seribu kemaafan dipinta jika ada terkasar bahasa ataupun membuatkan orang yang membaca ni tak senang. Segala yang ditulis ini ikhlas belaka dan tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi mahupun menjatuhkan mana-mana pihak. Dan tolong jangan timbulkan apa-apa isu sensitif jugak ye ๐Ÿ™‚ (hahaha ayat macam artis)

Sekian terima kasih kerana sudi membaca dan jemputlah sertai cisdel.com di apesal.com hehe sila la RT ye jika anda berjaya baca sampai habis dan rasakan post ini sangat bagus.. hahaha

16 Responses to “12942 hits daripada apesal.com selepas sebulan mendaftar”

  1. aizuddin says:

    apesal.com..satu lagi hasil tangan orang malaysia yg best..sebab selama ni selalu tgk kt web org putih je

    [Reply]



  2. megat says:

    nampaknya satu lagi hasil orang tempatan. sesuai untuk menaikkan taraf blog tempatan.

    huraian yang sangat menarik untuk mengajak menyertai apesal.com!

    [Reply]



  3. naz says:

    best2..aku antara manusia yg baca post lama-lama org dari apesal.com ni. ๐Ÿ™‚

    [Reply]



  4. faiz says:

    Berminat jugak nak sertai tapi satu soalan..kalau kita pasang widget dia kan nanti keluar entry ahli-ahli lain kan? Kita boleh pilih ke entry yang mana kita nak display kat blog kita atau dia random? Thanx =)

    [Reply]

    topo Reply:

    random tapi boleh pilih kategori ape yang nak dipaparkan kat widget tu.. dan kalau jumpa post yang rasanya tak sesuai boleh masukkan dalam senarai blacklist

    [Reply]

    faiz Reply:

    kalau blacklist tu kira blacklist dari keluar dari blog kita saje or macam kita flag? Sori banyak tanya..and thanx

    [Reply]

    topo Reply:

    dari blog rasanya.. aku tak pernah plak blacklist papae post.. nak tau lanjut tanya admin dia la.. hohoh aku bukan tau sangat pon

    [Reply]



  5. Pejuang kesenian Extreme says:

    baru daftar..hehe
    tapi dalam proses la..tak sabar nak memulakan sesi percubaan..hehe

    [Reply]

    topo Reply:

    semoga berjaya.. hohoho

    [Reply]



  6. yoy says:

    oo..sesuai utk blog2 yang berkongsi gambar etc kn..like 2leep.com.. smart2:)

    [Reply]



  7. Mrdaha says:

    Ha3.. lawak la “Hari ini saya tak mandi pagi dan makan nasik dengan sambal belacan yang masam”.. Memang entry tak stail langsung. Anyway, apesal.com ni cam menarik. jap lagi aku survey.

    Kenapa aku tak nampak widget apesal.com kat blog ko ni bro? da buang ke?

    [Reply]



  8. Mohd Isa says:

    bro, apesal ni siapa punya? aku lupa la plak, hehe. ๐Ÿ™‚

    [Reply]



  9. titan says:

    aku ada test apesal.com ni, memang bagus gak la. Senang-senang aje dapat trafik. Sape tak cuba, memang rugi la..

    [Reply]



  10. Newbie says:

    apesal ni mmg best…
    tp yg xbestnya exchange ration stakat 300% je…
    mknanya bila ER dh smpai 300%, traffic dh mula stop n slow…
    bak kata ayat bro tu la…klau kita nak lebih, kita kena la beri lebih gk….hehe…
    so mknanya kite kena selalu hantar traffic gk ke apesal…hoho…

    ak ada cuba wahoha.com…skang ER dh lebih 1500% tp traffic msuk je….hehe…

    [Reply]



  11. Amirez says:

    aku pun puas hati dengan trafik yg datang dari apesal.com. thanks gak kat topo sebab kenalkan apesal.com dulu

    [Reply]



  12. miss b says:

    baru je join apesal

    ni gugel pasal apesal yg sampai sini ni hehehehe

    [Reply]



Leave a Reply