apa topo buat bila internet slow…

May 21st, 2008 15 Comments   Posted in Life

dalam masa beberapa hari kebelakangan ni internet kat rumah aku super slow… nak bukak google pon tak lepas.. apatah lagi nak baca email yahoo yang sangat lama tempoh loading tu…tekanan gak la.. da la keje tengah banyak.. aku xnak maki streamyx seperti org yang sering dilakukan oleh rakan2 lain.. hohoho ye la.. bapak gua keje kat situ beb..hohoho cam x manis la kiranya aku maki company tempat keje bapak aku… hohoho agak best jadi anak TM ni.. line telephone xpayah bayar sewa.. aku pakai post paid celcom.. free sewa.. rate sms dengan call pon sangat murah…streamyx aku special price.. hohooh korang bayar bulan2 berapa?? RM77??? hohoho aku bayar separuh je dari tu kot… dan banyak lagi la kelebihan…adui… da melalut la plak… ini bukan post berbayar dari TM ye

ok sebenarnya aku nak listkan apa yang boleh dibuat bila connection internet super slow…

  1. maki streamyx.. seperti telah dinyatakan di atas..aku aku x maki streamyx…xde untungnye nak maki die…hohoho
  2. buat kerja yang lebih berfaedah.. seperti tengok adik2 study untuk mid term exam… pastu kacao diorg!!! hohoho bdak2 sekolah sekarang tengah mode exam.. hohoho rasakan!!
  3. tidur!!! pastu bangun.. dengan harapan semua ni merupakan suatu mimpi… dan internet kembali laju seperti biasa.. hohohoo
  4. semasa tunggu loading… lumba tahan nafas… hohoho tengok mana lagi lama.. loading ke… kemampuan kita tahan nafas… hohohoo biasanya aku kalah…
  5. print screen laman web kegemaran anda…kalau berjaya bukak… lepas tu jadikan sebagai wallpaper desktop.. mana la tau lepas ni tiada harapan lagi nak tengok web site tu..(aku selalu buat camni.. dan ramai yang telah tertipu…hohoho)

hohoho wallpaper yang sering menipu rakan2...

hohoho 5 4 tips je la ye… aku takut kalau tulis panjang-panjang nanti x berjaya nak publish nanti…kalau rajin sila lah tambah sendiri ye.. hohoho aku nak cadangkan gi tengok wayang ke.. hang out dengan rakan-rakan ke.. tapi tips tu common sangat la…dan ramai yang dah tau.. lagi pun kung fu panda tak keluar lagi… 6 JUN baru keluar…cerita lain semua x memberi nafsu aku untuk menonton… hoohoho sori la meghampakan mereka-mereka yang mengharapkan ada tips macam mana nak melajukan connection internet… sori tiada di sini..:-"

p/s: korang tau x panda dalam movie kung fu panda bernama PO… hohoo (ada kaitan ke dengan TOPO??) usya trailer + sinopsis segera kung fu panda kat sini..

kenapa saya suka rumah saya??

February 1st, 2008 5 Comments   Posted in Life

baru-baru ni aku ada dengar istilah baru…PBSM.. bukan persatuan bulan sabit merah… tapi “Pelajar Balik Setiap Minggu” hohohoho aku tertarik dengan istilah ni sebab aku macam terasa je… memang aku balik rumah tiap2 minggu… housemate aku awal-awal dulu mmg kutuk kaw2 bila aku packing nak balik tiao-tiap hari Jumaat… tp sekarang semua da paham dah… dah x kesah da pon… lantak la ko topo.. hohooho di sini ingin saya tegaskan kenapa saya suka rumah saya..sebelum itu… Murni ialah nama hostel UTeM…Bukannye mana2 gadis…

1) kat rumah saya connection internet laju…..

walaupun hanya guna streamyx 512 kb/s tp still macam langit dgan bumi bila compare dgan connection hotspot yg macam hidup segan mati x mau tu… dan ditambah pula dengan jiran2 yg menggunakan torrent utk mendownload movie2 dan drama bersiri…memang macam celaka sped connection yg aku dapat….

2)saya x perlu risau mati kelaparan di rumah

kat rumah makan free… xpayah susah2 nak beli…makanan ade je kt rumah… tp aku makan sikit je bile kt rumah… tp bila lpak dengan rakan2 serumah.. nafsu makan aku naik dengan mendadak…pagi2 sarapan kt cafe UTeM..pastu lunch dengan banyaknye…. bila balik kuliah p mnum ptg… malam makan lgi.. pastu kol 2-3 pagi makan lg… tu x termasuk makan2 ringan time lecture… tp saya still lapa… bila kt rumah… saya makan 1-2 kali je… samada bfast+lunch pkul 2 & dinner pkul 12mlam or just mkan lunch pukul 5 ptg….

3) jarak Murni dengan rumah saya 20 min++ je..

sebab UTeM wajibkan bdak2 1st & 2nd year dok hostel la saya kene menetap dkat Murni… kalo x mmg xakan nampak langsung kelibat kt murni tu.. baik balik rumah je….

4)di rumah, masa saya lebih teratur..

hohoho kalo kt rumah pagi2 confirm bangun sbuh.. kalo x bangun memang ribut la rumah tu…. compare to kehidupan kt Murni.. Subuh memang la bangun…tp stok subuh gajah je la tiap2 hari…di Murni saya banyak menghabiskan masa menunggu nak loading web site…. di rumah masa untuk menunggu loading tu boleh digunakan untuk prkara lain… hohoho study ke…(kalo study la….):D:D

sampai disini sahaja…banyak lagi sebab kenapa saya suke rumah saya…tunggu la episod seterusnya….;);)hohohoho

p/s: hohohoho entry ni kesan daripada kebosanan yg terlampau ditambah dengan keseronokan dapat pulang ke rumah… sebab tu la penggunaan bahasa yg lain daripada yg lain…hohohohoh