entry yang korang tak mungkin jumpa di topotato.com…

Blogging September 13th, 2008

hohoho makin banyak keyword yang pelik masuk ke blog ni… aku pon tak tau la mana datangnya keyword tu kat blog ni.. ok untuk entry kali ni ingin aku nyatakan jenis-jenis post atau entry yang korang tak mungkin jumpa dalam blog aku ni.. hohoho tapi kalau tetiba sesat tu.. mungkin masa tu aku tengah mamai kot.. tak pon masa tu blog ni telah di hijack oleh pengganas-pengganas blog..dan mungkin aku telah dirasuk oleh hantu….=))

entry yang berkenaan dengan gossip artis…

hohoho walaupun entry yang sebegini la yang top sekali.. hoho ye la.. siapa yang tak suka cerita-cerita atau gossip-gossip terkini… adalah amat mustahil aku nak tulis gossip kat blog ni.. apa tah lagi meletakkan gambar-gambar terlampau… tak kira la tu gambar artis mahupun gambar pontianak… walaupun aku tahu entry sebegini la yang sangat dgemari orang ramai dan hits aku akan naik secara mendadak dengan menulis cerita-cerita sebegini…. tapi aku tetap takkan tulis.. hohoho kalau aku tulis jugak.. mungkin aku telah dirasuk oleh hantu wartawan hiburan..=))

entry yang terlalu beremosi…

hohoho secara jujurnya.. aku memang tak suka menunjukkan emosi aku pada orang lain.. tak kira la samada aku marah mahupun sedih… amatlah sukar untuk aku ceritakan pada orang lain.. hohoho dan sebab itu lah mustahil aku kan tulis post yang terlalu beremosi.. memaki hamun berbakul-bakul.. ataupun merantap tak henti-henti… hohohoh tapi kalau post yang menggembirakan mungkin aku akan tulis la…hohoho kalau aku tulis jugak… mungkin aku telah dirasuk oleh hantu jiwang karat tangkap leleh… #-o

entry yang berbaur politik…

sesungguhnya aku aku sangat tidak arif pasal perkembangan politik tanah air ni.. hohoho kadang kala ianya terlalu kompleks sampai aku sendiri pon tak faham apa yang berlaku… walaupun aku tahu post-post sebegini sangat menarik minat sesetengah pihak dan ia mungkin akan menaikkan lagi populariti blog ni… tapi aku tetap takkan tulis… kalau aku tulis jugak.. mungkin aku telah dirasuk oleh hantu ahli politik yang dah tewas dalam pilihan raya… :-c

entry yang menawarkan software atau lagu atau movie untuk di muat turun..

sebelum tu ingin aku tegaskan.. aku takkan menyediakan link-link download melainkan jika software atau lagu itu memang percuma atau open source yang boleh di download… walaupun aku adalah pendownlod tegar software,lagu,dan movie secara tidak halal… tapi aku memang tak akan kongsikannya disini… hohoh biarlah aku je yang melakukan aktiviti-aktiviti itu… hohoho kalau aku tulis jugak… mungkin aku telah dirasuk oleh hantu lanun cetak rompak…:-$

hohoho yang terakhir… sudah pasti aku tak akan menulis sesuatu yang bakal mengaibkan diri aku sendiri,keluarga,sahabat handai,agama,bangsa dan negara… hohohohoho

p/s: sampai sekarang aku masih blur mana satu perkataan yang betul… entry ke post??? 😕

10 Responses to “entry yang korang tak mungkin jumpa di topotato.com…”

  1. zamz says:

    hahaha camana leh jadi camtu ek
    tapi sekala selit apa salahnya
    ———
    topo: mungkin sekali sekala aku kena rasuk… hohoho

    [Reply]



  2. Extremist Thinker says:

    tulis pasal aib pun xpe bro. hehe. ape keyword2 best. akoo nak copy :p
    ———-
    topo: keyword dalam blog aku sumer best2… hohoho keyword awek cun yg ko slalu gune tu pon top gak… pepandai la main.. :c

    [Reply]



  3. aniely says:

    entry pasal incek topo sayang cik aniely ade? hehhehehe:x
    ———-
    topo: mungkin ade kot… hohoho award tu aku tak bagi lagi ek.. hohoho

    [Reply]



  4. aniely says:

    belOm la ABG TOPO ku…wink wink ..hahahaha:x

    [Reply]



  5. shaxx says:

    jadi entry atau post apakah yg ada di sini? lawak, citer hantu, kartun….? =d
    ———-
    topo: hohoho mungkin… subscribe la RSS blog ni kalau nak tau ape yg ade.. hohoho promote2:D

    [Reply]



  6. aeropama dot com says:

    owh! ni rupanya etika kau berblog. sgt bagus…

    ps: aku tak suka kalau komen di blog aku berbaur perkauman dan konfrontasi agama…
    ———-
    topo: hohoho kalau ade komen cam tu aku censored kan aje… hohohoho

    [Reply]



  7. menteil says:

    sumer aku layan.. haha..
    janji aku suka..
    =d
    ———-
    topo: banyak yg aku tak suka.. hohohoo

    [Reply]



  8. KNizam says:

    dua2 salah. yang betul ialah “blogpost” ! hehe :d

    [Reply]



  9. Adry says:

    hahaha.. aku macam pernah jumpa entri macam ni… kalau tak silap najla punya kan.. hehehe

    bagusla kalau ko ada prinsip… kalau aku, aku main tulis jerr apa aku mau… hahahha
    ———-
    topo: jap2… hohoho post die lagi best.. siap ade kebenaran lg.. hohohooh

    [Reply]



  10. Najlaa says:

    hahaha…patut macam knaii…..

    takpa2…leh kongsi sama2…!

    aku klu yg ko nyatakan diatas tuh, sume pon aku kurengg…except politikus…kekadang masyuk gak layan politik nih wpon kita pon taktau mana satu betoll…wuhuhu…

    Lagi satu, aku sangat setuju bab entry pasal emosi tuh…sangat la x profesional klu emo2 tahap melampau..xlarat aku baca…[-(

    [Reply]



Leave a Reply