Selamat Hari Guru :)

Reviews May 11th, 2011

Kepada yang belum tahu, hari guru akan disambut pada 16 Mei pada setiap tahun. Kenapa tarikh 16 Mei dipilih? Kerana pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…hohoho mari belajar sejarah bersama topo…

Tambahan info, sama seperti hari ibu dan hari bapa, hari guru juga disambut berbeza di setiap negara. Berikut adalah tarikh hari guru bagi beberapa negara lain yang dapat dikenal pasti

  • Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
  • India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
  • China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)

kalau nak lebih info berkenaan dengan negara lain sila lawati Pn Wiki kerana aku nak meletak lebih bayak info lagi berkenaan dengan hari guru ini.. hohoho

Lagi info tambahan  yelah untuk membalas dendam dah berapa lama aku tak sampaikan info berguna di blog ini. Baiklah info seterusnya… Setiap tahun akan ada tema yang dipilih sebagai tema Hari Guru..  Pada tahun 2009 & 2010 tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema sambutan. manakala pada tahun ini, Tema Hari Guru 2011 adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Berikut adalah tema hari guru daripada tahun 1999-2011

  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa (sama macam 2009)
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Ok tambahan info lagi haha tak lengkap sambutan hari guru tanpa menyanyikan lagu hari guru di perhimpunan sekolah jadi post ini saya kongsikan juga lagu dan lirik lagu tema rasmi Lagu Guru Malaysia.. dan lagu tema pada tahun ini bertajuk Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Link download boleh di dapati di bahagian bawah lirik-lirik lagu ini. Download adalah percuma dengan ehsan Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

sila download di sini (right click & click save link as): Muzik & Vokal & versi Minus One

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di bawah ini pula lagu tema rasmi untuk tahun ini yang bertajuk Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara dan diyakini lagu ini akan menjadi hits dan siulan para guru dan murid-murid masa perhimpunan sekolah nanti.DAn tidak lupa, link download percuma boleh di dapati di bahagian bawah lagu ini 🙂

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(Tempo = 120)

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia… Satu Malaysia

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

sila download di sini (right click & click save link as): Lagu Tema MP3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok dah muntah dengan segala informasi ni? kalau ye sila la tekan like atau kongsikan di facebook/twitter dan di mana-mana sahaja ye. Akhir kata dikesempatan ini kami di topotato.com ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di luar sana 🙂 jasa anda sangat dihargai

3 Responses to “Selamat Hari Guru :)”

  1. aman says:

    ada lagu baru leh add kat playlist nie. ahaha. anyway, selamat hari guru jika ada guru yang baca artikel nie. hehe~

    [Reply]



  2. titan says:

    wahhh..jom nyanyi lagu..hari guru

    [Reply]



  3. zezebel says:

    Selamat hari guru buat semua guru-guru yang mendidik anak murid dengan cemerlang, bukan sekadar menjadi guru untuk mendapat gaji setiap bulan je….

    [Reply]



Leave a Reply