hari bapa…

hari bapa…

May 28

Tarikh Hari Bapa 2011

KLIK SINI untuk tarikh hari bapa 2009

rasanya masih terlalu awal untuk tulis pasal hari bapa… tapi setiap hari ramai yang datang ke blog ni dengan keyword hari bapa… jadi untuk tidak menghampakan kalian.. akan ku tulis beberapa perkara tentang hari bapa..hohoho

ok sebelum aku melalut jauh.. tarikh hari bapa… sama macam hari ibu.. tarikhnya berubah setiap tahun dan berlainan bagi setiap negara… mungkin bagi mereka yang menganggap hari bapa patut disambut setiap hari tarikh ni tak penting.. tapi bagi aku tarikh ni sangat penting..

ok tarikh hari bapa bagi setiap negara…bagi tahun 2008 dan tahun2 lain…sila lah buat kira-kira sendiri..

15 June 2008- bersamaan Ahad ketiga dalam bulan Jun bagi negara-negara berikut: Malaysia,Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

5 Disember 2008 - tarikh yang tetap.. bagi Thailand

7 September 2008 – Ahad pertama dalam bulan September bagi negara Australia dan New Zealand

20 Julai 2008 – Ahad ketiga bulan Julai bagi negara Uruguay

19 Mac 2008 – tarikh yang tetap bagi negara Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol

untuk lebih info tentang tarikh.. sila lawati Pn Wiki…ok oleh sebab masih lama lagi sebelum kita akan menyambut hari bapa iaitu pada 15 Jun.. aku nak kongsikan beberapa barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah hari bapa.. so sempat lagi la korang nak kumpulkan duit…

tie hari bapaTie Hari Bapa.. aku rasa kat Malaysia benda ni agak kurang popular.. hadiah sebegini lebig popular di negara-negara barat seperti US.. dimana kalau hari bapa je anak-anak mereka akan bagi tie kt ayah mereka… tulis macam2 ucapan…kat Malaysia rasanya agak jarang kan? tak tau la kalau aku je yang tak tau….tapi rasanya tak salah kalau kita pun bagi ayah kita tie pada hari bapa nanti.. sebagai satu simbol penghargaan…harga dia takde lah melampau sangat… tapi hadiah sebegini memang tak sesuai untuk ayah aku sebab die memang tak pakai tie…aku pun sebenarnya tak suka pakai tie.. rimas aku.. hohoho like father like son hohoho ..gambar diambil dari sini..cartoonstock.com

potret gambar ayah…hohoho bernas gak idea ni… sekarang ni pun ramai yang membuat potret secara online.. contohnya macam di Idham Xpression harga pon agak murah.. ada dalam lebih 2 minggu lagi sebelum hari bapa.. sempat rasanya..nak siapkan benda tu.. tapi kalau nak versi yang lebih funky.. atau nak buat karikatur gambah ayah.. p la tanya kat kartunis ubi… hohohoho dia ada buat perkhidmatan karikatur secara online…

kad hari bapa…hohoho benda yang paling common sekali… amat sesuai bagi mereka mereka yang berada di perantauan… walaupun pun harganya tak seberapa.. tapi yang penting keikhlasan.. atau mungkin korang boleh try pergi ke enveluv.com.. dia menawarkan kad secara percuma.. termasuk penghantarannya sekali… segalanya percuma..dan sempena hari bapa ni enveluv ada menawarkan kad istimewa father’s day – superhero khas untuk bapa2…

dan akhir sekali… hadiah khas untuk anak2 yang bapa mereka merupakan seorg blogger.. hohohoh apa kata korang sponsor domain ngan hosting bapak korg.. hohoho tu boleh jadi hadiah untuk tiap-tiap tahun… hohoho tak payah pening-pening kepala fikir nak beli ape untuk hari bapa.. hohoho so kepada Luqman.. nanti da besar sikit nanti hari bapa ke hari jadi ke.. hari pekerja ke.. bayarkan domain ngan hosting ayah kamu ye.. hohohoho:D

ok.. idea yang last tu memang tak berapa betul sket.. tapi tak salahkan:>ramai ape blogger dikalangan bapa..hohoho ade beberapa minggu sebelum hari bapa..mungkin aku akan update lagi kalau terfikirkan benda yang lebih menarik.. mungkin la…

Page 3 of 3123