mencari kemanisan menulis blog bersama topo…
semakin hari semakin ramai yang menjadi penulis blog dan terus terjerumus dalam arena yang penuh pancaroba ini.. hohoho sejak dari dulu lagi ramai blogger yang aku nampak mula menceburkan diri dan akhirnya menjadi berjaya dan bahagia bersama blog dan ada juga yang blog hanya tinggal nama je.. hohoho hangat-hangat tahi ayam je.. update terbaru 8 bulan yang lepas… di kesempatan ini aku nak berkongsi beberapa tips untuk mendapat kemanisan berblogging khas untuk mereka yang baru berjinak-jinak atau mereka yang masih kabur lagi.. hohoho diambil berdasarkan pengalaman tak seberapa…

mencari kemanisan menulis blog
1) menulis blog dengan seikhlas hati..
apa yang aku boleh katakan adalah ini perkara paling asas dan paling memberi impak sekali.. jika setiap perkara dibuat dengan hati yang ikhlas nescaya kepuasan tu lebih dinikmati.. dalam konteks blogging plak.. tulis la blog dengan seikhlasnya tanpa mengharapkan trafik yang mencanat atau pun mendapat pulangan ribuan ringgit seperti penulis blog otai yang dah lama menulis blog… jika kita dengan ikhlas menulis nescaya trafik itu akan datang sendiri dengan sedkit usaha.. hohoho mana ada benda boleh dapat tanpa usaha.. nanti pasti kita akan dapat merasai kemanisan berblogging
2) tetapkan fokus untuk menulis blog..
hohoho yang ini pun penting supaya boleh dijadikan sebagai guidelines supaya kita tak terpesong jauh dan menyebabkan kita cepat bosan dengan dunia blog yang mencabar ini.. contohnya pada awalnya aku aku dah tetapkan aku menulis blog adalah bukan untuk berkongsi perjalanan hidup seharian aku yang membosankan… aku terus fokus pada matlamat itu dan lahir lah blog carca marba mentega kacang yang ditulis mengikut style topo ini.. hohoho kalau kalian gali archive.. korang tidak akan jumpa satu pon post berkenaan percutian.. perkelahan… apa yang topo makan untuk sarapan dan sudah semestinya tiada satu pon post berkenaan awek.
3) tetapkan matlamat untuk berblogging..
yang ini lebih kurang sama macam tetapkan fokus di atas.. tetapi adunan dan perencah yang berbeza digunakan untuk mendapat kemanisan berblogging.. sejak dari kecil lagi kita dah dididik supaya menetapkan matlamat hidup.. contohnya kita masuk sekolah rendah dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan begitulah seterusnya.. ok dalam konteks menulis blog plak.. sama je tiada yang berbeza.. tetapkan matlamat anda menulis blog dan rancang perjalanan untuk menuju ke matlamat berkenaan.. tak kisah la matlamat jangka masa pendek ke panjang ke.. yang penting perlu jelas dan disertai dengan usaha.. matlamat topotato.com pada masa sekarang adalah untuk mengalahkan knizam.com.. hohohoho
4) jangan jadikan menulis blog sebagai satu beban…
terdapat segelintir diulangi SEGELINTIR penulis blog yang terlalu membebankan diri sendiri untuk mencari topk-topik yang hangat yang superb supaya mendapat hits yang tinggi.. dan akhirnya topik itu tak la sehebat mana.. ataupun lebih teruk lagi, mereka tak ketemu topik yang hangat itu dan menyebabkan blog milik mereka hingga 8 bulan tak update.. satu nasihat tak seberapa daripada aku: menulislah dengan santai dan cuba segala benda.. hohoho nescaya nanti akan ketemu rentak yang sesuai dan kemanisan menulis blog itu akan uncul dengan sendiri.. pada aku contoh penulis blog yang tak pernah membebankan diri dengan blog adalah knizam.com serta kujie2.com.. hohoho giler kentang.. setiap hari ada je post yang menarik utntuk dikongsikan… kadang-kadang tu sampai 3-4 post.. hohoho aku baca tajuk je pon dah enjoy dah…
5) kenali dan fahami diri kita sendiri.. ramuan terbaik mendapat kemanisan berblogging.. hohoho rasanyalah..
ingat akan post fahami pelawat untuk mendapatkan trafik? hohoho point yang kelima ni aku akan buat satu post khas bertajuk “kenali diri sendiri rahsia trafik terbaik” … hohoho nantikan di pasaran tak lama lagi.. untuk tidak ketinggalan sila subscribe rss feed blog ini sekian..
p/s: aku bakalan tiada untuk beberapa hari ni.. hohoho student UTeM baru masuk.. usaha mencari awek cun bermula.. hahaha (mencari awek cun sahaja ye… untuk di tangkap gambar.. bukan untuk pasangan hidup.. hahahah)
June 27th, 2009 at 5:19 am
huhuh…trimas encik topo dengan nasihatnya…tapi entahlah bagi aku yang tak seberapa nie,tulis blog ikut rasa hati…boleh ke? adakah aku dikategorikan syok sendiri hahaha
[Reply]
June 27th, 2009 at 5:28 am
Topo, pastikan budak-budak mekatronik sumenye cun-cun.
Gua nak merasa jugak junior cun-cun
[Reply]
June 27th, 2009 at 5:47 am
banyak info yang berguna, thx bro 😀
[Reply]
June 27th, 2009 at 8:06 am
topo.. aku berharap engko berjaya dengan misi memintas bro knizam tu.. yosh..!!
[Reply]
June 27th, 2009 at 8:09 am
sangat bagus utk orang yang baru berbloging macam aku ni,hehe
susah jugak mula2 nak tulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
[Reply]
June 27th, 2009 at 9:18 am
tips yg sungguh bagus
***speachless x tau nak komen apa..hihi***
neway, thanks….akan diingat selalu..
[Reply]
June 27th, 2009 at 10:21 am
Wah tips bagus.. boleh belajau byk dari pakar kita, topotato..
er awek ada lebih kenal-kenal kan ngan aku.. huhuhuhu
[Reply]
June 27th, 2009 at 10:22 am
tolong simpankan aku junior ftmk yang comel-comel mcm mamat dlm post jambu aku tu ye. naik sem nanti aku amek kat ko. hohoho 😡
[Reply]
June 27th, 2009 at 12:19 pm
cayalah. best gila entri ko yang paling ikhlas ini..
[Reply]
June 27th, 2009 at 12:36 pm
encik topo memang ikhlas…
xpernah tunggu cek nuffnang…
xpernah hirau jika bil telefon belum dijelaskan…
tidak peduli andai tiada wang untuk membeli makanan…
encik topo yang ikhlas….seikhlas hati dan sanubari…dok menghadap laptop je 24/7..hahaha..
topo! masak nasi!!
ps: btw, post yg bgus untuk kaum novice mcm aku..^:)^^:)^
[Reply]
June 27th, 2009 at 2:05 pm
topo…share r plak strategi2 ko nak melawan knizam tu…
[Reply]
June 27th, 2009 at 2:34 pm
blogging kan m’jadi beban pabila traffic LOW .. :ehsan01:
[Reply]
June 27th, 2009 at 5:22 pm
ikhlas ke post nie?????
[Reply]
June 27th, 2009 at 8:01 pm
manisnya aku lepak sini.. hahahah…
[Reply]
June 27th, 2009 at 10:09 pm
mengalay di gading mencari makanan. laper gila. ohh
[Reply]
June 27th, 2009 at 11:54 pm
betul aku setuju. hehe tapi kan susah gak woooo nak buat satu2 posting tuh, walaupun posting yg santai. hehe 🙂
[Reply]
June 28th, 2009 at 12:17 am
hahahahaha aku suke katon futurama tuh
[Reply]
June 28th, 2009 at 8:39 am
aku nak gi mendaftar ni ..
c ya there !
🙂
[Reply]
June 28th, 2009 at 4:25 pm
ikhlas berblogging…
itu jgk nasihat aku pade kwn2 yg mcm teringin nk mula berblogging… 🙂
[Reply]
June 29th, 2009 at 7:45 pm
sanggup dia tinggalkan blog nak mengejar awek cun ye…dasar!
inilah contoh kemanisan seorg blogger.
betul tu topo, jgn terbeban dgn blog, kita yg create hidup kita, pilihan kita….seronok, gembira, bahagia tu akan dtg secara semulajadi ..ada masa kita down, ada masa kita ghairah menuju puncak..terima je keaadaan tu sbb kita ni manusia bukan tunggul.
[Reply]
July 4th, 2009 at 10:21 pm
salam…bukan topo lukis gambo haiwan ke masa orang len usya aweks,hehehe:kakros:
apa pun…blog tetap blog,hidup mesti diteruskan
p/s:sabo kak Jie…kejar aweks utk tangkap gambo.Tapi x tau la kalau2 topo simpan gambo aweks2 tu,hehehe.
[Reply]
July 7th, 2009 at 10:44 pm
ko dah ada awek, kan? kan? ngaku ajela..:ehsan02:
[Reply]
December 28th, 2009 at 9:07 pm
yang penting ikhlas…barulah berkat
[Reply]