Posts Tagged ‘sambutan’
hari guru
Post ini ditujukan khas kepada semua guru-guru yang pernah mangajar aku.. dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang juga merupakan guru.. cikgu Azie (cikgu yang garang… jangan memain!!! tapi isteri yang baik… hohoho) cik cikgu wiween (first time aku lepak blog die cam x caya je dia ni cikgu.. xcaya pi la melawat….) kak riani (lecturer kira cikgu la jugak kan)
hari ibu telah selamat disambut pada hari ini bersamaan 11 Mei 2008.. sekarang tibalah masa untuk menghargai jasa guru-guru di seluruh dunia dengan menyambut hari guru pada 16 Mei yang akan datang.. aku rasa ramai yang tahu sambutan hari guru adalah pada 16 Mei ini sebab tarikh sambutannya tak berubah setiap tahun.. tapi kenapa pilih tarikh 16 Mei?? kenapa tak pilih 7 Januari ke?? biar sama tarikhnya dengan hari jadi topo??? ok tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…hohoho mari belajar sejarah bersama topo
>-
ok sudah tentu lah negara-negara lain tak sama tarikh sambutan hari gurunya…Malaysia 16 Mei…
- Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
- India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
- China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)
- lebih info.. sila lawati Pn Wiki ku sayang.. aku tak nak tulis lebih banyak tarikh sebab banyak lagi yang nak ditulis dalam post ni…
setiap tahun tema hari guru adalah berbeza-beza.. dan aku rasa tema-tema dia memang kena dengan peranan dan matlamat setiap guru…berikut adalah tema hari guru dari tahun 1998 hingga 2008 sumber dari Pn Wiki
- 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
ok last but not least… bagi mereka yang sedang mencari lagu tema hari guru 2008..untuk di download.. mana la tau nak dijadikan ringtone ke.. tak pun nak mainkan kuat-kuat semasa sambutan hari guru nanti
- sila klik sini untuk download lagu tema hari guru 2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
- sila klik sini untuk minus one lagu tema hari guru 2008
- dan ni pulak lirik lagu dia.. nyanyi la sampai lebam ye… semuanya bersumber daripada http://www.moe.gov.my/hariguru/lagu.html dijamin tiada virus.. hohohoh
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi
c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati
Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran
ok sebagai penutup… topo hanya memberi informasi agar ramai tahu pasal perihal hari guru.. macam mana kalian gunakan maklumat ni terpulang lah… di harap korang dapat menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban.. sekian… Guru Cemerlang Negara Terbilang

