Perkongsian Trafik Pintar dengan Apesal.com
Mungkin ada yang dah tahu berkenaan dengan apesal.com melalui review daripada amanz.my. Di post ini aku nak tulis review lengkap berkenaan apesal.com berdasarkan pengalaman selaku antara blogger terawal yang telah mendaftarkan diri. Sila baca dengan teliti dan sampai habis kerana apesal.com memang lubuk trafik yang sangat mengagumkan. Rugi kalau korang tak cuba.
Pengenalan
Apesal.com ditubuhkan oleh saudari Sharifah Munira beberapa hari yang lalu tetapi akan dirasmikan pada 1 Januari 2011. Ia boleh dikatakan sebagai social bookmarking web dimana blogger perlu menghantar post mereka di apesal.com. Dan blogger tersebut perlu meletakkan widget apesal.com yang akan memaparkan secara rawak post-post yang telah dihantar ke apesal.com di widget tersebut. Post-post yang dipaparkan akan diambil daripada pelbagai blog dan bukan hanya daripada blog anda sahaja. Itu la yang aku maksudkan dengan perkongsian trafik pintar.
Tujuan widget itu diletak bukan untuk suka-suka sahaja tapi banyak lagi manfaat lain. Semakin banyak jumlah klik yang terhasil daripada widget di blog anda, semakin banyak trafik yang anda akan dapat. Bunyi macam tak logik tapi itulah kebenaran yang aku akan tunjukkan bukti sebentar lagi.
Bagaimana boleh dapat pulangan trafik berlipat kali ganda?
Perkara ini mungkin tidak dinyatakan di apesal.com bagaimana sesebuah blog tu boleh mendapat pulangan trafik berlipat kali ganda. Tetapi mengikut pengamatan dan pendapat aku, bila widget blog anda banyak menghasilkan klik kekerapan post anda untuk muncul di widget blog lain akan bertambah. Mungkin dengan cara itu trafik anda bertambah berlipat kali ganda.
Di bawah ini aku paparkan secara esklusif peningkatan trafik mendadak yang terhasil daripada apesal.com. Dalam proses eksperimentasi di cisdel.com, aku tak kejar keyword panas seperti Piala AFF dan jugak tak kejar untuk dapatkan post popular di gengblogger semata-mata untuk membuktikan kesan apesal.com

referer from apesal.com
Kelebihan Apesal.com
Selain daripada perkongsian trafik pintar yang aku terangkan panjang lebar kat atas tu, kelebihan lain yang aku dapat kenal pasti adalah post anda akan sentiasa mendapat perhatian tak kira la dah berapa lama post tu dihantar atau ditulis. Ini sangat berguna bagi blog yang memiliki post evergreen seperti cisdel.com. Selain itu post-post yang banyak gambar-gambar menarikย jugak sangat sesuai dihantar ke apesal.com
Blog yang mungkin tak sesuai dengan apesal.com
Jika anda atau blog anda tergolong dalam golongan dibawah ini apesal.com mungkin tidak sesuai bagi anda.
- Blog warez (menyediakan sumber download barang-barang cetak rompak). Pihak apesal.com telah mengharamkan blog-blog seperti ini mungkin kerana akan memberi kesan yang tidak baik pada apesal.com (mungkin la haha)
- Blog pornografi (duhh tak payah la nak terangkan sebab dia)
- Blog atau penulis blog yang kedekut, tak sanggup berkongsi trafik dengan blog lain. Atau mungkin tak sanggup tengok ada post daripada blog lain muncul di blog mereka
- Blog yang hanya mengejar keyword panas atau salin isu daripada akhbar je. Sebab post yang anda submit akan sentiasa berlegar-legar di widget-widget apesal.com sampai bila-bila. Dan rasanya mustahil la dalam masa 2-3 bulan yang akan datang ada orang berminat lagi nak klik post yang cerita pasal kemenangan Malaysia dalam Piala AFF +.+” (tapi tak salah kalau nak cuba.. itu hanya pendapat aku sahaja.)
Lain-lain Perkara
Mungkin ada yang risau kalau ada post yang tak sesuai dengan genre atau niche blog mereka terpapar di widget apesal.com. Tak perlu khuatir kerana anda boleh tapis kategori post yang muncul di widget yang anda pasang di blog anda.
Aku galakkan korang daftar dan cuba terlebih dahulu apesal.com. Cuba la submit dan pasang widget sendiri kalau ada masalah atau pertanyaan korang boleh ajukan ke facebook atau email apesal.com. Kalau tanya aku pon mungkin aku boleh jawab berdasarkan pengalaman yang ada.
Menurut sumber, sekarang ni dah ada lebih 50 blog yang mendaftar. Kalau korang berminat, lebih baik cepat takut nanti shepa akan ketatkan syarat untuk jaga kualiti apesal.com, Jadi tunggu apa lagi sila la daftarkan blog anda di apesal.com
December 31st, 2010 at 5:50 am
sgt2 terima kasih! nak cubelah!
[Reply]
December 31st, 2010 at 6:40 am
aku ada baca hal apesal.com ni, tp kat mana aku dah lupa…kena join gak ni..hehe
[Reply]
December 31st, 2010 at 6:45 am
aku baru register td..kena tgu approve dlu yerk…lepas tu wajib letak widget ke nnt?
[Reply]
topo Reply:
December 31st, 2010 at 7:37 am
buat masa ni dia tak wajibkan letak widget..
tapi macam aku tulis kat atas tu.. semakin banyak orang klik post dekat widget tu.. semakin banyak trafik yang akan datang ke arah ko..
[Reply]
Mohd Isa Reply:
December 31st, 2010 at 11:26 am
yeke…hoho…aku nak test letak widget jap…tgk pontensi dia cam mana…sbb nak ambik risiko loading page lagi ni…haha
[Reply]
December 31st, 2010 at 8:22 am
Pendapat aku pulak, tak gemar letak2 widget ni. Hehehe.. Nanti kepala aku kusut dan serabut dengan benda2 ni dekat blog aku tu nanti. Btw nice review.. ๐
[Reply]
December 31st, 2010 at 6:22 pm
menarik. tapi kalau pasal widget, aku pun sependapat dengan cypherhackz. cuba try dulu ๐
[Reply]
December 31st, 2010 at 7:10 pm
cisdel..cmne leh dpt vip member tu?? hahaha
[Reply]
topo Reply:
December 31st, 2010 at 9:34 pm
haha sebab review ni la kot
[Reply]
January 1st, 2011 at 2:31 am
satu je. kena kena letak post manually ke kat sana bila kita tiap kali update… ke auto ping… hurmmm~~ jenuh ah nak login2
[Reply]
topo Reply:
January 1st, 2011 at 2:47 am
tu la.. tapi aku suka.. haha sebab boleh submit sendiri post2 yg evergreen mcm post2 cisdel.com tu kat situ hohoho
[Reply]
January 1st, 2011 at 1:34 pm
dah try. rupanya widget yg dimaksudkan tu macam linkwithin je. menarik ๐
[Reply]
January 2nd, 2011 at 7:03 am
bro…satu hari bape byk leh send post? pastu sapa keje approve? hehe…hari aku baru nak send satu…tgk2 u can send today -1…apa kes? hehe
[Reply]
January 2nd, 2011 at 8:58 am
hari tu aku check boleh send 3 link sehari.. semalam dah kurang jadi 2 link sehari.. rasanya sebab dah banyak blog yg register dia nak elakkan spam kot.. papehal ko try tnya kat fb dia la..
[Reply]
January 3rd, 2011 at 3:25 am
Salam bro.. Jai dah join, tapi bab kena letak widget tu yang pelik. Nak letak widget tu cemna?
[Reply]
January 3rd, 2011 at 3:55 am
Review yang bagus!
Memang trafik sangat3 diperlukan oleh blogger pun…thanks for sharing B)
[Reply]
January 3rd, 2011 at 4:19 am
weyh… kritikal giler trafik naik.. hehe, kene try gak nie! hoho, sharifah munira tue bukan blogger e-sempoi ke? seigt aku laa..
[Reply]
January 4th, 2011 at 10:07 am
baru aku paham fungsi widget tu..tapi apesal ni guna sistem ape ek?macam best je
[Reply]
topo Reply:
January 4th, 2011 at 10:25 am
sistem rahsia.. hohoho kalau aku bagi tau nnt mesti ko nak buat jugak kan? hehe tak best la kalau ada banyak sangat benda yang serupa kat internet ni..
haha joke.. aku pon xtau sistem ape diorang guna
[Reply]
January 5th, 2011 at 12:57 am
hoho, mekasih review. tak rugi pun join. masing-masing dapat traffik. kira apesal.com ni perantaraan la.
taknak letak widget pun takpe..perkongsian traffik sehingga 300%, bila dah cecah 300% semua post yang korang letak takkan kuar selagi korang takde klik dari witget apesal.com..hehe
[Reply]
January 6th, 2011 at 11:32 pm
Ooo ley try ne,cam menarik jer..korang perasan macam sebiji cam 2leep.com tak eq…anyway sharing is caring t.Q
[Reply]
January 14th, 2011 at 5:39 am
dah cuba. Memang best. Dapat dah trafik. Kira bagus gak nih. Percubaan yang baik.
[Reply]