Posts Tagged ‘Life’
semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….
sekarang dekat dunia blog ni asik post pasal merdeka je… termasuk la aku sendiri… da 2-3 post da aku buat pasal kemerdekaan.. dalam kesibukan kita nak sambut merdeka ni mungkin ada yang terlupa perkara penting yang bakal berlaku selang 1 atau 2 hari dari tarikh 31 Ogos… sebenarnya aku pon da agak terlupa dengan perkara tu sampai la aku baca satu comment kat post jom nyayi lagu Merdeka… aku rasa komen tu sangat berguna dan aku nak kongsikan….komen tersebut adalah seperti berikut…
Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)
Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!
seriously aku hampir terlupa kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi… teruk betol!!! satu pesanan dari topotato.com… merdeka tu merdeka jugak… tapi jangan la sambut lebih2 ye… berpesta pora sampai ke pagi… akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN….
kenapa mereka suka guna nama samaran???
sekarang ni ramai orang yang gemar gunakan nama samaran berbanding nama sebenar mereka…post kali ni adalah berkenaan dengan nama samaran atau nick name yang sering digunakan bagi menggantikan nama sebenar.. kenapa orang lebih gemar gunakan nama samaran???
ok berdasarkan kajian sejarah… bukan masyarakat sekarang je yang gunakan nama samaran ni… masyarakat terdahulu memang dah gunakan nama samaran ni… contohnya.. nama tok janggut,tok gajah dan lain-lain lagi… tu semua nama samaran…(aku tak pasti nama sebenar diorang.. tok gajah = Imam Rasu rasanya..) kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? mungkin dengan nama ni lebih menunjukkan kekutan mereka?? ye la.. nama tu mempengaruhi impresi pertama kita… contohnya… pahlawan pasir salak… mana lagi menyebabkan orang lain takut hanya bila namanya disebut?? nama Dato Maharaja Lela ke atau Pandak Lam??? nama dato Maharaja Lela macam lebih berkuasa kan???
ok selain orang-orang terdahulu.. orang-orang terkenal dan popular pon gemar gunakan nama samaran.. artis terutamanya…macam-macam nama yang bombastik dan sedap bunyinya digunakan…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? nama juga boleh jadi salah satu cara mempromosikan diri… contohnya… kalau korang nampak satu album kat pasaran… kulit album tu cukup menarik minat anda.. memang jelas menunjukkan album tu album pop rock yang boleh dilayan.. tapi bila anda baca dengan lebih teliti tertulis… dinyanyikan oleh Melur Seri Dewi… hohoho pasti korang akan mengalami kekejanagan otak sebentar.. ni album pop rock ke album dondang sayang???
slain dari artis… orang-orang biasa pon gemar gunakan nama samaran… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho mungkin sebab nama mereka lebih 4 patah perkataan.. hohoh nama yang terlalu panjang… contohnya siti nurul munawwarah khatijah… hohoho takkan la dia begitu kejam nak suruh orang lain panggil siti nurul munawwarah khatijah setiap kali berjumpa… boleh berbelit lidah dan mungkin menyebabkan kita lupa apa tujuan kita panggil insan tadi tu…
ada jugak yang namanya pendek sahaja tapi masih gunakan nama samaran…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho nama pendek… tapi mereka ni berkongsi nama dengan 4 atau 5 orang lain di sekeliling mereka… contohnya.. ada seorang ni namanya abu… memang ringkas namanya.. senang pulak tu nak ingat… tapi dalam kelas dia ada 3 orang lagi yang nama abu… setiap kali kita pangil nama abu.. semua abu pandang… hohohoho… jadi mereka pon mengambil keputusan nak gunakan nama samaran…
tapi ada jugak yang gunakan nama samaran bukan sebab masalah yang dinyatakan di atas… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? suka hati mereka la… best apa guna nama samaran ni… kata-kata terakhir… topo adalah nama samaran aku ye.. nama di IC aku bukannya Mohd Topo… hohoh ibu bapa aku lebih kreatif daripada tu… takde maknanya diorang nak bagi nama aku topo…..kenapa topo lebih gemar gunakan nama samaran??? hohohoh biar lah rahsia….
p/s: nama yang digunakan sebagai contoh diatas adalah mungkin tidak wujud,… hanya sebagai contoh sahaja… jangan ada yang keci hati atau berbangga nama dia tertulis di sini ye.. hohohoho
keluarga topo…

Create your own family sticker graphic at pYzam.com
hohoho aku tengok semenjak dua menjak ni ramai yang buat post pasal keluarga mereka… hohoh virus tag pasal keluarga dah mengganas.. tapi takde sorang pon pas tag ni kat aku.. penat aku tunggu jadi aku ambil kesempatan nak buat benda ni tanpa ditag..hohoh inilah keluarga topo.. Read the rest of this entry »
nameTAG aku hilang….
hohoho sekali lagi aku terkena virus tag ini…dah lama rasanya tak menjawab tag.. mari menjawab tag bersama topo… tag ni disedekahkan oleh cik aniely… hohohohoaku tengok semua orang yang buat tag ni letak gambar.. aku pon nak letak la…
amaran.. tag ni sangat panjang…kalau berani baca la sampai habis… hahaha tapi jangan menyesal… Read the rest of this entry »


