Posts Tagged ‘UTeM’
contest di topotato.com sempena yubiyu gathering..
ok seperti yang di khabarkan oleh razifmustapha,mohdadil,chokilala, iovantgarde\ fendy, zaren, shatilah, dan ramai lagi bloggers yubiyu yang lain.. pada tanggal 151108 yang lepas budak-budak yubiyu (UTeM Bloggers United) mengadakan sesi gathering secara kecil-kecilan dan photoshoot secara besar-besaran.. hoho dan buat pertama kalinya aku join photoshoot ni dan buat pertama kalinya aku akan mendedahkan muka aku di alam maya ini.. hohooh jadi bersempena dengan yubiyu gathering yang lepas dan sempena buat pertama kalinya aku nak menunjukkan muka di alam maya.. aku nak menganjurkan satu contest di topotato.com… terbuka pada semua rakyat Malaysia yang ada blog.. hohooh
ok sebelum aku cerikan lebih lanjut pasal contest ni.. jom tengok aksi-aksi sengal dan macho rakan-rakan perjuangan aku di yubiyu.. Read the rest of this entry »
aku rasa nak jadikan blog ni lebih berilmiah sikit la..
hohoh dah dekat setahun aku menulis blog… tapi aku rasa makin lama aku dah merapu je sekarang ni.. hohoho ye la.. tengok macam post yang sebelum ni.. 3 post pasal upin dan ipin je… hohoho jadi setelah aku buat proses pemikiran kritis dan kreatif, aku rasa aku nak menjadikan blog ni lebih berilmiah sket la.. hohoho aku nak kongsikan apa sebenarnya yang aku belajar kat UTeM ni.. hohoho sebab memikirkan faktor result aku yang agak kurang memberansangkan semester lepas.. aku rasa dengan cara ni kau boleh study + menulis blog pada masa yang sama.. hohoho ni antara subjek yang aku belajar semester ni: Read the rest of this entry »
ape cerita rakyat kegemaran korang???
ok sejak kecil lagi kita didedahkan dengan banyak cerita rakyat yang pelbagai jenis dan rupa… ade yang berbentuk teladan, ade yang berbentuk lawak jenaka.. ade jugak dengan tujuan memberi ilmu..dengan cara penyampaian yang menarik.. cerita-cerita tu mampu beri impak pada kita… ye la… contohnya cerita anjing dengan bayang-bayang tu… hohoho selalu cikgu tadika aku baca cerita tu… hohoho kenapa la die minat sangat dengan cerita binatang haram tu… lepas hbis je bercerita.. sure dia pesan.. jangan jadi macam anjing tu… orang tamak selalu rugi… tapi sekarang ni baru timbul persoalan pasal cerita tu yang aku dapat fikirkan…
- siapa la yang nak jadi macam anjing tu??? kan binatang haram tu..

- ape plak takde kaitan pon orang yg tamak dengan cerita ni… anjing tu yang tamak.. bukan orang..

hohoho nasib baik la sekarang baru aku fikirkan persoalan tu.. kalau 15 tahun dulu kau tanya cikgu.. dengan pastinya rotan dah hinggap pada aku sebab menimbulkan persoalan camtu…
ok tamatkan cerita pasal sekolah tadika… memang tak dinafikan cerita-cerita rakyat ni banyak memberi pengajaran yang berguna pada kita.. jangan la cuba nak pertikaikan.. macam yang aku buat kat atas tu.. kita patutnya kagum dan bangga sebab orang-orang terdahulu mampu fikirkan cerita yang sangat menarik ni dan tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.. hohohoo evergreen beb..
tujuan utama aku membuat post berkenaan cerita rakyat @ cerita tradisional @ cerita dongeng ni adalah kerana….aku dapat satu tugasan yang berkaitan dengan cerita rakyat atau cerita tradisional ni… aku kena tukar kan cerita rakyat tu jadi flash animation..
dikesempatan ini aku nak mintak idea korang… ye la.. kongsikan ape cerita kegemaran korang.. pastu bagi intro sikit cerita tu macam mane.. biar aku dapat pedoman sedikit..hohoho kalau ade link yang berguna pon ok jugak.. tapi jangan la spam ye.. askimet aku sangat sibuk minggu ni…
>- bagi yang simple-simple aje cukup la… takde la susah sangat aku nk jadikan assignment flash nanti…hohooh
sem ni topo makan maggi je la hari-hari…
satu lagi post sempena semester baru.. mintak maaf la banyak-banyak sebab asyik cerita pasal semester baru dan UTeM je… ok 2 hari lepas semua badak budak UTeM bergembira sebab duit PTPTN dah masuk… nak menambahkan lagi kegembiraan, hari tu jugak la Jaya Jusco buat Jcard sale.. hohoho berduyun-duyun orang pergi Jusco… tapi perkhabaran tu tak menggembirakan aku langsung…. sebabnya aku tau sem ni PTPTN aku akan ditolak dengan drastiknya… nak tau sebabnya??? hohoho sebab masa mula-mula nak daftar dulu aku ambik wang pendahuluan daripada PTPTN sebanyak RM1500 sem ni dia tolak terus…
petang tu aku pergi la mesin atm nak check berapa sisa-sisa duit PTPTN aku yang tinggal… hohoho asalnya boleh dapat RM3500 tolak yuran RM1500.. tolak pendahuluan RM 1500.. hohoho jumlahnya… tinggal la RM 500.. hohoho tapi pengiraan matematik aku salah rupanya… ak check ade RM480 je duit dalam bank…. aku tengok ramai yang frust kat mesin ATM tu.. tapi aku menerima hakikat ni dengan muka yang macho…hohoho dalam pala hotak sekarang ni dah terbayang maggi je.. dan juga muka rakan-rakan yang pernah hutang dengan aku masa last sem… mula-mula aku nak biar je hutang tu.. tapi disebabkan krisis kewangan yang teruk sem ni.. hohoho akan ku jadi ceti mintak balik duit…
disebabkan krisis kewangan… aku dah merangka beberapa plan strategik… siap buat belanjawan lagi.. hohoho
duit PTPTN RM 480
duit dalam tabung RM 80
hutang si A RM 150
hutang si B RM 100
duit dalam BSN RM 50
duit dalam maybank RM 215 duit ni dah guna utk buat bnde lain…
_______________________________TOTAL RM 860
rm 860.. cukup lah rasanya kalau tak beli benda yang bukan-bukan… nanti pandai-pandai la aku carik duit… jap.. YA!!!! aku baru teringat… bulan 10 ni raya.. hohoho so maknanya sumber pendapatan aku pon boleh bertambah=d… dan sebelum raya tu puasa.. hohoho lagi la aku boleh berjimat… yeah!!! takde la krisis kewangan sangat sem ni rupanya..tapi aku still akan carik sumber pendapatan lain… hohoho aku tak guna MBF (Mak Bapak Finance…) hohoho segan la plak nak mintak duit mak bapak…
so kepada sesiapa yang ade kerja macam setup blog ke.. buat review ke.. design banner ke… sila la inform pada aku.. hohoho dan sesiapa yang ada anjurkan contest yang menawarkan wang tunai yang lumayan… sila la inform aku jugak… hohoho
p/s: bagus jugak PTPTN ni… first time aku buat belanjawan… hohohoho
naik semester = visitor turun….
hohoho seperti yang aku cakap dulu.. semester baru dah bermula…bosan giler.. dah la pindah hostel yang sangat x best.. kecik giler bilik tu.. lagi kecik dari masa aku dok murni dulu..tapi yang bestnya semester baru ni… adalah jadual aku.. hohoho isnin dengan selasa klas sampai pukul 10 malam… ada sejam-dua je break… pastu hari rabu dengan Jumaat xde klas langsung hohoho… belajar dua hari sampai lebam.. pastu public holiday…
tapi yang xbest nya hari khamis ade satu kelas kol 2
aku dah try pindahkan xdpat gak…
tension aku.. hohoh kalo tak boleh cuti dari rabu sampai ahad… hohohoho
macam biasa lah.. bila naik sem masalah biasa akan timbul..masalah ketiadaan internet…
hohoho lepas aku pergi kursus.. lepas tu pergi jadi fasi kat UTeM dan pastu semester baru bukak…. visitor aku jatuh dengan sgat mendadak… hohoho sedih gile aku… tgok average visit ade 10 orang je.. hohoho slalunya paling sikit pon ada la dalam 60++ macam mana la kau nak mengatasi masalah ni…nak kena belajar SEO ke???hohoho sementara ada connection ni aku nak tulis banyak-banyak post la… pastu set time publish.. idea datang lah kepada ku…. so kalau comment kalian tak dapat respon atau jeritan korang xberbalas…mintak maaf la banyak-banyak ye…
p/s: apsal la semenjak 2 menjak ni post ak sume pendek-pendek belaka… hohohoho


