Komen kamu semua berunsur pujian.. tapi malangnya aku terpaksa delete..

Blogging March 13th, 2010

Semua blogger pasti mendambarkan komen yang baik dan lebih menggembirakan lagi kalau komen itu berupa ucapan terima kasih atau memuji-muji post yang anda tulis itu. hahah tapi pada hakikatnya semua itu agak sukar untuk diterima.. hohoho mungkin mereka lebih gemar mengucapkan terima kasih atau memuji dengan cara meng – copy & paste penulisan anda.. lantas anda membalasnya dengan “memuji-muji” (baca memaki-maki) post yang telah dicopy itu.

Walaupun aku gemar akan komen yang bersifat puji-pujian, tetapi aku terpaksa delete sebahagian komen berkenaan sebab..

  1. Komen itu tidak diungkap dengan seikhlas hati..
  2. mereka tak baca pon apa yang aku tulis.. terus komen je..
  3. mereka meletakkan link pelik di bahagian komen..
  4. dan yang paling penting adalah kerana semua komen itu adalah SPAM>> hohoho

Aku memang suka baca komen puji-pujian yang diungkapkan oleh penjual minyak lintah spammers di blog ini.. Aku anggap ianya sebagai tanda terima kasih setelah berpenat lelah aku menulis sepanjang malam.. Pada ketika post ini ditulis, aku telah menerima lebih daripada 6,591 komen yang bersifat puji-pujian ini.. antaranya:

puji-pujian

puji-pujian

hoho tak bangga ke kalau ada orang komen macam tu kat blog korang? Pasti semua penat lelah akan terhapus bila menerima komen seumpama itu.. hohoho. Tapi malangnya semua itu umpama mimpi sahaja.. Mungkin kerana mereka lebih gemar mengucapkan terima kasih atau memuji dengan cara meng – copy & paste penulisan anda.. lantas anda membalasnya dengan “memuji-muji” (baca memaki-maki) post yang telah dicopy itu. hohoho cisdel..

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

24 Responses to “Komen kamu semua berunsur pujian.. tapi malangnya aku terpaksa delete..”

  1. mazuki blog says:

    ni semua spam komen….

    [Reply]



  2. Mus says:

    Nasib baik komen spam ni dapat di filter.. kalu tak.. mcm-mcm ada di ruangan komen.

    [Reply]

    topo Reply:

    haha tapi seronok jugak baca spam-spam ni kadang-kadang..

    [Reply]



  3. aizuddin says:

    memang cisdel..dyorg x d keje len la tu nak kaco blog org lain..huhuh

    [Reply]

    topo Reply:

    banyak keuntungan spam ni beb.. tak caya cubalah.. hahaha

    [Reply]



  4. JHafiz says:

    hahaha. perkara biasa yg di alami oleh semua blogger. tapi saaaaangat annoying! pakailah akismet utk protection! igt masa mula2 blogging dlu, teruja habis bila blog dapat komen dr omputih. percaya habes~ hahaha..

    [Reply]



  5. Kujie says:

    hehehe..kalau baca komen spam..mmglah..tak logik betul dia boleh faham BM..translate pun…google translate tu lagi pening nak faham :p

    [Reply]



  6. apiih says:

    spam,penah dpt jugak komen macam tue..hahaha..apa yang aku buat?delete permenantly…hahaa(cam slh jerk aku eja tuh)

    [Reply]

    topo Reply:

    haha aku suka baca komen puji-pujian seumpama ini..

    [Reply]



  7. ishak says:

    aku selalu gak terima komen pujian,macam tu….yang aku heran macamana pengkomen orang pitih tu faham apa yang aku tulis dalam bahasa melayu…ohohhho,aku rasa komen spam ni dihantar menggunakan software kan topo ?

    [Reply]



  8. Piston Pecah says:

    haha..komen dia dah lari dari topik..!

    [Reply]



  9. pakeri says:

    ni komen ikhlas dari aku.bukan spam atau copy paste.

    blog kau ade warne ijau,salah 1 peberet aku.hahaha.

    [Reply]



  10. Yoy says:

    aku baru nak puji..tp nnti ko delete lak..
    hehe

    [Reply]

    topo Reply:

    aku dapat membezakan pujian yg ikhlas hohoho

    [Reply]



  11. Anarm says:

    Thank you.. You often write very interesting articles.. You spoil my mood! hahahaha..

    [Reply]



  12. Amir says:

    topo, dulu waktu aku br2 mengenal blog wp ni, aku ada terima komen2 pujian ni… rasa bangga jap. bila cek2, banyak plak pujian2 cmni. haha.. rupanya spam! nasib gn akismet… automatik masuk kotak spam..

    [Reply]



  13. samanosuke_04 says:

    gahaha, lawak rr screenshot tue.. nampak nak mampos bot yang hantar komen2 camtue.. hahaha!

    [Reply]



  14. TMUkmkd says:

    ok la tu dapat yang puji.. aku semua dapat bahasa russia T_T
    kompem aku tak paham.. aksimet pun tak paham haha

    [Reply]



  15. Fazreen says:

    thank you http://www.topotato.com bookmarked your website..muahahahaha

    [Reply]

    topo Reply:

    terharunya.. hahaha

    [Reply]



  16. naz says:

    hoho, smue nak backlink dr ko.

    [Reply]



  17. xmizanx says:

    bawak bersabar je lah….. ntah sape lah tue yek
    mak lang kowt…

    [Reply]



  18. Wan Perlis says:

    biasa la komen ni dapat naikkan trafik.
    sebab tu ada yg xbaca terus komen ja

    [Reply]



  19. beliamuda says:

    kira ok la komen spam cmni. aku dapat lagi hardcore. haha~

    [Reply]



Leave a Reply