300 post pertama topo sebagai blogger…
hohoho jika Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk dengan perihal 100 hari pemerintahan aku pon nak sibuk gak la buat pasal 300 post pertama topo sebagai blogger..ini adalah post ke 301 topo sebagai blogger di mylifeastopo dan juga topotato.com memang banyak perbezaan post terdahulu dan sekarang yang mungkin menarik minat kalian untuk membaca.. nak bonus sempena 300 post pertama? hoho teruskan membaca mungkin ada bonus untuk anda atau mungkin juga tiada.. hohoho
post pertama topo di alam blog ini terbit pada 2 Disember 2007 di mylifeastopo.blogspot.com hohoho permulaan pertama menjadi seorang blogger kira standard la tu guna blogspot. post pertama bertajuk my life as topo.. hohoh untuk pengetahuan my life as topo diilhamkan daripada cerita kartun bertajuk my life as a teenage robot yang popular di tv9 suatu ketika dahulu.. pada masa itu aku masih lagi terkapai-kapai di alam maya ini dan banyak post mengarut yang aku tulis.. hohoho nak tau sila rujuk arkib disember 2007

my life as a teenage robot ilham mylifeastopo
perjalanan awal aku di alam blog ni agak sukar sebab dahulu tiada blog seperti blogmenjerit atau dilarang-melarang atau chokilala.com yang banyak memebri tips berkenaan dengan blogging. aku perlu memanfaatkan google dengan sepenuhnya untuk mendapatkan ilmu yang kebanyakkan berbahasa Inggeris.. aku sangat berterima kasih pada blog-blog yang banyak membantu di awal pembabitan topo
jika sekarang ni negaraku.net sangat popular sebagai social bookmarking yang sangat membantu dalam menaikkan trafik, dahulu ramai yang bergantung pada laman web yang dikenali sebagai blogtitude.com sebuah aggregrator yang memaparkan post terbaru blogger.. rujuk post ini untuk mengetahui perbezaan social bookmarking dan aggregator di situlah aku mengenali ramai blogger otai-otai Malaya yang sekarang ni dah menyepi.. hohooh
aku bersama blogspot hanya untuk seketika kerana pada tanggal 5 Januari 2008 aku telah bertukar ke wordpress dengan belas ihsan saudara emptyspace yang memberi aku menumpang hosting fwenz.info dan bertukar alamat ke mylifeastopo.fwenz.info hoho bermula dari situ aku mendalami wordpress.. dan saudara emptyspace juga merupakan sifu aku yang pertama di alam blogging ini.. hohoho
aku mula menjana pendapatan di alam maya dengan menyertai contest yang dianjurkan oleh para blogger tapi pendapatan aku yang pertama yang berasal daripada blog ini adalah datangnya daripada post ini.. hoho tak silap aku dapat RM63 ye la pada masa tu nuffnang masih lagi belum mesra dengan aku.. hohoho earning nuffnang baru ada RM4-5 je.. hohooh cek pertama nuffnang aku pulak dapat pada bulan Januari 2009 setelah setahun lebih menjadi blogger.. hohoho lepas tu earning laju je masuk 😀

cek pertama nuffnang
semenjak daripada post pertama lagi aku memang tak pernah ceritakan perihal kehidupan peribadi.. post macam hari ni aku pergi jalan-jalan, atau aku bangun lambat hari semalam memang tak pernah wujud.. hohoh tapi aku akan kaitkan kehidupan seharian aku dalam setiap post dengan meletak perkataan topo atau saya atau aku di tajuk post.. hohoh cuba lah korang kira ada berapa banyak post yang ada tulis nama topo..
setelah seketika menumpang di server fwenz.info, pada 10 Mei 2008 aku telah selamat berpindah ke hosting sendiri dan menggunakan domain topotato.com hohoh ye la sampai bila nak hidup menumpang beb.. hohoho nak tahu kisah dongeng macam mana aku boleh dapat nama topotato? sila baca post ini dan bermulalah era baru dalam penulisan blog topo.. hahaha
terdapat beberapa jenis post di topotato.com antaranya post mengarut, post review, post main teka teki, post pendek tingkas ala-ala snippets Dr.M dan juga post yang berfokuskan pada SEO semata-mata.. hohoho jadi jangan la terlalu pelik sekiranya ada post yang macam mereng-mereng atau memang tak sesuai dengan jiwa raga korang.. hohooh
berdasarkan statistik wp-stats, unik hits terbanyak dalam sejarah topotato.com adalah 1715 dan sekarang ini average hits setiap hari adalah 500-600 unik hits melainkan ada dadah tambahan hohoho berminat nak meletakkan iklan di topotato.com? hohoh mari-mari jangan malu dan segan.. aku telah mula menawarkan ruangan iklan di topotato.com pada 10 Julai 2009 dan hasilnya agak memberansangkan.. hohooh
hoho aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja amanat topo sempena 300 post pertama sebagai blogger.. hohoho nanti tunggu la 500 post lagi panjang lebar aku mengarut.. 😀
September 19th, 2009 at 6:24 am
benda yang paling aku pantang dgr pasal topotato.com,unik hits yg mcm ribut!~
[Reply]
topo Reply:
September 19th, 2009 at 6:27 am
hohoho benda paling aku pantang psal ko adalah ko berjaya buat bom asap.. hahaha aku nak tgok demo la weh.. hohoho
[Reply]
September 19th, 2009 at 6:26 am
hohohoho..tahniah, dah 300 post…..lama ye dah ko blogging 🙂
keep up the good work
[Reply]
September 19th, 2009 at 2:01 pm
mengimbau serba sedikit sejarah lama eh.. wah, dah 300 post tuh~
[Reply]
September 19th, 2009 at 2:25 pm
tahniah bro.. huhu aku nie jenis yang pemalas sket.. tatau laa bile nak sampai 300 post tue.. huhu doakan kejayaan aku gak eh..
Selamat Hari Raya..
[Reply]
September 19th, 2009 at 3:55 pm
tahniah! beza antara blogger lama dan baru adalah mereka punyai sifu dan semakin ramai yang sudi kongsi ilmu tentang teknikal blog dan SEO.
aku ingat dulu aku mula menulis pun carca marba je. org jawa cakap sembrono je. ambil masa agak lama untuk jumpa tune, explore sana explore sini hu3.
6 – 8 bulan juga la nak stabil dan dapatkan trafik yg seronok mata memandang disamping pendapatan nuffnang yang berbaloi juga kan?
[Reply]
September 19th, 2009 at 10:22 pm
sekarang tidak perlu lagi terkapai menulis blog……
[Reply]
September 19th, 2009 at 11:26 pm
hebat la ko:fizi01:
[Reply]
September 20th, 2009 at 2:21 am
Pergh. Income cam ribut tue yang aku jeles nie. Huhu.
[Reply]
September 21st, 2009 at 4:41 pm
tahniah!!!7x:upin02:
alang biar sampai 1000 ke…1 000 000 post ke…he3x
[Reply]
September 21st, 2009 at 9:15 pm
tahniah2…anda blogger hebat
[Reply]
September 22nd, 2009 at 2:00 am
trademark topotato.com adalah “hohohohoho” dia..hoho *dah terjangkit*
banyak betul hurf ‘O’ dalam blog ni..adakah tuan tanah dia pon bentuk ‘O’?
XD
[Reply]
topo Reply:
September 22nd, 2009 at 6:25 am
tuan tanah berbentuk z.. hohohho
[Reply]
September 24th, 2009 at 4:04 pm
giler dah sampai 300 post…
aku 20 pun tak sampai.
tahniah topo..
selamat hari raya..:d
[Reply]
September 26th, 2009 at 11:36 am
berapa ko caj untuk iklan tu??:ehsan01:
[Reply]
topo Reply:
September 26th, 2009 at 11:37 am
sidebar RM10 sebulan.. :ehsan02:
[Reply]