selamat hari guru dari topo…

May 7th, 2009 44 Comments   Posted in Life

seperti yang sedia maklum.. bulan Mei ni merupakan bulan yag meriah dengan pelbagai jenis sambutan.. walaupun hari ibu masih belum disambut lagi.. tapi topotato.com nak menjadi lebih kehadapan dengan memberi ucapan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia yang bakal disambut pada tarikh 16 Mei 2009 terutamanya guru-guru yag turut bergelar blogger.. hohoho kepada cikgu Azie,cik cikgu wiween, kak riani, tice su, cikgu ain, cikgu sarah Selamat Hari Guru diucapkan… semoga terus tabah mendidik anak bagsa menjadi manusia yang berguna.. hohohoho terimalah link dofollow dari topotato.com yang kini jumlah hitsnya mencecah 600-700 hits setiap hari.. :D. jika terdapat lagi guru-guru yang bergelar blogger sila la nyatakan link mereka di bahagian komen.. akan diupdate nanti.. teruskan membaca untuk mendapat lebih banyak info berkenaan Hari Guru…

Read the rest of this entry »

tarikh hari ibu 2009…

April 24th, 2009 21 Comments   Posted in Reviews

hohoho pada mulanya aku ingatkan nak tulis post ni bila menjelang bulan Mei nanti.. tapi apakan daya.. hohoho saban hari cik google yang cun dan mengiurkan selalu membawa pelawat yang sibuk mencari pasal tarikh hari ibu 2009.. hoho memang terbukti orang Malaysia ni sangat sayang akan ibu mereka..hoho Melayu Boleh (xde kaitan..) jadi tanpa berlengah lagi topotato.com mempersembahkan tarikh hari ibu bagi tahun 2009 bukan sahaja bagi negara Malaysia malahan egara-negara lain yang tidak sama waktu dengannya.. hhoohoh

Read the rest of this entry »

iklan deepavali petronas 2008 – appa I want an aeroplane..

October 22nd, 2008 18 Comments   Posted in Reviews

ok ni post ringkas sahaja untuk kali ini.. iklan deepavali petronas sempena sambutan depavali yang dijangka pada tarikh 27 Oktober 2008  tak lama lagi.. hohoho lama gila ads ni.. tapi agak menarik gak la.. mula-mula aku tengok aku dah boleh agak dah ni satu lagi petronas punya video tv commercial (tvc).. hohooh so enjoy la ye.. dan selamat hari depavali kepada mereka yang beragama hindu..

p/s: aku kekurangan info tentang iklan ini.. hoho aku tak sempat nak cari info la.. jadi kepada sesiaoa yang ada info berkenaan petronas tvc ni.. sila lakongsikan bersama ye.. siapa pengarah,pelakon, kisah suka duka ke.. hohoho

yeah!! esok tak jadi raya..

September 30th, 2008 11 Comments   Posted in Life

setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, tarikh permulaan puasa bagi tahun ini, 1429H jatuh pada hari Rabu bersamaan 1 Oktober 2008.. yeah esok tak jadi raya… hohoho banyak lagi benda yang tak siap lagi.. hohoh rumah tak kemas lagi.. langsir tak tukar lagi.. hohoh memang takkan tukar pon.. pernah ke nampak anak bulan Syawal kat Malaysia ni.. aku rasa selama aku kenal dengan Ramadhan dan Syawal.. tak pernah pulak nampak anak bulan syawal kat Malaysia ni..hoho tak tau la kalau sebelum kelahiran aku anak bulan kelihatan..

ok dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca, pengomen,dan juga penjerit tegar blog ni contohnya jejaka tampan,gadis cun dan tak lupa awek cun,awek dahaga,awek comel, anak sedara topo, Mrs topotato, guest,ili_balqis.. dan sesiapa lagi yang rajin menyepam kotak jerit aku ini…

selain itu aku juga nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan bloggers tak kira di mana kamu berada.. samada di Sudan,di New Zealand, balik kampung di Jasin,di Tawau,di UTeM.. dan di mana-mana sahaja la.. dan tak lupa juga yang tak dapat balik raya di kampung Paloh.. hohoh seribu kemaafan dipinta..

dan sebagai tanda penghargaan.. topo ade menyediakan kad raya.. hoho tapi bukan aku buat kad raya ni.. aku amek dari blogger cun mana ntah.. hohoh kalau aku letak gambar aku kat kad raya tu memang confirm la korang semua tak boleh beraya.. hohoohoh so aku gantikan dengan kad raya ni jela ye.. hohoho kepada tuan punya kad raya ni.. jangan mintak duit raya mahupun duit royalti dari aku ye.. hohooho Read the rest of this entry »

semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….

August 21st, 2008 8 Comments   Posted in Life

sekarang dekat dunia blog ni asik post pasal merdeka je… termasuk la aku sendiri… da 2-3 post da aku buat pasal kemerdekaan.. dalam kesibukan kita nak sambut merdeka ni mungkin ada yang terlupa perkara penting yang bakal berlaku selang 1 atau 2 hari dari tarikh 31 Ogos… sebenarnya aku pon da agak terlupa dengan perkara tu sampai la aku baca satu comment kat post jom nyayi lagu Merdeka… aku rasa komen tu sangat berguna dan aku nak kongsikan….komen tersebut adalah seperti berikut…

Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)

Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!

seriously aku hampir terlupa kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi… teruk betol!!! satu pesanan dari topotato.com… merdeka tu merdeka jugak… tapi jangan la sambut lebih2 ye… berpesta pora sampai ke pagi… akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN….