selamat hari guru dari topo…

Life May 7th, 2009

Untuk download lagu tema Hari Guru 2011: Klik sini

seperti yang sedia maklum.. bulan Mei ni merupakan bulan yag meriah dengan pelbagai jenis sambutan.. walaupun hari ibu masih belum disambut lagi.. tapi topotato.com nak menjadi lebih kehadapan dengan memberi ucapan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia yang bakal disambut pada tarikh 16 Mei 2009 terutamanya guru-guru yag turut bergelar blogger.. hohoho kepada cikgu Azie,cik cikgu wiween, kak riani, tice su, cikgu ain, cikgu sarah Selamat Hari Guru diucapkan… semoga terus tabah mendidik anak bagsa menjadi manusia yang berguna.. hohohoho terimalah link dofollow dari topotato.com yang kini jumlah hitsnya mencecah 600-700 hits setiap hari.. :D. jika terdapat lagi guru-guru yang bergelar blogger sila la nyatakan link mereka di bahagian komen.. akan diupdate nanti.. teruskan membaca untuk mendapat lebih banyak info berkenaan Hari Guru…

seperti yang dinyatakan di hari guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun tapi pasti ramai yang tak tahu kenapa tarikh ini dipilih.. ok tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…hohoho mari belajar sejarah bersama topo…

ok tambahkan lagi info.. sama seperti hari ibu, hari guru juga tak disambut secara serentak seluruh dunia.. hanya Malaysia sahaja menyambutnya pada 16 Mei.. Tarikh Hari Guru bagi negara lain pula seperti berikut..

  • Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
  • India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
  • China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)

kalau nak lebih info berkenaan dengan negara lain sila lawati Pn Wiki kerana aku nak meletak lebih bayak info lagi berkenaan dengan hari guru ini.. hohoho

baiklah info seterusnya… setiap tahun tema yag berlainan dipilih sebagai tema Hari Guru.. jika pada tahun 2008 tema yang dipilih ialah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala pada tahun ini pula tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema sambutan.. hoho berikut pula ialah tema Hari Guru sepanjang 10 tahun dari 1999-2009

  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa (sama macam 2009)

hohoho aku sangat teruja dengan hari guru ni sebab ada banyak info untuk dikongsikan bersama.. hoohoh baiklah info seterusnya ialah Lagu Tema Hari Guru 2009 hehehe setiap tahun memang terdapat lagu tema yang tersendiri dan termasuklah lagu tema rasmi Lagu Guru Malaysia.. dan lagu tema pada tahun ini bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa.. di bawah ini disertakan lirik kedua-dua lagu ini beserta lagu dan minus one sekali yang boleh di download secara percuma kepada cikgu-cikgu sekalian sila hafal ye lagu ni..kredit sumber ditujukan khas buat Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

sila download di sini (right click & click save link as): Muzik & Vokal & versi Minus One

dan seterusnya ialah lagu lirik lagu dan lagu beserta minus one lagu tema hari guru pada tahun ini: hohoho tak lama lagi pasti lagu ni menjadi lagu hits yang setaiasa menjadi siulan para guru dan murid-murid di sekolah.. hohoho

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

sila download di sini (right click & click save link as): Muzik & Vokal & versi Minus One

cukuplah sampai di sini sahaja pelbagai info berkenaan dengan hari guru.. diharap info-info ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak tidak kira guru-guru mahupun para pelajar.. Kepada para guru sekalian.. semoga kalian semua mampu menjadi pembina negara bangsa.. hohoho

Untuk download lagu tema Hari Guru 2011: Klik sini

49 Responses to “selamat hari guru dari topo…”

  1. |1f34|-|1r3 says:

    topo…points dah diupdate n ko leading the pack…selamat hari guru topo !

    [Reply]



  2. shafie[dot]biz says:

    :fizi01:selamat pagi cikgu….guru..kalo x der guru x tahu lah apa jd ngan kita..dari guru lah ader nya PM,Doktor,dan sbginya..

    [Reply]



  3. ubey says:

    selamat hari guru. hoho. 9 ari lg hari guru. cepat ye update. mesti nk kejar keyword ni. haha.
    ———-
    topo: hohoh ni iklhas ni weh.. ada permintaan semalam…

    [Reply]



  4. xmindfreakx says:

    kau bab tarikh2 nie memang laju je wat entry..baik sediakan satu side untuk hari ini dalam sejarah.
    ———-
    topo: hohoh menarik gak idea ko ni…

    [Reply]



  5. GreenLava says:

    Selamat Hari Guru untuk semua guru, Terimaakaaasih cikguuu!.
    Dan seperkara lagi, topo dan dofollow -kombinasi yang bagus, I like!
    ———-
    topo: hohoho xde la bagus sangat…

    [Reply]



  6. Kill-Vearn says:

    samat hari guru topo.. hoho.. ko kan bakal guru… huhuhu… di kesempatan ini aku nak ucap selamat hari guru kepada bonda yg tercinta dan buah ati aku… horeyyyyyyy!!
    ———-
    topo: bakal guru di alam maya.. macam entry si ubey.. hahahah

    [Reply]



  7. Fatin Pauzi says:

    :kakros: Selamat hari guru. 😛

    [Reply]



  8. titan says:

    hoho. mari bersama menyambut hari guru!:upin01:

    [Reply]



  9. eldy says:

    Wah .. guru pembina negara bangsa .. Wah, ade rasa pulak gua mau jadi cikgu .. XD
    ———-
    topo: jadi guru kat alam maya je la.. ohhohoho

    [Reply]



  10. Adry says:

    ramai gak cikgu cikgu yang jadi blogger tegar ni… hehehe
    ———-
    topo: hohoh ramai gak la.. tp ramai lg yg xdpt dikesan.. ohoho

    [Reply]



  11. EiNS says:

    Wah rajin buat…x jumpa lg blogger buat post psl hari guru nih…lgpun sminggu lg nak hari guru, 16 mei kan?

    btw thanks for d mp3 links 🙂
    ———-
    topo: thanks to MOE.. hohoho

    [Reply]



  12. Ryehana says:

    mak aku cikgu. xsmpai seminggu smbt mother’s day, kena melalak nyanyi lagu Kami Guru Malaysia plak. kehkehkeh

    [Reply]



  13. cyza says:

    :ehsan01:

    Wah siap ajak cikgu2 buat network…siap do-follow…baguih la tu…

    aku pun nak gak do follow…link…

    cikgu dan pensyarah lebih kurang kan…

    cuma bezanya takde hari pensyarah…huhu

    [Reply]



  14. saffa says:

    Awalnya update pasal hari guru.. Hari ibu mana? :ipin01:
    ———-
    topo: hohohoho tu bulan lepas aku dah buat dah…

    [Reply]



  15. abdfatah says:

    wahahahaa… banyak punya senarai lagu… pasni bleh kumpul senarai lagu ibu laa pulak. senarai hari guru seluruh dunia ada tak??? :ehsan01:

    selamat pagi cikguu… :ehsan02:
    ———-
    topo: mana nak carik weh senarai lagu ibu seluruh dunia.. ohohoho

    [Reply]



  16. azie says:

    :kakros:thanks coz letak lagu guru dalm blog ni. saya cikgu dr sarawak. kesian suami nak sangat lagu guru pembina negara bangsa…akhirnya isteri gak y dapat download. senang sgt. paper pun thank…pada topatato.com…
    ———-
    topo: sama2 gembira dapat membatu.. selamat hari guru…

    [Reply]



  17. muhammad says:

    Assalamulaikum…
    Sempena Hari Guru tahun ini ,
    saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang banyak membantu diri ini menjadi seorang insan dan juga telah menjadi (( GURU )).

    Selamat Hari Guru

    Sama-samalah kita menjadi guru yang lebih baik untuk melahirkan insan yang lebih ………………….baik ,
    terima kasih .
    ———-
    topo: amin.. selamat hari guru juga kepada anda…

    [Reply]



  18. Zahri says:

    :upin01:

    Assalamualaikum semua,

    Selamat Hari Guru… Terima kasih Cikgu!!!!!!!!!!
    kepada semua guru seMalaysia…

    Terima kasih Topotato sebab sediakan lagu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dapat saya download dan minta semua guru saya di sekolah menyanyikan lagu ini semasa perhimpunan Hari Guru kelak.. he he.. Hidup SKKMJ!
    ———-
    topo: waalaikumsalam.. gembira dapat membantu.. selamat hari guru…

    [Reply]



  19. azrul says:

    salam sume guru2 di Malaysia……Selamat hari Guru…X sangka da 4 taon jadik cikgu…

    [Reply]



  20. lipat69 says:

    tq tq tq very much sb dpt download lagu guru malaysia dan temanya sekali..nk present ni kat examply nih..nasib baik ada topo..dari cg nik…semuga mencurah2 rezeki topo

    [Reply]



  21. Linda says:

    Kita pun cikgu gak…hehehe

    [Reply]



  22. Mirza says:

    selamat hari guru….kalau bukan guru yg sambut sape lg…terima kasih atas lagu di atas,dapat juga untuk buat nyanyian pada hari guru nanti.

    [Reply]



  23. chokilala says:

    hehehe.. i see, i see. permainan seo yang baik. hoho. aku hafal lagu guru tu 2 line atas je. kami guru malaysia, berikrar dan berjanji. hehe

    [Reply]



  24. azria_ria says:

    :ipin02::kakros:terima kasih ….. … buat pertama kalinya aku dgr lagu tema guru dgn jelas siap dgn lirik lagi dah bertahun jd cgu…. d kesempatan ini juga sya nk ucapkan SELAMAT HR GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA…

    Bersedia melangkah megah
    Walaupun sukar baktiku curah
    Demi mu ibu pertiwi
    Sumpah ku lafaz janji kukota
    TERUTAMA BUAT CGU ZEE@ CGU NORZIELAH ABU BAKAR DAN SUAMINYA CGU ALI SULAIMAN, JUGA CGU SUHAIMI,GURU KU MASA TINGKATN 6 DLU .. . BUAT EN HALIM N CIK HAMIDAH,PENSYARAH IP TAWAU TAK LUPA BUAT TIMBALAN PENGARAH IP TAWAU DR JOHAN ZAKARIA….. TERIMA KASIH CIKGU…. DN BUAT RAKAN PENDIDIK DI MANA JUA.. SMT HR GURU..

    [Reply]



  25. qis says:

    Esok hari guru. Saya pun guru gak. Selamat Hari Guru.Jangan serik jadi guru. x saba nak nyanyi lagu tu. Sekolah saya sambut 22hb.

    [Reply]



  26. qis says:

    Esok hari guru. Saya pun guru gak. Selamat Hari Guru.Jangan serik jadi guru. x saba nak nyanyi lagu tu. Sekolah saya sambut 22hb.:kakros::kakros:

    [Reply]



  27. intan says:

    selamat hari guru topo…tq2 atas lagu hari guru 2009 saya dah siap masukkan dalam presentation PNB..hehehe

    intan kpli 09:kakros02:: kakros02:

    [Reply]



  28. mr_chalk says:

    assalamualaikum semua…
    ‘selamat hari guru …guru pembina negara bangsa’

    minta bantuan kepada sesiapa yg boleh bantu…
    sy xdapat download minus lagu kami guru malaysia kat sini
    jika xkeberatan,sila send ke email sy
    [email protected]
    thanks a lot

    [Reply]



  29. ara says:

    :kakros: selamat hari guru buat semua guru-guru di malaysia!!
    dan khasnya buat guru-guru di smk RAJA PEREMPUAN KELSOM..
    anda semua guru terbaik didunia…semoga panjang umur dan terus ikhlas mendidik anak bangsa!! kpd principal pn hajah nazipah, and all teachers form 6 batch 2008..happy teachers days…sayang anda semua

    [Reply]



  30. Ryehana says:

    meh aku smbung choki,

    “mendidik dan memimpin,
    putera putri lalalala (anak malaysia ke bangsa malaysia tah…lupe dah aku)

    **==

    [Reply]



  31. guru cicak says:

    Tahukah anda, guru-guru DG di IKM dan KKTM dianaktirikan.
    Mereka tiada peluang kenaikan pangkat. Tidak adapun golongan DG yang jadi pengetua di sana.

    [Reply]



  32. pariey says:

    salam bro…:fizi01:…selamat ari guru :ipin02:

    [Reply]



  33. faiz says:

    selamat hari guru…lagu guru pembina negara bangsa tu tak habis lah…sekerat jalan je…

    [Reply]



  34. puan fattima says:

    topo..takde ke lagu tema tahun lepas..
    anyway selamat hari guru..
    haa..saye baru posting tahun lepas..
    mmg best jadi cikgu,kan!!

    [Reply]



  35. azleen says:

    :mail01::kakros02::ipin01::upin02:
    slamat ari guru di sluruh negara in sye ucapkan….
    btul jugak kate org klau cikgu x de mesti dlam bumi malaysia ni x de pm,doktor,peguam dan sebagainye….

    [Reply]



  36. 5 seroja says:

    selamat ari guru kpd semua ckg yg ajar bbudak 5 seroja di smk semerah….
    especially ckg norliza n ckg bahri

    [Reply]



  37. wawachan says:

    salam..
    slmt hari guru….sy newcomer kt blog nie..
    ramai rpnye ckgu kt cnie yerk..t de pape sy mntk tlg
    bole la sy tnye kt cnie..xpe kan?sy bkl guru..kpli SN 09..

    “jdla guru yg brjya ngn niat yg ikhlas utk mndidik ank bangsa”

    [Reply]



  38. azhan1 says:

    :mail01:2….3 kucing berlari 2 singgit mana nak cari

    [Reply]



  39. azhan1 says:

    :upin01:akak bila nak buat baju raya ni.kawanx2 semua dah beli tak best laaaaa…….!

    [Reply]



  40. jerin says:

    :kakros:alaloi……
    slmt ari guru semua…..
    hapy selalu, bru la lmbt tua…..

    [Reply]



  41. alan (^_^) {XXXXXX} says:

    :upin02:jangan lupa tengok geng tau…. semua boleh tengok:ipin02:betul..betul…betul LESCOPOEQUA PRODACTION presant by in MALAYSIA

    [Reply]



  42. baloot says:

    salam kenal dari aku, baloot.

    aku pun nak ucapkan selamat hari guru kat semua cikgu2 aku dulu. tapi cikgu aku takde blog la pulak.. nak bagi link takleh.. haha..

    :ehsan01:

    [Reply]



  43. cikgu sonita says:

    salam…
    nak ucap terima kasih kepada students yang anto sms ucapan hari guru.

    [Reply]



  44. buing says:

    Slamat hari guru di seluruh malaysia

    [Reply]



  45. farid says:

    emm,sy lak kne nyanyi lgu guru pem. ngra bngsa…tp sy xksah pown,cke lagi…

    [Reply]



  46. asri says:

    thank you laa byk2,sebab dpt la sya download lagu ni…slamat hari guru kpd smua guru d malaysia..trima kasih cikgu..

    [Reply]



  47. Don Juan says:

    Salam hari guru kepada semua guru

    [Reply]



  48. samjawa says:

    guru-guru ,selamat ari guru …..cayalah semua che’gu

    [Reply]



  49. yusreena says:

    selamat hari guru!!!!!

    [Reply]



Leave a Reply