perkara yang boleh dilakukan bila blog anda down…

perkara yang boleh dilakukan bila blog anda down…

May 23

semenjak dua menjak ni terdapat beberapa blog yang mengalami masalah server yang menyebabkan blog mereka tidak boleh diakses hohoho perkara ini memang dilema yang amat besar bagi para blogger yang menggunakan hosting sendiri.. tapi bagi aku itu semua ibarat asam garam kehidupan.. hohoho biasa la beb.. dalam kehidupan ni mesti la ade sedikit rintangan dan cabaran.. baru lah dapat merasai kemanisan berblogging :D .. aku menulis post ini sekadar mengubat hati duka lara rakan-rakan blogger sekalian.. jangan la pulak ada suara sumbang yang cakap

blog sendiri tak down boleh la cakap letup-letup…

sesungguhnya aku dah banyak kali dah menerima nasib yang sama terutamanya zaman ddos attack dulu .. hohoho yang yang paling perit sekali masa aku mula-mula menghidupkan topotato.com ni.. mereka yang ada merasai zaman tu pasti tahu betapa peritnya masa tu.. hahahaha ok mari teruskan perkara yang boleh dilakukan bila blog anda down…

ramai jugak nak sponsor topotato.com hohoho

ramai jugak nak sponsor topotato.com hohoho

Mar 22

hohoho sekadar post ringkas sahaja ye… hohoho jika kalian rajin baca blog ni pasti korang tau yang aku sekarang ni sedang  bertungkus lumus berusaha untuk dapatkan dana yang secukupnya untuk tukar server lain.. hohoho dan sekarang sinar usaha tu cam malap je sebab banyak contest yang wujud semuanya akan berakhir melampaui tarikh 1 April.. hohoo tapi apa yang menariknya ramai la plak yang nak support kempen RM65 tu dan jadi sponsor topotato.com ni.. ohohoho memang macam murah rezeki aku.. antara mereka yang ada bagi tau nak sponsor:

  • hydir – komen kat post cakap nak sporsor lagi RM60 hoho dan perlu letakkan iklan kbsoccernet di blog ni selama 60 hari.. hohoho
  • zariel – pon cakap nak sponsor RM65 dan perlu letakkan iklan sama macam hydir… hohooh ni banyak duit sebab rezeki baby baru la ni.. ohoho
  • syam – hohoho dia pon cakap nak bagi 1 Gig hosting free kat aku..
  • catzer – pon cakap nak sponsor hosting utk topotato.com hohoh maybe sebab dia dah kaya ramai yang masuk bengkel wordpress dia la tu.. hohooh
  • serverfreak – hohoho turut mengusulkan nak jadi sponsor untuk topotato.com jika aku meneruskan hosting bersama serverfreak.. hohoh dan seperti biasa meletakkan iklan dia di topotato.. dan turut mengusulkan nak pindahkan balik server aku ke server Malaysia…

hohoh terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi nak sponsor… aku masih lagi berfikir-fikir nak amek offer mana satu.. ohoho tapi kalau boleh aku nak guna hasil titik peluh sendiri dulu.. ohoho kala dah terdesak baru aku belasah je.. ada apa-apa respon? kata-kata semangat? hoho sila tinggalkan diruangan komen.. hohoh kalau nak tambah offer sponsorship pon ok jugak.. hehehhe

aktiviti topo bila server down…

aktiviti topo bila server down…

Sep 07

yeah..akhirnya gian aku nak menulis dalam blog ni terubat gak.. hohoho mintak maaf la banyak-banyak kepada korang yang cuba nak masuk blog topo ni semenjak rabu malam hari tu… hohoho server blog ni kene serangan DDoS la… apa tu DDoS??? rujuk sini…

sepanjang 4 hari blog ni down.. aku bosan giler dengan internet ni.. banyak aktiviti mengarut yang aku buat dengan internet ni..hohooh antara aktiviti yang aku buat sepanjang blog aku down…

update twitter…

hohoho aku rasa dah 2 bulan lebih dah aku tak update twitter tu.. cam bosan je…hohooh tapi bila blog aku down.. tiap2 hari aku update twitter.. nak inform pasal blog yang down ini dan mengadu bila la blog aku ni nak up…:-v hohoh kalau berminat nak follow topo kat twitter??? sila la…

belajar guna facebook…

hohoho dah agak lama aku buat akaun facebook ni.. tapi tak pernah update… hohoho so bila blog dah down… dan dah tak tau apa nak buat… tetiba plak aku teringat aku ade akaun facebook.. hohooh so aku pon mula la mengkaji macam mana nak guna facebook ni… tapi sebab blog ni dah up.. aku rasa facebook aku bakal bersawang kot..hohoho nak nak tolong topo belajar guna facebook??? sila la…

berpetualang kat binagara.com

hohohoh kepada yang masih tak tau apa itu binagara.com… “BiNaGara adalah permainan yang berasaskan teks yang boleh dimain oleh kesemua lapisan masyarakat … Mudah dipelajari dan amat menyeronokkan…” hohoho kiranya macam korang bina satu negara.. pastu majukan negara tu kaw2..pastu pi la serang negara orang lain untuk jadi yang terhebat..hohooh nak berpetualang dengan topo kat binagara.com??? sila la…

layan Upin dan Ipin..

hohoho aku memang suka cerita ni.. best gila.. so bila blog aku down.. aku pergi la melepak kat web upin & ipin ni.. hohoho kat sini ade full episod video. dari season satu dulu sampai la yang Upin & Ipin Setahun kemudian ni.. hohoho dulu ada high definition video.. hohoh best gile.. gambar terang gila… cam tengok kat tv je.. tapi sekarang da takde… ade versi youtube je kat situ.. hohoho nak layan Upin & Ipin dengan topo??? sila la…

bermain email.. dan menyemak kat shoutbox org lain…

hohoho seperti yang aku tulis awal-awal tadi.. gian aku tak dapat menulis kat blog ni.. so untuk melepaskan gian aku pon menghantar email kepada support serverfreak.. hohooh tanya khabar.. da makan ke blom..=)) hohoho dan tak sampai 10 minit je dia da balas dah.. hoohhoho tak cukup dengan itu.. aku pon pergi la menyemak kat shoutbox org lain utk melepaskan gian menulis.. hahahaha terima kasih la pada zariel, extremist thinker, blogmenjerit, menteil sebab tak halau aku masa aku menyemak kat shoutbox mereka…

p/s: adeh.. banyak la plak web yang down…semenjak 2 menjak ni… shoutmix pon down… :( (

apa itu serangan DDoS…

apa itu serangan DDoS…

Sep 04

hohoho seribu kemaafan dipinta kepada mereka yang cuba nak melayari topotato.com sejurus selepas berbuka puasa semalam…. hohoho serverfreak kena serangan DDoS la… tu yang blog ni down seketika… hohoh bukan blog ni je.. banyak lagi blog yang bernaung bawah serverfreak down… hohohoho nantikan je la post dari mereka… ok utk post kali ini aku nak memperkenalkan secara ringkas apa itu DDoS… diulangi sekali lagi… secara ringkas.. satu lagi pemberitahuan…banyak kandungan dalam post ni aku ambil dari pelbagai sumber…credit akan diberikan di penghujung post…

DoS dan DDoS

sebelum meperkenalkan apa itu DoS dan DDoS ingin dinyatakan di sini serangan DDoS bukanlah akibat dari virus tetapi ia merupakan satu cara bagi “Hackers” untuk mengelak atau menghalang pengguna yang sah dari mengakses ke computer atau server… DoS adalah singkatan kepada Denial of Service manakala DDoS adalah bermaksud Distributed Denial of Service..

kebiasaannya, pengguna hanya perlu menghantar pesanan kepada pelayan untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan, pelayan akan menghantar pengesahan kepada pengguna semula. Setelah itu barulah pengguna diberi laluan ke pelayan…

tapi bila serangan DoS berlaku, penyerang akan menghantar beberapa pesanan pengesahan kepada pelayan dengan alasan untuk memenuhi ruang pelayan tersebut. Kesemua pesanan akan mempunyai alamat yang palsu apabila cuba dikembalikan, jadi pelayan akan cuba mencari pengguna-pengguna ini terlebih dahulu apabila ia cuba mengembalikan pengesahan pesanan tadi. Seterusnya pelayan akan berhenti seketika sehingga memakan masa beberapa minit sebelum menutup sambungan tersebut. Setelah selesai menutup sambungan tersebut, penyerang akan menghantar lagi beberapa pesanan palsu sekali lagi dan proses akan bermula sekali lagi. Sekaligus akan mengikat perkhidmatan tersebut tanpa putus-putus. (Bushak, 18/10/2006)

secara analogi…

hohoho aku sangat yakin ayat-ayat kat atas tu memang susah nak difahami… agak sukar untuk buat terjemahan la… hohoho sebab itu aku mencari cara yang lebih mudah utk menerangkan pasal DDoS ni.. hohoho dan akhirnya aku terjumpa post oleh vandgardx dekat forum carigold.com… hohoho walaupun post tu dah lebih 2 tahun… tapi aku rasa boleh guna lagi.. hohoho kalau korang malas jugak nak fahamkan analogi ni.. aku dah tukarkan jadi piktograf.. hohooh… ok.. menurut analogi vangardx..

analogy dos attack

analogy dos attack

Ada la sorang awek ni nak takel Ahmad ni. Nama dia Siti. Oleh sebab syok sangat ngan Ahmad ni Siti pun call la Ahmad. Bila telefon ahmad bunyi jer Ahmad pun angkat telefon.. tapi Siti diam jer, malu2 kucing la pulak. pastu Siti letak.. dan dia ulang banyak2 kali sampai la Ahmad ni dah penat.. tenaga pun dah takde… asyik angkat telefon tapi takde orang cakap.. oleh sebab penat, Ahmad pun berehat nak ilangkan penat… Pada masa yang sama Siti tu terus menerus calling Ahmad tu isnin-Ahad, 24 jam, seribu kali sehari. Ntah macam mana kawan Ahmad nama nya Ali nak mintak Ahmad duit yang Ahmad hutang. so Ali pun call Ahmad… tapi yang peliknya tiap kali Ali call jer.. kuar suara awek cakap ” Line is busy, please try again later”… ceh kata Ali dalam hati… ni mesti tak nak bayar duit aku la ni…

+hehhe.. tu jer la yang aku paham… so kiranya Siti ni la yang buat DOS kat Ahmad… sampai member dia Ali tak dapat nak kutip duit… kalau dalam bahasa komputer Siti ni macam hacker la..

kalo untuk DDoS plak.. anggap la selain siti, Ahmad ada lebih ramai lagi peminat macam Aminah,Jenny,Suraya,Kalsum dan lain-lain… pastu mereka semua melakukan aktiviti yang sama seperti Siti lakukaan di atas.. hohooh maka terjadi la DDoS attack..

hohoho cukuplah post pasal DDoS ni.. aku rasa cukuplah untuk newbie macam aku ni tak ternganga mulut bila orang lain cerita pasal DDoS..hohoho kepada yang lebih arif… tolong la betulkan mana yang silap sesungguhnya aku masih lagi remaja belasan tahun yang baru belajar….:D

p/s: kalau korang nak lebih lagi.. tanya la en google sendiri.. hohoho aku da tak larat nak tanya da…

topotato.com down seketika tadi….

topotato.com down seketika tadi….

Aug 13

hohoho mungkin ada yang perasan.. semenjak jam 8 pm 12/08/08 blog ni tak dapat di layari… hohohoo kepada yang tak bernasib baik melayari blog ni masa dia sedang down.. apa perasaan anda?? kenapa la blog aku ni down… hohohoo hosting problem ke??? aku da tak sanggup hadapi masalah hosting yang tak boleh blah macam yang pernah aku kena dulu… hohohoho setelah aku check balik baru aku perasan… serverfreak (syarikat hosting aku sekarang ni) ada hantar email cakap mereka nak migrate server… so akan down lebih kurang 2 jam sejak pukul 8pm…hohohoho

tapi… jeng2..pukul 12.00 aku try bukak lagi sekali topotato.com… masih lagi server down.. hohoho aku dah mulai cemas… hohohoho aku pon pergi la melayari knizam.com sebab kami berkongsi dns yg sama kalau tak silap…. hohoho knizam pon down jugak…

aku buat sedikit survey… tanya pada sahabat handai yang terdekat… boleh masuk tak blog aku… abdus yg ada kat miri kata boleh… humbleandmodest yg ada kt UTM skudai pon kata boleh… hohoh aku je ke yang tak boleh???so aku pon hantar la email pada support serverfreak…dan jawapannya???

jawapannya??? tak sampai 10 minit kira-kira jam 12.47 am tiba-tiba aku dapat panggilan telefon… blur aku ada dengar suara yg memang aku tak kenal langsung… hohoho pelat cina suara tu agak pekat… mula-mula aku ingatkan salah nombor.. aku letak la… pastu dia call balik… hohoho rupanya orang yang call aku tu Sam.. org dari serverfreak.. hohoho tekejut aku.. serverfreak call aku pg2 buta tanya pasal blog aku yang down ni…

dan sejurus selepas itu aku dapat melihat kembali topotato.com di alam maya ini… hohoho customer service serverfreak memang hebat… itu la faktor utama aku pilih serverfreak lepas aku mengalami bencana hosting tak lama dulu… hohoho lama aku buat survey + eksperimen untuk cari hosting yang best.. dan terbukti serverfreak memang hosting yang best.. tak percaya cubalah sendiri…

kepada yang masih lagi mencari hosting yang terbaik dan best.. topotato.com merekomen sepenuhnya serverfreak…hohoho ok thanks Sam… thanks serverfreak… topotato.com kembali bernyawa..

Page 1 of 212
Sertai contest lembu cisdel dan menang wang tunai