greeny topo dah kembali…

August 3rd, 2008 15 Comments   Posted in Blogging

hohoho korang pasti perasan kan aku baru je tukar theme blog ni… kalau tak perasan tengok la lama-lama.. hohoho aku suka gile theme ni… ok theme wordpress yang aku guna ni asalnya benama ads press dicipta oleh jai blogohblog.com… pastu syamsulariff mempercantikkan theme ni jadi versi ads imPress.. hohohoho pagi tadi aku letakkan sedikit greenish touch pada theme ni…jadi la ads green press….

pada awalnya aku tak minat langsung dengan theme jai.. ads press… theme tu terlalu bosan… bila syamsulariff letakkan sedikit seri pada theme ni aku memang dah terpikat dah,,, tapi sayangnya theme ni warna biru… aku memang benci warna biru.. jadi aku pon menambah seri hijau pada theme ni.. hohoho ok tak?? aku sangat menyukainya…:D

ok seperti yang korang nampak aku masih mangekalkan 2 columns template sebab lagi kemas tak bersepah.. hohooh theme ni ada banyak sangat tempat nak letak iklan la… sampai aku kena buang tempat iklan tu..hohoho aku memang tak ada apa-apa iklan kat dalam blog ni… hanyalah sekadar nuffnang sahaja… tapi kalau sesiapa berminat nak mengiklankan blog mereka kat sini.. sila lah contact topo.. harga boleh dirunding… hohohhoho

ok aku rasa cukuplah untuk post kali ni.. aku sangat teruja dengan theme baru ni.. hohoho aku harap kalian pon suka jugak theme ni… semalaman aku tak tidur nak customize theme ni.. kalau ada apa-apa masalah dengan theme ni silalah bagi tau pada aku ye… sekian…

blog yang kurang digemari topo…

June 3rd, 2008 41 Comments   Posted in Blogging

post ni tak bertujuan untuk mengecilkan hati sesiapa…sekadar untuk berkongsi.. dah beberapa kali da aku rewrite post ni utk memastikan ade org kecik hati.. tapi kalo ade gak mintak sorry la banyak2 ye..

ok selain menulis blog… aku sangat rajin berjalan-jalan di blog lain.. hohoh dapat gak menghilangkan bosan dan mencari pedoman..ye la nak juga bertegur sapa ngan jiran-jiran blogger yang lain.. mana la tau bleh dapat awek2 blogger yang cun melecun.. hohoho.. dalam perjalananku.. aku jumpa macam2 jenis blog.. tapi dalam post ni aku nak ceritakan ciri-ciri blog yang aku kurang gemari.. diharap takde yang kecik hati ye….jangan ade yang saman plak lepas ni.. hohooh

blog yang ada ads click sensor.. aku tak tau la nak panggil benda ni ape.. tapi bila aku klik je blog tu.. nanti ade pop up iklan.. pergh.. benda tu memang akan membatalkan niat murni aku untuk melepak blog tu dengan lebih lama lagi.. aku guna firefox pon ade pop up yg terlepas.. tak dapat aku bayangkan camne kalo aku pkai IE…so sayonara la blog tu..

blog yang ade auto play music.. hohoho sama seperti saudara menteil aku pon merupakan pengguna IDM hohoho kalo ade link music.. die akan auto download.. tapi sebelum die dapat detect download tu.. firefox aku akan mengalami kekejangan seketika… abis tergendala kerja-kerja aku yang lain…sebagai balasan pada blog2 yang sedemikian.. akan ku download lagu-lagu yang best.. hohoho kalo lagu tak best.. sayonara..

blog yang terlalu mengikut perasaan yang terlampau… hohoho dalam blog2 ni die menceritakan segala-gala yang berlaku… hohoho aku tak naafikan memang seronok baca kisah2 hidup orang lain.. rasa macam dah lama kenal je ngan blogger tu.. tapi terdapat gak blogger yang menceritakan segalanya tapi disertai dengan caci makian yang berbakul2.. adui.. hilang keseronokan aku nak baca.. so sayonara la blog…

blog yang super serabut… bkan dari segi layout... tapi serabut dengan iklan yang pelbagai.. hohoh memang la tak kisah kalau nak mencari sedikit keuntungan dengan blog.. tapi kalo dah iklan lagi banyak dari post.. hoho menyakitkan hati gak la.. dekat header.. dekat sidebar.. dekat footer.. dekat post.. sume tempat ade iklan.. banyak gila.. sampai aku nak baca apa yang die tulis pon susah.. kalo nak letak banyak2 iklan susun la elok2.. contohi la blog en titan ni.. iklan banyak gila..tapi still nampak kemas..kalo xnak contohi gak. sayonara…

blog yang kononnya terlalu merendah diri @ down to earth…memang terpuji sikap merendah diri ni.. tapi kena kena pada tempat gak.. aku hanya nak fokus sikap merendah diri terhadap blog je.. blogger ni selalu cakap blog die tak cantik.. tak sehebat blog orang lain.. biasa2 je… kita patutnya berbangga dengan blog kita.. da tau tak cantik p la cantikkan.. banyak la template yang cantik2 kat muka bumi ni.. jack baru je convert satu template yang superb.. try la usya.. tak pon pergi melawat pusat kecantikan blog ni.. segalanya tak mustahil la.. kalo malas gak.. atau nak meneruskan sikap merendah diri yang terpuji tu.. sayonara la ye..

aku rasa cukup lah senarai tu… tapi sekali lagi aku nak tekankan…post ni tak bertujuan untuk mengecilkan hati sesiapa…sekadar untuk berkongsi.. dah beberapa kali da aku rewrite post ni utk memastikan ade org kecik hati.. tapi kalo ade gak mintak sorry la banyak2 ye…jangan saman aku pulak lepas ni…

p/s: nantikan ciri2 blog yang topo gemari pulak di masa yang akan datang ye..

template baru blog topo…

May 18th, 2008 9 Comments   Posted in Blogging

hohoho topo telah menukar theme baru…agak berat sebenarnya aku nak tukar theme baru.. aku agak jatuh hati dengan theme aku yang sebelum ni.. tapi ape kan daya.. ramai yang tak menggemari theme aku yang sebelum ni.. so terpaksa la aku tukar.. ape gunanya kalau aku je yang suka theme tu tapi kebanyakkan reader tak suka… hoohohoh siapalah topo ni nak dibandingkan dengan kalian semua…

pengenalan kepada theme baru.. ok buat julung kalinya aku gunakan template yang bukan buatan Malaysia.. hohoho.. sebelom ni aku guna blog oh blog v2 yang telah dikucar-kacirkan oleh aku.. dan sebelum tu lagi.. aku guna theme damai dari eches….ok theme baru ni bernama club yellow… hohoho warna kuning… mana hilangnya greeny topo??? sebenarnya aku telah cuba sedaya upaya mencari theme hijau yang meruntum jiwa… yang sehebat damai… tapi malangnya aku tak ketemu langsung… jadi terpaksala aku bertukar ke warna kuning.. tapikan.. kalau eches ade released theme baru yang berwarna hijau.. aku akan serta merta menukar theme aku.. so eches.. jika anda buat greeny theme lagi.. let me be the first to know… (macam la topo ni penting sangat…:-")

dan buat pertama kalinya juga aku menggunakan 2 column theme.. selalunya sure 3 atau 4 menjadi pilihan.. hohoho aku dah minimize kan widget sebaik mungkin.. yang mana tak penting tu di tolak tepi untuk memastikan blog ni tak serabut sangat dengan widget yang pelbagai…diharap korang pun suka la pada theme ni sebagaimana aku menggemarinya.. hohoho kalau tak suka pon buat-buat suka sudah… hanya untuk menjaga hati aku… hohoohoh

p/s: sebenarya aku tak tahu mana satu yang betul.. theme ke template.. jadi aku carca marbakan penggunaan dua-dua istilah tu…