Posts Tagged ‘MHS’
semester baru kat UTeM..
hohoho baru je habis minggu haluan siswa kat UTeM.. hari ni dipenuhi dengan aktiviti tidur je… penat giler ooo… aku sampai rumah je pagi td terus tdo.. nak dekat maghrib baru bangun..pastu sambung lagi tidur.. hohoho pancit giler… tapi aku agak enjoy jadi fasi ni… bukan sebab dapat awek baru ye… disini aku ingin tegaskan… aku tak carik awek pon…. hohohoho dah jangan tanya lagi…. aku xde mintak satu nombor pon… xkira la freshie2.. mahupun kakak-kakak fasi… walaupun ada gak la kakak2 fasi yang cun-cun..hohoho sure kembang setaman diorang ni![]()
ok habis cerita MHS. lagi dua hari semester baru bukak.. hohoho semester ni penuh dengan cita-cita… aku nak dpat dean list sem ni… jealous aku dgan bdak2 yang selalu dapat dean list kat kelas aku tu… satu lagi.. aku nak lebih aktif lagi la kat UTeM ni.. nak join macam-macam aktiviti… hohoho cam best je.. nak penuhi masa remaja aku dengan pelbagai pengalaman…
aku nak belajar macam-macam lagi benda baru, nak Belajar SEO, nak belajar illustrator, nak belajar amek gambar, nak belajar flash, nak belajar design template.. dan macam-macam lagi…
aku rasa cukup lah apa yang aku tulis ni… seriously aku mengantuk lagi ni.. nak sambung tidur..disini aku nak mengambil kesempatan nak mintak maaf la kepada pelajar2 baru UTeM ( kalo korang baca la blog aku ni..) sebab aku snap gambar korang masa tgah syok tido time ceramah… hohoohoh sekian..
minggu haluan siswa UTeM #1..
hohoho seperti yang aku khabarkan beberapa hari lalu,aku menjadi fasilitator untuk program minggu haluan siswa (MHS) kat UTeM.. hoohoho semalam merupakan hari pendaftaran.. penat gak la.. sebab kerja aku meraya-rayau mencari gadis cun untuk ditangkap gambar… hohoho tapi aku rasa UTeM dah ketandusan gadis-gadis cun la… aku tak jumpa ramai pun yang cun.. ada la dua tiga orang.. agak kecewa gak la…so kepada rakan-rakan sekalian.. jangan lah tanya aku dapat awek cun ke tak.. hohoho jawapannya tiada..
aktiviti semalam hanyalah ceramah aluan je.. takde apa yang menarik pon.. pastu bahagi kumpulan… hohoho aku team2 awal.. lama gila LDK.. malam tu sepatutnya aku just perkenal diri je… tapi sebab masa lama gila…bdak2 lain nak bagi kumpulan lagi… hohoho dah berapa banyak game dah aku kuarkan malam tadi.. ohoh jap lg xtau la nak buat pe lagi.. dok termenung je la ye adik2…hohoho![]()
untuk pengetahuan korang sekarang ni aku tengah dok lipat buletin kt hal ehwal pelajar.. hoho kata biro penerbitan..satu lagi aku dapat detect beberapa bdak2 yubiyu @ UTeM Bloggers United yang masuk sebagai direct entry.. oo semalam korang siap main misscall aku ye..aku dapat je tangkap pic korang tiap2 hari aku letak kat buletin ngan montaj.. hohoho
ok la.. banyak lagi buletin aku nak kena lipat ni.. pastu kena lari pi tempat LDK plak… hohooh sekarang pukul 1.25.. LDK pkul 2.. hohoho kalo xsempat aku pas je la kat org lain… sori la ye adik2 hahahah abang topo bizi
hahaha geli aku sebut…

