sebulan bersama cisdel.com mitos dan kebenaran…

sebulan bersama cisdel.com mitos dan kebenaran…

Mar 27

Pada 26 Februari yang lepas, topo telah berjaya mewujudkan satu lagi blog yang berlainan genre berbanding topotato.com dan nazrien.com. Kini setelah sebulan cisdel.com telah menjadi semakin kacak bergaya dan menjadi kegilaan gadis-gadis.. Dalam post ini aku akan menjawab segala kemusykilan dan pertanyaan yang pernah diajukan berkenaan dengan cisdel.com ini.

kisah perjalanan hidup topo di alam maya..

kisah perjalanan hidup topo di alam maya..

Apr 28

dah lama rasanya aku tak mengarang entry.. hoho ye la dah banyak post sebelum ni semua berdasarkan fakta je.. hohoh tapi seronok jugak buat post yang berkenaan dengan fakta ni.. hohoho sesuai la dengan misi aku nak menjadikan blog ini lebih berilmiah lagi.. hohoho ok aku dah lama rasanya nak kongsikan sejarah perjalanan hidup topo di alam maya ni.. hoho mana la tau kot ada yang berminat nak jadikan buku ke.. hahaha ok aku mula mengenal apa itu internet pada tahu 1998.. hohoho tapi mas atu just tau je la ada 2 provider internet kat Malaysia ni.. TM dengan jaring.. hohoh tapi aku masih tak tau apa itu website & email.. dan sudah tentulah aku turut tak tau apa itu twitter apatah lagi facebook.. hahaha sah-sah la belum wujud lagi masa tu..

topo dah tulis 200 post!!!

topo dah tulis 200 post!!!

Feb 03

yeash.. akhirnya aku akan menulis post yang ke 200.. ok kepada yang tak pernah baca post ke 100 topo sila baca di sini.. tapi kalau tak baca pon takde masalah sebenarnya tapi tak salah kiranya kalian meluangkan sedikit masa untuk membaca post itu.. hohoh ok untuk post yang ke 200 ni.. aku nak mengimbau kembali post-post yang terhasil la sepanjang pembabitan topo di alam blogging ni.. hohoho korang cuba la kaji gaya penulisan aku dari dahulu hingga kini.. hahahahha… mari memulakan pengembaraan blog dan kita selongkar segala misteri yang ade…

macam mana topo boleh dapat nama topo…

macam mana topo boleh dapat nama topo…

Sep 12

hoohooho dah lebih 7 tahun aku guna nama topo… bila ade sesi suai kenal je.. aku cakap nama aku topo sume cam pelik je… hohoh sampai ade yang percaya aku cakap nama aku ahmad topo=)) hohoho ramai yang cakap nama topo ni cute…:c tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi definisikan cute tu… ramai gak yang tanya mana dapat nama topo.. dan biasanya aku jawab cerita tu dah jadi kisah epik dah.. hoho tapi pada post kali ni aku akan bukak balik kisah epik tu… hohoho terlebih dahulu aku nak nyatakan… kisah epik ni tak menarik pon… cukup lah sekadar untuk pengetahuan mereka yang sibuk sangat nak tau…hohoho

kenapa mereka suka guna nama samaran???

kenapa mereka suka guna nama samaran???

Aug 06

sekarang ni ramai orang yang gemar gunakan nama samaran berbanding nama sebenar mereka…post kali ni adalah berkenaan dengan nama samaran atau nick name yang sering digunakan bagi menggantikan nama sebenar.. kenapa orang lebih gemar gunakan nama samaran???

ok berdasarkan kajian sejarah… bukan masyarakat sekarang je yang gunakan nama samaran ni… masyarakat terdahulu memang dah gunakan nama samaran ni… contohnya.. nama tok janggut,tok gajah dan lain-lain lagi… tu semua nama samaran…(aku tak pasti nama sebenar diorang.. tok gajah = Imam Rasu rasanya..) kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran???  mungkin dengan nama ni lebih menunjukkan kekutan mereka?? ye la.. nama tu mempengaruhi impresi pertama kita… contohnya… pahlawan pasir salak… mana lagi menyebabkan orang lain takut hanya bila namanya disebut?? nama Dato Maharaja Lela ke atau Pandak Lam??? nama dato Maharaja Lela macam lebih berkuasa kan???

ok selain orang-orang terdahulu.. orang-orang terkenal dan popular pon gemar gunakan nama samaran.. artis terutamanya…macam-macam nama yang bombastik dan sedap bunyinya digunakan…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? nama juga boleh jadi salah satu cara mempromosikan diri… contohnya… kalau korang nampak satu album kat pasaran… kulit album tu cukup menarik minat anda.. memang jelas menunjukkan album tu album pop rock yang boleh dilayan.. tapi bila anda baca dengan lebih teliti tertulis… dinyanyikan oleh Melur Seri Dewi… hohoho pasti korang akan mengalami kekejanagan otak sebentar.. ni album pop rock ke album dondang sayang???

slain dari artis… orang-orang biasa pon gemar gunakan nama samaran… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho mungkin sebab nama mereka lebih 4 patah perkataan.. hohoh nama yang terlalu panjang… contohnya siti nurul munawwarah khatijah… hohoho takkan la dia begitu kejam nak suruh orang lain panggil siti nurul munawwarah khatijah setiap kali berjumpa… boleh berbelit lidah dan mungkin menyebabkan kita lupa apa tujuan kita panggil insan tadi tu…

ada jugak yang namanya pendek sahaja tapi masih gunakan nama samaran…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho nama pendek… tapi mereka ni berkongsi nama dengan 4 atau 5 orang lain di sekeliling mereka…  contohnya.. ada seorang ni namanya abu… memang ringkas namanya.. senang pulak tu nak ingat… tapi dalam kelas dia ada 3 orang lagi yang nama abu… setiap kali kita pangil nama abu.. semua abu pandang… hohohoho… jadi mereka pon mengambil keputusan nak gunakan nama samaran…

tapi ada jugak yang gunakan nama samaran bukan sebab masalah yang dinyatakan di atas… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? suka hati mereka la… best apa guna nama samaran ni… kata-kata terakhir… topo adalah nama samaran aku ye.. nama di IC aku bukannya Mohd Topo… hohoh ibu bapa aku lebih kreatif daripada tu… takde maknanya diorang nak bagi nama aku topo…..kenapa topo lebih gemar gunakan nama samaran??? hohohoh biar lah rahsia….

p/s: nama yang digunakan sebagai contoh diatas adalah mungkin tidak wujud,… hanya sebagai contoh sahaja… jangan ada yang keci hati atau berbangga nama dia tertulis di sini ye.. hohohoho

hai saya sofia….

hai saya sofia….

Mar 22

semalam aku mendapat sms daripada satu no asing yang beroperatorkan makhluk kuning…yang menimbulkan seribu kemusykilan pada aku.. sms2 sebegini mmg sering aku dapat masa kt matrix dulu.. tapi bila dah masuk UTeM.. ni 1st time…smsnya adalah seperti di bawah..

HAI, AWK N****** KAN? SY SOFIA KLS AWAK MS KAT MATRIX DL INGAT X? BLH XKITA BERKENALAN?

sebelom tu.. N****** tu nama sebenar aku…dan belum boleh didedahkan buat masa ini… kemusykilan2 yang timbul adalah seperti berikut:

  1. masa kat matrix dulu…semua org panggil aku topo.. lecturer pon ade beberapa org je yang panggil aku N******
  2. SY SOFIA KLS AWAK MS KAT MATRIX???? sofia klas aku?? klas bkan nama sofia.. klas aku masa kt matrix dulu f3p2… lagi pon kelas boleh anta sms ke??? hohoho musykil2…
  3. ok.. aku menambah sikit logik ke dalam sms ni dgan menambah perkataan bdak dan mnjadi SY SOFIA BDK KLS AWAK MS KAT MATRIX…ok bdak klas aku ade 25 org asalnya.. pastu ade yg lah p UTP la p fly la.. p jadi cgu la.. p Uniten la… tp xde sorg pon yang bernama sofia…
  4. mengenali semua bdak kelas aku… bkan sahaja nama penuh mereka.. contact no malah bday diorg pon aku tau… tp siapa sofia??
  5. ok… dia ckap dia klas aku masa kt matrix.. abis kalo dah sama kelas… buat pe nak berkenalan lagi.. dah confirm2 la aku knal ko… dan ko knal aku…..:-/
  6. ok last one… apsal la si sofia ni antar sms kat aku dgan menggunakan huruf besar??? tu yang paling memusykilkan aku….

hohohooh kepada sesiapa yg berkaitan ni… dan mungkin mengenali si sofia ni… sila la explain kat aku segala kemusykilan yang timbul ini… #-o#-o

Page 1 of 212