mengenali hello kitty bersama topo…

Life May 3rd, 2009

hohoho sila jangan betulkan pc atau laptop anda.. anda memang masih lagi berada di topotato.com.. kenapa ada post pasal hello kitty plak ni? dah buang tabiat ke? atau dah beralih arah menjadi gay lembut? hahahah tidak sama sekali aku masih lagi lelaki sejati hohoho… cuma aku rasa macam tak adil la aku buat post pasal ultraman dan power rangers yang kedua-duanya diminati oleh kaum adam tapi tiada satu pon post untuk peminat topotato.com yang berstatus kan gadis cun.. hahahah tambahan pulak.. aku ada terbaca komen di satu blog ni yang berbunyi begini:

wuakkakaka.
kalau topo wat cite pasal hello kitty esokk jugak aku couple ngan dye.
wuakakakkakakaka.

hahahah kepada penulis komen ni.. ko tunggu.. esok aku claim janji ko.. hahaha ok tanpa berlengah masa lagi mari mengenal hello kitty versi topotato.com…

credit gambar http://www.etsy.com/

credit gambar http://www.etsy.com/

ok kepada yang masih tak tau apa itu hello kitty, sesuai dengan namanya ia adalah watak seekor kucing yang kononnya comel dan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis dan awek-awek yang cun.. jadi dalam usaha menekel awek yang cun dan comel maka kita perlulah tahu serba sedikit mengenai watak kegemaran mereka ini… hohoh untuk pengetahuan kalian watak kucing ini direka oleh Ikuko Shimizu pada tahun 1974 di Jepun dan di awal pembabitan kucing ini adalah untuk tujuan produk yang ala-ala comel tu.. teruskan membaca post ini dan akau akan tunjukkan produk-produk hello kitty yang aku berjaya cari..

produk hello kitty pertama

produk hello kitty pertama

Ikuko Shimizu, pereka Hello Kitty merupakan seorang designer purse dan wallet di  Sanrio Co yag sebelumnya dikenali sebagai Yamanashi Silk Center Co dan mula bertapak pada tahun 1960..  produk pertama hello kitty adalah satu bekas isi duit yang dikeluarkan pada tahun 1974 di Jepun da menjadi kegilaan remaja masa itu… produk berkenaan berjaya menembusi pasaran Anerika Syarikat pada tahun 1976 dan turut menjadi sangat popular..

Animasi pertama Hello Kitty diterbitkan di Amerika (dengan kerjasama Jepun) dan diberi nama Hello Kitty’s Furry Tale Theatre, animasi ini ditayangkan pada tahun 1986.. Untuk pengetahuan kalian Furry Tale Theatre tu adalah cerita dongeng popular yang diubah suai mengikut versi Hello Kitty contohnya:

  • The Wizard of Paws =The Wizard of Oz
  • Pinocchio Penguin = Pinocchio
  • Cinderkitty = Cinderella
  • The Pawed Piper = The Pied Piper of Hamelin
  • KT — The Kitty Terrestrial  = E.T. the Extra-Terrestrial
  • Peter Penguin = Peter Pan
  • Kittylocks and the Three Bears = Goldilocks and the Three Bears
  • Paws — The Great White Dog Shark = Jaws
  • Cat Wars = Star Wars
  • Tar-Sam of the Jungle = Tarzan of the Apes
  • Sleeping Kitty = Sleeping Beauty
  • Kitty and the Kong  = King Kong
  • Kitty and the Beast = Beauty and the Beast
  • Little Red Bunny Hood  =  Little Red Riding Hood
  • Snow White Kitty and the One Dwarf  = Snow White
  • Frankencat = Frankenstein
  • Catula = Dracula
  • Paws of the Round Table = The Knights of the Round table
  • Rumpeldogskin =  Rumpelstiltskin
  • Robin Penguin = Robin Hood
  • Hello Mother Goose  = Various nursery rhymes
  • Crocodile Penguin  = Crocodile Dundee
  • Grinder Genie and the Magic Lamp     Aladdin
  • The Ugly Quackling     The Ugly Duckling
  • How Scrinchip Stole Christmas =  How the Grinch Stole Christmas!
  • The Phantom of the Theater = The Phantom of the Opera

di bawah ini adalah episod Paws of the Round Table (hoho aku suka ni sebab aku sekarang tengah mendalami sejarah King Arthur + Knights of the Round Table + Merlin.. hohoho) nak episod lain sila la cari sendiri di youtube

ok antara produk Hello Kitty yang sangat popular dan menjadi kegilaan ramai adalah seperti berikut… (hohoho diambil tanpa kebenaran di destroyhellokitty.blogspot.com)

Hello Kitty terhangat di pasaran..

Hello Kitty terhangat di pasaran..

porche tu beb

porche tu beb

bunga hello kittu

bunga hello kitty

ok aku rasa cukup la sampai di sini sahaja entry pengenalan terhadap hello kitty demi menyahut cabaran seorang blogger ni.. hohoho untuk keterangan lanjut atu lebih mengenali hello kitty ni sila layari destroyhellokitty.blogspot.com dan kirim salam sekali kat owner dia.. hahaha dan tak lupa juga untuk keterangan lanjut berkenaan dengan hello kitty ni pergi la bertandang ke blog penggila peminat hello kitty sorang ni..

13 Responses to “mengenali hello kitty bersama topo…”

  1. sickchild72 says:

    :upin02:
    warkhhh!
    sape yang komen camtu topo?
    aku tatau pun.
    mesti org yang komen tu comel kan kan kan?
    ———-
    topo: ntah aku pon xtau.. makcik giler mane ntah…

    [Reply]



  2. VuJiE says:

    habis la ko eny, topo dah kotakan janji. jangan risau, aku sudi jaga akmall.. hahahaha…

    aku minat hello kitty juga. topo bagitau ada update HK kt blog dia, cepat2 aku datang. hahaha.
    ———-
    topo: bile masa plak aku ada bgtau ada update pasal hello kitty?

    [Reply]



  3. HuRuL_AiNi says:

    hua3…sapa la insan malang bagi komen tu….huhuhu
    aku dulu kecik2 & zaman remaja dulu x minat hello kitty, tipical perempuan konon…dah besar mcm ni baru suka nak belek2 purse hello kitty..comel…hohoho
    ———-
    topo: seb baik la insan tu dah berpunya… kalo x mmg aku claim je.. hohoho

    [Reply]



  4. chokilala says:

    hahahahah. terkejut plak aku tgk stats aku pagi ni. apsal la ada url blog ko mengenali hello kitty kejadah sume ni. aku bukak post ni, aku tersengih2 baca. haha

    nice la. gadis-gadis semua, kalau topo tekel, accept la ye? nanti dapat hadiah anak patung hello kitty besar resakse. dia sendiri mmg ada banyak stok anak patung hello kitty kat hostel. aku pernah tgk (cubaan memfitnah ko). hahaha ;))
    ———-
    topo: hohoho xpe ko plak ade banyak stok boxer hello kitty cam yg kat ats tu btol x? btol x?

    [Reply]



  5. twenty-six says:

    saya adalah pemakai boxer hello kitty yang unggul
    ———-
    topo: hoho pengakuan berani mati ni.. semoga mendapat pasanga yang cair dengan boxer tu..

    [Reply]



  6. sickchild72 says:

    :ehsan01:
    sape gila?
    hahaha.
    nasib baik bukan aku.

    =D

    [Reply]



  7. ubey says:

    haha. cute gle boxer tu. jual kat mne tah.
    ———-
    topo: hohoh tu kene tanya cik destroy twitter tu.. tak pon kalao tanya chokilala pon dia tau kot.. hohoho

    [Reply]



  8. bukn cindEreLla says:

    errr…emmmm…ermmm….mmmm…

    pe prasaan aku sbnrnye leps bce entry ni erk?? hello kitty~

    “..Cinderkitty = Cinderella..”
    0ho…suhu bdn aku dh xbtui…eh, aku bukn cinderella ler..silap plk..hehek~
    ———-
    topo: hohoh ye r ko bukan cinderella.. ko cinderkitty.. hooho

    [Reply]



  9. Fatin Pauzi says:

    Hoho. aku awek gak tp kenapa tak minat hello kitty? sebab tak cun kot. kekeke..Apa lagi? Gi la claim janji awek tu…
    ———-
    topo: xnak la.. hoho buat naya je nanti..

    [Reply]



  10. see niEsOt says:

    aku tak thu plak hello kity neh ade muvee nye.. haha..
    aku ingt die sekadar kartun.. hiasan..

    wlopn aku sukekn kucing n kaler pink..
    aku plg x suke hello kitty.. hahaha..
    aku pn x thu nape…

    [Reply]



  11. neyra says:

    saya juga suka hk. tp tidaklah terlalu addicted. :fizi01:

    [Reply]



  12. Kill-Vearn says:

    adek angkat bersama akak angkat.. itulah yg boleh dikatakan antara topo ngan chokilala… hahaha… hello kitty topo ^.^

    [Reply]



  13. Rara says:

    hoiii . hahahhahaha patutlah mencanak naik trafik aku (ceh poyo)
    banyak kot tekan link aku kat blog kau . thanks ah . weh , sebab ni ke nuffnang aku naik dengan bahagia ? =D
    aku peminat . peminat . bukan penggila .

    eh kalau kau pakai boxer tu amacam ? wuakakkakakkakkaa
    aku tau comment tu macik eny punya en ? hahahhahahhaha aku reportttttt kat akmall ! =P

    [Reply]



Leave a Reply