contest di topotato.com sempena yubiyu gathering..

Blogging November 18th, 2008

ok seperti yang di khabarkan oleh razifmustapha,mohdadil,chokilala, iovantgarde\ fendy, zaren, shatilah, dan ramai lagi bloggers yubiyu yang lain.. pada tanggal 151108 yang lepas budak-budak yubiyu (UTeM Bloggers United) mengadakan sesi gathering secara kecil-kecilan dan photoshoot secara besar-besaran.. hoho dan buat pertama kalinya aku join photoshoot ni dan buat pertama kalinya aku akan mendedahkan muka aku di alam maya ini.. hohooh jadi bersempena dengan yubiyu gathering yang lepas dan sempena buat pertama kalinya aku nak menunjukkan muka di alam maya.. aku nak menganjurkan satu contest di topotato.com… terbuka pada semua rakyat Malaysia yang ada blog.. hohooh

ok sebelum aku cerikan lebih lanjut pasal contest ni.. jom tengok aksi-aksi sengal dan macho rakan-rakan perjuangan aku di yubiyu..hohooh credit gambar kepada saudara razifmustapha aka popshovans macam biasa.. klik untuk paparan lebih besar ye..

speak no evil.. hear no evil.. see no evil.. blog no evil.. hoho

waa!! dapat bergambar dengan cik chokilala

muka sengal buat muka comel...

muka sengal buat muka comel...

muka ketat sebelum bergambar..

fendy buat lagak ngeri... hahahah

mereka hanya mampu melihat sahaja.. hohoho

inilah antara muka yubiyu yang hadir..

ok berbalik pada contest yang aku sebutkan tadi.. hohoho ok.. apa yang korang perlu buat adalah mudah sahaja.. ok seperti mana yang aku khabarkan. ini pertama kali aku menunjukkan muka aku di alam maya.. hohoh so aku nak buat grand sikit… ini perkara yang perlu korang lakukan…

  • tengok gambar gathering yubiyu tu betul-betul… lebih banyak gambar di sini dan di sini…
  • cuba teka mana satu topo..
  • pilih satu atau lebih gambar yang ada muka topo..
  • buat satu post di blog korang menceritakan tentang topo dan topotato.com dan sertakan sekali gambar yang ada muka topo itu tadi.. hohoho
  • dan jangan lupa sertakan link ke post ini, topotato.com dan page yubiyu.. hohoho

syarat pertandingan adlah seperti berikut:

  • terbuka kepada semua blogger di Malaysia tak kira lelaki mahupun perempuan yang newbie mahupun yang otai..
  • post boleh ditulis dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.. hoho jangan la tulis bahasa lain.. aku tak faham beb..
  • setiap penyertaan mestilah disertakan dengan gambar gathering yubiyu dan tandakan yang mana satu topo.. creditkan gambar tu pada popshovans ye..
  • setiap penyertaan juga perlu di linkkan ke post ini, topotato.com dan page yubiyu ini..
  • pujian amat lah digalakkan dalam post itu dan kutukuan serta kritikan dan serangan peribadi yang agak tidak melampau pun dialu-alukan.. tetapi.. hanya kepada topo dan topotato.com sahaja.. sekiranya terdapat kutukan mahupun serangan peribadi terhadap UTeM, yubiyu, bangsa,agama dan negara.. penyertaan anda akan terbatal secara serta merta.. dan aku akan lancarkan serangan balas berterusan kepada anda.. hohoohoh
  • tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 DISEMBER 2008 dan keputusan topo adalah muktamad.. sebararang surat menyurat tidak akan dilayan.. tapi kalau disogokkan dengan PC baru mungkin akan dipertimbangkan… hahahahahah :))

ok terdapat beberapa faktor yang akan diambil kira untuk pemilihan pemenang dan dikira secara pemberian markah ye..

  • berjaya meneka dengan betul siapakah topo 10 markah
  • post yang paling menarik dan unik: tempat pertama 30 markah,kedua 25 markah, ketiga 20 markah dan yang lain-lain diberi 5 markah..
  • *1 markah untuk setiap hits yang datang ke blog ni dari post peserta.. dan markah ini hanya kan diambil kira selama 2 minggu setelah post itu di buat..
  • 1 markah untuk setiap komen di post penyertaan dan tidak dikira komen dari topo mahupun pemilik blog itu… yang ni pon diambil kira selama 2 minggu dari tarikh post itu diterbitkan..
  • dan juga 10 markah tambahan sekiranya korang menjadi follower topo di twitter..
  • markah tambahan lain akan diupdate nanti sama ada melalui twitter mahupun di blog ini..

dan peserta yang mendapat markah terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan diberi hadiah seperti berikut:

tempat pertama: RM 50, review di topotato.com, ruang iklan selama sebulan dekat tempat RSS icon di sudut kanan tu..dan hadiah misteri…

tempat kedua: RM 30, review di topotato.com dan hadiah misteri

tempat ketiga: RM 20, review di topotato.com dan hadiah misteri…

hadiah juga mungkin akan ditambah jika topo mendapat mak datin yang sanggup nak sponsor.. hohoh jadi kepada sesiapa yang teringin nak jadi mak datin untuk contest ni.. sila la contact topo ye.. cukup la setakat ini sahaja.. sekiranya terdapat sebarang kemusykilan ataupun keraguan sila ajukan di bahagian komen atau contact topo secara terus…

*aku akan menggunakan pulugin wp-stats untuk mengira jumlah hits yang sampai ke blog ini..

p/s: aku mampu letak gambar kecik je sebab blog ni slow…

57 Responses to “contest di topotato.com sempena yubiyu gathering..”

  1. Mohd Nasri says:

    xsnggup nk puji topo..
    waaaa..

    [Reply]



  2. Marzuki says:

  3. Lup-duP says:

    aku nak hadiah jer bLeh?? wahahha

    [Reply]



  4. mike says:

    steadi arh..

    [Reply]



  5. sufian says:

    baru aku tau..topotato tu jantan! but ur blog look sweet lah..:p

    [Reply]



  6. fieza says:

    cey…
    suda mau xpired contest neh bru tau..
    xde rezeki neh..
    huaaa…
    len kali wat lagik..

    [Reply]



Trackbacks

  1. update berkenaan contest di topotato.com... | topotato.com

Leave a Reply