memahami perbezaan social bookmarking dan aggregator bersama topo…

Reviews May 14th, 2009

hohoho aku dah cuba sedaya upaya untuk menterjemah perkataan social bookmarking dan aggregator tapi macam tak kacak je bila diterjemahkan.. kepada yang masih belum mengenali apa itu social bookmarking aku rasa video ini dapat membantu.. kalau aku tulis panjang lebar pasti pening je korang nak baca.. video ini menggunakan delicious.com sebagai contoh tapi di Malaysia terdapat satu web yang tidak kurang hebatnya sila baca samai habis ye..

ok penerangan di atas menggunakan contoh delicious tapi di Malaysia juga mempunyai social bookmarking popular yang tak kurang hebatnya iaitu Negaraku.net. pada awalnya aku tak nak tulis panjang lebar berkenaan Negaraku ni sebab aku rasa ramai yang dah tau pasal web yang bayak membatu menjana trafik pada rakan-rakan blogger ni. Tapi rupanya ramai lagi yang tak mengenali apa itu Negaraku.net ini.. perlukah aku membuat post mengenalu Negaraku.net bersama topo? hohoh korang tentukan sendiri.. kalau ada 5 orang yang mintak kat bahagian komen nanti aku buat..

untuk penerangan berkenaan aggregator plak post dari InfoMalaya ni memang banyak membantu. ok menurut Bat dari Aggregator bermaksud

Sebuah sistem yang mengindeks entri-entri dari blog lain ke dalam sebuah laman web yang bersepadu(Centralized) secara automatik. Tiga katakuncinya ialah sistem, index, dan automatik(dengan menggunakan Cron Job, contohnya). Kalau tak memenuhi kriteria-kriteria tersebut, ia bukan blog aggregator.

maknanya ia akan kenal pasti secra automatik bila sesebuah blog atau laman web mempunyai post terbaru dan akan memaparkannya. berbeza dengan social bookmarking, kita perlu menghantar sendiri post-post terbaru untuk dipaparkan di social bookmarking. contoh blog aggregator adalah seperti beras padu…. rantaian blog boleh dikategorikan sebagai aggregator tak? hohoho mungkin boleh kot…

suatu ketika dulu aku pernah buat aggregator untuk yubiyu di yubiyu.co.cc tapi terkubur sebab kecelakaan yang menimpa cgyhost.. hohoho suatu masa nanti akan aku hidupkan kembali yubiyu tu.. sibuk la sekarang ni..

aku bercadang nak buat episod 2 untuk post mengenali nuffnang.. macam biasa aku akan kumpulkan soalan dan jawab berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sila hantarkan soalan di ruangan contact.. soalan di komen tidak akan dilayan.. tarikh nak terbit episod 2 mengenali nuffnang? hohoho aku pon tak tahu lagi.. sila la makan suapan rss aku untuk tidak ketinggalan

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

16 Responses to “memahami perbezaan social bookmarking dan aggregator bersama topo…”

  1. HuRuL_AiNi says:

    hohoho…aku la tu x tau apa benda negaraku.net
    dulu aku join bloggerunited, dia ada rss feed…kira aggregator la kan…haha….
    aku rasa mmg patut buat la entry negaraku tu…hoho (dh ada 1 undi, boleh aku sepam lg 4…haha)
    p/s: hurulainilink.blogspot tu dikira aggregator x?…haha

    [Reply]



  2. humbleandmodest says:

    weh macam mana nak buat pautan link yg siap update skali macam blogspot tu??

    hahah!

    [Reply]



  3. zool says:

    Aku pun nak buat cam beras-padu tu…
    konon nak buat untuk blogger budak UiTM
    tapi tahap kepermalasan melampau..
    aku buat blogspot je… letak blog list je..
    huhuhuhuhuhu..
    kalau rajin aku buatlah…
    tidolah

    [Reply]



  4. ibnmasir says:

    pe beza beras padu, peras terpilih n beras masak?

    [Reply]



  5. langlegar says:

    aku suke yubiyu.cc tue..
    dapat feed dari semua blogger yang ade dari list yubiyu..
    sebab kadang2 ada yang x enroll lam list..

    sayang terkubur plak kan..

    [Reply]



  6. Kujie says:

    topo… petalingstreet.org ( Project Petaling Street ) tak masuk ka?

    [Reply]



  7. GM says:

    Macam digg tu pun kira social bookmark ke.. Den guna digg untuk submit cerita baru kat blog anime den je.. 😀

    [Reply]



  8. Azah says:

    setuju untuk post pasal negaraku.net
    :fizi01:

    [Reply]



  9. ubey says:

    ooo. br paham. hehe. ntahla.net tu sekadar direktori je kan/ x termasuk yg ko tulis kt atas ni kan

    [Reply]



  10. aman says:

    aku lagi suka kalo aggregator banding ngan laman penanda sosial, coz kat malaysia nie, yg laman penanda sosial slow sikit. kengkadang, entri sama dua tiga hari kat page depan..huhu

    [Reply]



  11. mus says:

    tak kesah dengan benda nih..janji dapat berbloging sudey..hihihi

    [Reply]



  12. xun says:

    :ehsan01:

    [Reply]



  13. Active Blogger says:

    hehe dah lama tak main2 dgn bookmarking…tp sll guna Digg la wat masa nie 🙂

    [Reply]



  14. KampungBoy says:

    Negara ku…..xpenah join pun
    biasanya aku men SB aje…
    kejarkan backlink n komuniti(trafik) kat sana

    [Reply]



  15. joegrimjow says:

    warghhhh
    lagi gile aku nak belajo tenet ni!!!
    nanti la aku siap exam!!!

    [Reply]



Trackbacks

  1. 300 post pertama topo sebagai blogger... | topotato.com

Leave a Reply