iklan deepavali petronas 2008 – appa I want an aeroplane..

iklan deepavali petronas 2008 – appa I want an aeroplane..

Oct 22

ok ni post ringkas sahaja untuk kali ini.. iklan deepavali petronas sempena sambutan depavali yang dijangka pada tarikh 27 Oktober 2008  tak lama lagi.. hohoho lama gila ads ni.. tapi agak menarik gak la.. mula-mula aku tengok aku dah boleh agak dah ni satu lagi petronas punya video tv commercial (tvc).. hohooh so enjoy la ye.. dan selamat hari depavali kepada mereka yang beragama hindu..

p/s: aku kekurangan info tentang iklan ini.. hoho aku tak sempat nak cari info la.. jadi kepada sesiaoa yang ada info berkenaan petronas tvc ni.. sila lakongsikan bersama ye.. siapa pengarah,pelakon, kisah suka duka ke.. hohoho

yeah!! esok tak jadi raya..

yeah!! esok tak jadi raya..

Sep 30

setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, tarikh permulaan puasa bagi tahun ini, 1429H jatuh pada hari Rabu bersamaan 1 Oktober 2008.. yeah esok tak jadi raya… hohoho banyak lagi benda yang tak siap lagi.. hohoh rumah tak kemas lagi.. langsir tak tukar lagi.. hohoh memang takkan tukar pon.. pernah ke nampak anak bulan Syawal kat Malaysia ni.. aku rasa selama aku kenal dengan Ramadhan dan Syawal.. tak pernah pulak nampak anak bulan syawal kat Malaysia ni..hoho tak tau la kalau sebelum kelahiran aku anak bulan kelihatan..

ok dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca, pengomen,dan juga penjerit tegar blog ni contohnya jejaka tampan,gadis cun dan tak lupa awek cun,awek dahaga,awek comel, anak sedara topo, Mrs topotato, guest,ili_balqis.. dan sesiapa lagi yang rajin menyepam kotak jerit aku ini…

selain itu aku juga nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan bloggers tak kira di mana kamu berada.. samada di Sudan,di New Zealand, balik kampung di Jasin,di Tawau,di UTeM.. dan di mana-mana sahaja la.. dan tak lupa juga yang tak dapat balik raya di kampung Paloh.. hohoh seribu kemaafan dipinta..

dan sebagai tanda penghargaan.. topo ade menyediakan kad raya.. hoho tapi bukan aku buat kad raya ni.. aku amek dari blogger cun mana ntah.. hohoh kalau aku letak gambar aku kat kad raya tu memang confirm la korang semua tak boleh beraya.. hohoohoh so aku gantikan dengan kad raya ni jela ye.. hohoho kepada tuan punya kad raya ni.. jangan mintak duit raya mahupun duit royalti dari aku ye.. hohooho

semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….

semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….

Aug 21

sekarang dekat dunia blog ni asik post pasal merdeka je… termasuk la aku sendiri… da 2-3 post da aku buat pasal kemerdekaan.. dalam kesibukan kita nak sambut merdeka ni mungkin ada yang terlupa perkara penting yang bakal berlaku selang 1 atau 2 hari dari tarikh 31 Ogos… sebenarnya aku pon da agak terlupa dengan perkara tu sampai la aku baca satu comment kat post jom nyayi lagu Merdeka… aku rasa komen tu sangat berguna dan aku nak kongsikan….komen tersebut adalah seperti berikut…

Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)

Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!

seriously aku hampir terlupa kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi… teruk betol!!! satu pesanan dari topotato.com… merdeka tu merdeka jugak… tapi jangan la sambut lebih2 ye… berpesta pora sampai ke pagi… akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN….

jom nyanyi lagu merdeka…

jom nyanyi lagu merdeka…

Aug 16

ok tahun ni dah masuk tahun ke 51 Malaysia merdeka.. hohohoho sekejap je kan… untuk post kali ni aku nak kongsikan beberapa fakta tentang sambutan kemerdekaan yang ke 51 ni… ok pada tahun ni tema sambutan kemerdekaan adalah Perpaduan Teras Kejayaan… logo sambutan kemerdekaan yang digunakan pada tahun ni direka oleh saudara Anuar Dan…

logo sambutan kemerdekaan yg ke 51

logo sambutan kemerdekaan yg ke 51

penting ke ingat hari jadi orang lain???

penting ke ingat hari jadi orang lain???

Jul 23

entry ni diwujudkan sempena ramai bdak kelas aku yang menyambut hari lahir dalam bulan Julai ni..hohoho selamat hari jadi la ye… sorry takde hadiah.. sem ni aku kering..:d.. memang menjadi kebiasaan aku untuk ingat hari jadi rakan-rakan aku terutamanya classmates aku dan terutamanya gadis-gadis yg cun-cun..hohoho walaupun aku memang tak pernah bagi hadiah birthday tapi at least aku ingat + wish birthday diorang… so kali ni aku nak tanya pendapat korang.. penting ke kita nak ingat birthday org lain ni??? apa untungnya kita ingat birthday orang lain#-o

seperti yang aku tulis kat atas tadi… aku memang ingat birthday budak kelas aku… mungkin tak semua la.. sebab ade yang terlalu menyorokkan birthday dan usia mereka… hohoho tapi kalau aku tau memang aku akan ucap selamat hari jadi kat mereka.. kenapa aku ingat birthday diorang??? hohoh sebab aku rasa itu la hari istimewa yang setiap orang ada.. tak salah kalau kita ingat dan ucapkan selamat hari jadi.. demi untuk menunjukkan kita ingat kat diorang.. aku rasa dengan mengucapkan selamat hari jadi.. mungkin mereka akan terasa lebih dihargai.. tak tau la kalau depan aku je diorang senyum bila aku wish.. tapi dalam hati maki aku berbakul-bakul… hohoho yang belakang cerita.. aku pedulik apa..dan aku rasa takkan ada orang yang marah bila aku wish birthday… ada ke yang marah bila kita wish birthday die??? hohoho kalau ada mungkin mereka ni golongan tak sanggup terima kenyataan mereka dah semakin tua =))

aku wish birthday tapi aku tak pernah bagi hadiah birthday kat orang.. jap2.. ade sorang tu terlepas… aku bagi gak hadiah hari jadi sebab aku dah terberjanji dengan dia…hohoh so terpaksa la aku tunaikan.. kalau tak nanti berdosa…hohohoho.. kenapa aku tak bagi hadiah hari jadi??? sebab utama bukan la kerana krisis kewangan yang aku hadapi.. hohoho bkannya krisi sangat pon kewangan aku…hohoho.. aku tak bagi hadiah sebab nak berlaku adil la pada semua rakan-rakan..ye la katakan aku bagi sorang tu hadiah.. nanti rakan lain kecil hati plak kalau aku terlupa nak bagi hadiah.. so untuk menjadi adil…tak mengecilkan hati rakan-rakan.. tak nak menimbulkan cemburu.. aku pon memilih untuk tak bagi hadiah hari jadi pada sesiapa…hohohoo jadi kepada rakan-rakanku… jangan la mintak kat aku hadiah hari jadi ye.. kata la satu hari nanti aku ada rezeki lebih semua orang aku bagi hadiah..ohohoho

dan akhir kata.. di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari jadi kepada rakan-rakan aku yang sambut birthday pada bulan Julai ni… aku tak pasti samada nak tulis nama diorang ke tak..hohoho belum dapat izin lagi.. hohoho dan selain tu pada sesiapa lagi yang akan menyambut birthday dalam bulan Julai ni.. selamat hari jadi la ye.. jap aku rasa birthday titan 28 Julai ni.. tapi aku tak berapa pasti la.. kalau betul selamat hari jadi diucapkan..hohohoho

p/s:hohohoho dah lama rasanya aku tak buat entry yang tajuknya takde nama topo…

bila hari bloggers pulak ye???

bila hari bloggers pulak ye???

Jun 17

Malaysia memang kaya dengan sambutan hari-hari yang pelbagai… baru 2 hari lepas hari bapa,sebelum tu hari guru,hari ibu,hari pekerja,hari wanita,hari jururawat,hari memperingati P Ramlee… segala jenis hari la…tapi rasa-rasanya bila hari bloggers ye?? nak juga rasa ada sambutan khas… nak sambut hari bapa.. blom ada anak lagi… nak sambut hari pekerja.. aku ni penganggur yang berjaya.. nak sambut hari kanak-kanak rasanya dah tak layak dah… dan yang paling pasti.. sudah tentulah aku tak boleh sambut hari ibu mahupun hari wanita..

sekarang dah ramai rakyat Malaysia jadi blogger..bukan sahaja yang celik komputer dan golongan remaja.. pakcik-pakcik dan makcik-makcik pon ramai dah jadi blogger… menteri,ahli politik,bekas menteri, wartawan, artis, pengaggur, engineer,doktor semua dah jadi blogger dah.. rasanya dah cukup syarat dah nak buat sambutan secara besar-besaran di peringkat kebangsaan.. hohoho bukan sekadar lepak-lepak kat kedai mamak atau pergi buat havoc kat mana-mana shopping complex… boleh la rancang banyak aktiviti berguna.. nanti takde la orang asyik cakap blogger ni tak menyumbang apa-apa pon pada negara..

adeh… macam serius sangat la plak entry ni… sebenarnya nak tanya je bila hari bloggers.. atau memang belum diwujudkan lagi #-o.. kalau belum wujud rasa-rasanya bila la sambutan tu ye?

  • mungkinkah pada bulan Januari sempena memperingati kewujudan Links.net, blog pertama dunia ciptaan Justin Hall pada Januari 1994
  • atau bulan Disember sempena terciptanya perkataan weblog oleh Jorn Barger pada Disember 1997
  • atau mungkin juga pada bulan April sempena wujudnya perkataan blog hasil singkatan weblog oleh Peter Merholz pada April 1999
  • boleh jugak disambut dalam bulan Ogos sempena Pyra mewujudkan Blogger….blogging tool yang paling popular pada ogos 1999 tapi lepas tu Google beli pada Februari 2003
  • atau boleh juga disambut dalam bulan April sebab mengenangkan sempena RTM buat segmen khas bersama blogger bermula 20 April 2008…

banyaknya kemungkinan bulan sambutan…patut la takde lagi tarikh hari bloggers.. atau aku yang tak tau.. hohohoho

p/s: semenjak dua menjak ni aku banyak buat post yang berkaitan dengan tarikh.. tapi pada hakikatnya.. aku bukan suka sangat dengan subjek sejarah… hohohoh

Page 2 of 3123