topo…boleh ajar saya buat blog tak?

Blogging July 16th, 2008

ok post kali ni aku nak cerita pasal perihal aku dan dunia blog lagi.. sebabnya post-post yang macam ni semua mendapat tempat di hati pembaca-pembaca contohnya macam post ciri-ciri blog yang aku kurang gemar & aku blogger yang kurang sopan.. ok masa mula-mula aku menjadi blogger.. aku mendapat kritikan dan kutukan yang hebat daripada rakan-rakan sekalian.. hohho bakan rakan-rakan je… orang-orang besar pon selalu kritik para blogger ni.. tapi aku masih lagi kekal menjadi blogger.. dan sekarang aku dah ada domain sendiri…yeaH!!! <:-p

tapi sekarang selepas hampir setahun menjadi blogger yang gila dan macho bergaya..:)) semuanya dah berubah…hohoho kalau dulu orang kutuk dan pandang rendah golongan blogger macam aku ni… tapi sekarang dah ramai dah memperakui aku sebagai seorang blogger…ramai yang mintak tolong ajar macam mana nak buat blog, apa nak tulis dalam blog.. blog tu apa.. dan macam macam lagi la… aku boleh tolong dengan hati yang terbuka tapi… sebelum aku tolong tu.. aku akan soal siasat mereka dulu.. tanya tujuan buat blog… tanya latar belakang.. tanya la segala-galanya.. hohoh dan kalau awek cun yang mintak tolong aku tanya no phone sekali..senang la nanti kalau ada pape  b-) hahahha… tujuan aku tanya macam-macam tu bukan sebab aku nak berkenalan dengan diorang  (kalau awek cun tu mungkin la… hohoho) tujuan sebenar aku pastikan diorang ni betul-betul nak menjadi blogger.. bukan hangat-hangat tahi ayam je.. kecik hati aku bila orang yang aku ajar buat blog tu wujud seminggu je.. lepas tu ghaib…

aku tak kisah nak kongsi semua ilmu yang aku ada pasal blogging ni.. sebab aku dulu pon start daripada zero… tak tahu apa-apa langsung…nasib baik la ramai blogger-blogger lain yang beri tunjuk ajar… semenjak aku guna blogspot dulu lepas tu menumpang domain orang sampai la aku ada domain sendiri sekarang ni..semua sebab pertolongan rakan-rakan blogger yang lain.. terutamanya sifu aku en emptyspace.. hohoho dah la bg aku menumpang dekat fwenz.info pastu ajar aku macam-macam pasal wordpress…terima kasih la banyak-banyak.. aku rasa memang patut aku pulak mengajar orang lain segala benda yang aku tau pasal blog ni.. hohohho lagi berkat ilmu…tapi korang kena tolong aku jugak..

tolong la jangan desak aku.. hohoho kalau aku dah appear offline tu maknanya aku sibuk atau tak nak diganggu.. tak payah la susah-susah nak cari atau nak detect aku invissible ke tak.. memang aku takkan layan punya..  melainkan kalau awek cun.. hahahhha ok serius2… aku ni masih lagi belajar.. so faham-faham la kan.. assignment aku menggunung.. lain la kalau masa cuti semester dulu… mungkin la aku sedia menolong 24 jam…

tolong la jangan tanya aku macam mana nak jadi kaya dengan buat blog… hohoho bila aku tanya tujuan buat blog je.. dia cakap “aku tengok member aku dah kaya dah buat blog.. aku pon nak buat blog jugak la…” nesacaya orang-orang macam ni memang akan menyesal mintak tolong denggan aku.. hohoho aku yang dah hampir setahun jadi blogger ni pon baru ade RM 12.57 je dalam akaun nuffnang.. hohoho.. dan aku rasa aku memang belum cukup layak nak bagi tau tips buat duit.. dan memang aku belum berminat sangat nak buat duit guna blog ni..

tolong la jangan suruh aku buat semua benda… korang yang nak buat blog aku yang kena buat macam-macam..[-( sekali lagi aku tegaskan… aku boleh tolong ajar korang buat blog… BUKAN buatkan blog untuk korang.. aku boleh bagi step by step macam mana nak setup blog.. tapi korang kena buat sendiri semua benda.. aku bagi tunjuk ajar je.. don’t expect aku nak tolong buatkan blog dan korang boleh goyang kaki je… kalau korang nak buat macam tu pergi la cari mana-mana servis setup blog.. korang bayar pastu korang duduk la goyang kaki.. selama ni aku tolong ajar percuma je.. tapi kalau ade yg bagi duit tu.. aku terima je.. hohoho sem ni aku kering beb.. hahahah

dan akhir sekali… tolong la jangan hangat-hangat tahi ayam je..masa mintak tolong aku ajar bukan main lagi semangat.. tapi lepas sebulan blog entah ke mana.. bloggernya pon entah ke mana… kecik hati kau.. hohho penat je aku curahkan segala ilmu dengan penuh dedikasi :-& .. kalau korang betul-betul bersemangat waja dan bersedia baru la mintak tolong kat aku.. hohooho sekian…

16 Responses to “topo…boleh ajar saya buat blog tak?”

  1. kritz says:

    yea, I agree. What’s the use or putting so much effort into teaching someone about blogging to see him leaving his blog to collect dust after that?

    Anyway, someone doesn’t really need to ask what to blog about, just blog whatever you feel like blogging, or just don’t blog. It also depends on what he likes to blog about, maybe something like business, politics, pictures, or just about his thoughts and personal life.

    Kesian appear offline still got ppl come and disturb. lol
    ———-
    topo: yess.. I totally agree..penat2 ajar lepas tu berhabuk je..hohohoho

    [Reply]



  2. nUrULeFA says:

    topo!

    a bit sympathy…
    dun stress ya? :d

    go topo go!!!

    p/s: a lot of thnx, for helping me… planner siap!
    sgt gumbira… i’m not a blogger! :)>-
    ———-
    topo: belum stress lg… hohoho aku bukan menolong para blogger je.. banyak lagi perkhidmatan lain yang aku sediakan…:))

    [Reply]



  3. Uncle G says:

    betui tuh… kita hanya boleh tunjukkan tombol pintu dengan anak kunci… depa la kena bukak pintu tuh sendiri….

    kekadang ade gak kengkawan bersungguh2 nak buat blog/personal web lepas tengok cek dari google adsense. tapi diorang tak tau camne nak dapat sekeping check dari google tuh. diorang tak tau berapa tahun baru leh dapat sekeping cek tuh. dan diorang tak tau camne nak cari idea nak buat blog tuh menarik… kebanyakkannya takmo buat web dah lepas tau betapa payahnya pakcik nak dapatkan sekeping cek dari google…

    opss.. terlebih sudah.. entry orang nie.. hahaha.. marah plak topo kang.. pakcik nie pantang jumpe kebord
    ———-
    topo: hohoho panjang tapi penuh makna…

    [Reply]



  4. al-momok says:

    bro.. mereka tak tau apa itu blog :d tp aku pun br blajar laaa hehehhee =))
    ———-
    topo: sebab tu la aku sedia nak ajar.. hohoh aku pon baru kenal blog..

    [Reply]



  5. zariel says:

    huhu…aku pn dh dekat setahun berblog ni…dr sorang2 smpai la dh ada partner…klau pasal kaya dgn blog ni…kat akaun nuffnang aku lagi skit dr ko topo… :d …lagi satu smpai sekarang x pandai2 lagi pasal blog ni…hohoho =d (pjam gelak beso ko)

    -tringin gak nk ada domain sendiri… 😕
    ———-
    topo: dari sorang2 sampai dah ade partner.. xlama lagi bertiga plak.. hohoho
    ayuh la berdomain sendiri.. hohoho

    [Reply]



  6. azie says:

    nak blogging, mesti niat kena betul. kalau nak untung semata, mungkin susah sikitlah. sebab actually through blogging, kita boleh tau keikhlasan org tu menulis, utk dpt untung, atau sekadar berkongsi fikiran.
    ———-
    topo: ya setuju dengan kamu… hohoho menulis tentang pengalaman tahun 1997 dulu best gak…

    [Reply]



  7. azie says:

    blogging perlu sincere. bukan sbb nak untung,ehehe

    [Reply]



  8. Princess Liyana says:

    :d salam singgah and salam knal:)
    huhuhu..tulis sahaja apa yg nak ditulis:)

    [Reply]



  9. Darkz05 says:

    kesian pulak kat ko topo. da ajar “blogger junior” tetiba hilang macam tu jer [-(
    ———-
    topo: cam xpelik je nama blogger junior…hohoho aku pon still junior lagi..

    [Reply]



  10. samdaddycool says:

    wahhhh. … panjang sunggoh celoteh abang topo kita … :)>-

    [Reply]



  11. rohaizad says:

    apabila kita berorientasikan PERCUMA, certain orang tidak akan menghargainya. sebab itulah aku menjadikan tutorial membuat blog sehingga hosting mengikut harga yang aku tetapkan.

    apa yang pasti, ini adalah satu punca pendapatan aku sekarang. amat lumayan. once orang dah bayar, mereka akan serious dan lebih “pick up”. feedback?

    jangan cakaplah sebab mereka semua gembira dan siap rekomenkan lagi pada kawan-kawan yang lain.

    “ada perkara yang boleh diberi FREE (amal jariah), tetapi ada perkara yang patut diniagakan untuk mendapat peluang yang lebih besar. 9/10 dari punca rezeki itu datangnya dari perniagaan.”
    ———-
    topo: aku suka komen ni… 5 bintang diberikan… betul jugak ckap saudara rohaizad ni..hohoho boleh difikirkan utk buat perniagaan sendiri plak ni…:-?

    [Reply]



  12. titan says:

    kalau diorang bagi upah. ye, aku buatkan. kalau tak, aku bagitau jelah apa yang patut..
    ———-
    topo: mungkin aku pon patut buat servis berbayar la…:-?

    [Reply]



  13. Nasrun says:

    Aku pon rase camni gak.. :-w

    [Reply]



  14. TMUkmkd says:

    :ehsan01:

    aku baru je blaja main blog ni (lepas stahuna lalu menjadi blog yang gagal)

    slow2 aku blaja apa itu blog. huhuu

    dan mintak pandanga orang yang nak bagi pendapat tentang blog aku.

    [Reply]



  15. rasydanrais says:

    salam perkenalan.. baru ternampak arini.. sje2 na tmbhkn kenalan.. hehe..

    [Reply]



  16. jelita_09 says:

    o0k jerk..

    [Reply]



Leave a Reply