Kenapa blogger suka repost entry yang lama-lama ye..
Selamat pagi dan salam 1Malaysia.. hohoho disaat kalian membaca post ini mungkin aku sedang naik gila atau sedang bertungkus lumus menyiapkan laporan dan projekĀ Latihan Industri. hohoho tiba-tiba je dapat email daripada supervisor semalam kata dia nak tengok semua tu hari Isnin bersamaan 6 Disember 2010. Dah lama aku tak buat intro merepek macam ni.. hehe mungkinkan naluri seorang blogger aku dah kembali?
Kembali ke tajuk asal, kenapa terdapat ada orang suka repost entry yang dah lama zaman tok kadok dulu ye? Aku tak cakap la benda tu salah ke atau betul ke wajib ke dan sebagainya. Tak layak untuk aku menjatuhkan hukum haha cuma sekadar nak tau je. Mana la tau korang ada pendapat sendiri yang bernas ke.

credit gambar: indowebster
Pada pendapat aku mungkin ada beberapa sebab kenapa blogger suka repost entry lama-lama antaranya:
- Masa zaman dia post entry tu dulu gengblogger tak wujud lagi atau mungkin masa tu gengblogger down.. sebab tu nak kena repost lagi sekali.. boleh ping kat GB hohoho
- Entry tu sangat menarik dan bernilai dan terbaik tapi malangnya ramai yang tak perasan masa tu sayang woo dah penat-penat tulis orang tak perasan.. kena la repost.. nak tulis balik buat penat je heheh
- Dulu masa dia tulis post tu follower dia baru ada 10 orang je, sekarang ni dah ada 10ribu orang.. hohoho rugi la kalau 10ribu orang tu tak baca apa yang dia tulis dulu
Ini hanya sekadar pendapat aku sahaja.. Sekali lagi aku ingin tekankan, aku tak layak untuk menjatuhkan hukum baik atau tidak perbuatan repost ni sekadar ingin tahu pendapat korang je. Jadi korang rasa kenapa blogger suka repost entry yang lama-lama ye?
December 2nd, 2010 at 11:55 am
aku rasa pendapat ke 3 tu agak logik ar..sebab tu kot orang suka repost benda lama..
lagi satu maybe dulu pkai blogspot..then bila tukar ke WP dia rasa nak repost gak dari blog lama dia.. ermm sebab tu kot..
selamat membuat report, bro! heh
[Reply]
December 2nd, 2010 at 11:59 am
aku setuju dengan number 2. tapi point number 1 aku ttp “traffic hunters” LOL. disebabkan diorg lack of ideas nak update,dah 3-4-5 hari blog terbengkalai, itu lah sebabnya diorg repost entry2 lama.
[Reply]
topo Reply:
December 2nd, 2010 at 12:12 pm
haha point no 1 tu kira bahasa halus + sopan sikit la.. hehehe
[Reply]
December 2nd, 2010 at 12:28 pm
sebab 2 & 3 kot..yelah…kalau dia repost mesti orang baru jadi follower tuh baca kan..takdelah membazir…hehehhe
[Reply]
December 2nd, 2010 at 12:36 pm
ada satu lagi! tak de idea nak post apa XD
[Reply]
topo Reply:
December 2nd, 2010 at 1:30 pm
hohoho boleh try lepas ni.. tak tahu nak post apa repost je entry lama2.. ada banyak dalam stok ni.. haha
[Reply]
December 2nd, 2010 at 12:36 pm
saya kunci point no 3
[Reply]
December 2nd, 2010 at 1:21 pm
Aku pun suka repost entri lama… Sebabnya point 1 dan 3 tu… huhu
[Reply]
December 2nd, 2010 at 1:23 pm
kadang recycle entri lama sebab keadaan tu berhubung kait dgn keadaan sekarang..tapi biasanya bukan entri bersifat peribadilah.
entri ‘selamat hari jururawat’ di recycle dah 3 tahun berturut – entri ucapan utk seorang kawan ….
[Reply]
topo Reply:
December 2nd, 2010 at 1:25 pm
hoho saya pon suka recycle post hari2 ni tapi ada tambah sikit la twist sikit itu ini.. hohoho
[Reply]
December 2nd, 2010 at 2:54 pm
sebab dah xde idea kot.. tapi ni satu teknik yg bagus.
@ boleh compilekan entri2 lama yg dia rasa bagus , buat satu entri baru. then dalam tu , link ke entri2 lama. ni pun bagus jugakkan ?
[Reply]
December 2nd, 2010 at 4:33 pm
Kekadang banyak pembaca baru, dan jarang yang sanggup geledah benda lama.. jadi ada baguslah jugak ulang tayang, tapi kalau boleh nak ulang biarlah tambah sikit benda-benda baru.
[Reply]
topo Reply:
December 2nd, 2010 at 4:35 pm
ok.. point yang menarik.. hohoho boleh la try buat jugak lepas ni.. hehehe
[Reply]
December 2nd, 2010 at 4:34 pm
rasanya alasan-alasan kat atas ni dah betul.
cuma sebagai tambahan, ada jugak blogger repost artikel lama pasal artikel dia dah pernah sentuh isu yang berulang tu.
untuk jimatkan masa dan tenaga, repostkan saja artikel tu pun sudah memadai..
[Reply]
December 2nd, 2010 at 9:36 pm
aku rasa yang no 2 tu la kut
aku pernah buat dua kali
ekekekek
P/S : Review Filem Ngangkung & Berapa Kutipan Filem 2 Alam? RM39.9 Juta Kah?
[Reply]
December 2nd, 2010 at 9:56 pm
bagi den xdo slh pon konsep repost ni:)
bt0l x??hehe cume jgn buat selalu la.
[Reply]
December 3rd, 2010 at 2:07 am
aku takde repost. haha~
[Reply]
December 3rd, 2010 at 4:57 pm
kalo ianya relevan dah menarik tak kesah repost..tapi kena edit ikut keadaan semasa…jangan copy paste je..huhu..lgpun tak semua reader rajin godeh entri2 lama..
[Reply]
December 4th, 2010 at 4:30 pm
maleh nak re-post… tapi nak try gak! haha
[Reply]
December 4th, 2010 at 6:29 pm
Repost tutorial dan artikel yang bermanfaat tak salah.
Kadangkala tiba-tiba sahaja ilmu baru datang menjengah. Yang membaca pun dapat lebih mengerti sesuatu perkara.
[Reply]
December 15th, 2010 at 12:55 pm
saje je tuh. dia bosan kot. Tapi rasanya sebab nak trafik. Sekarang semua cari trafik.
[Reply]