pembaca atau pelawat…siapa yg topo suka??
Jul 20sebelum mengarut panjang izinkan aku definisikan pelawat dengan pembaca menurut pandangan seorang topo…pembaca adalah mereka yang membaca setiap inchi kandungan dalam blog anda tak kira la samada post itu menarik atau sekadar entry carca marba (macam yg selalu aku tulis…) dan kadang-kala memberi komen di entry berkenaan.. manakala… pelawat pula adalah mereka yang datang melawat ke blog anda..duduk seketika.. dan kemudian balik semula ke tempat asal mereka…sebab tuan rumah tak hidangkan teh… topo,Julai 2008,http://topotato.com hohoho mari belajar membuat citation… kalau ada pendapat lain sila la nyatakan dibawah ye…
ada ke pelawat yang bukan seorang pembaca??
jawapannya sudah tentu lah ada.. hohoho golongan ni datang melawat blog anda dan kemudian menjerit-jerit di shoutbox dengan tujuan menunjukkan bahawa mereka pernah datang ke mari .. dan mengharapkan lawatan balas… hohohoo ade jugak yang datang ke blog semata-mata untuk membuat promosi barang yang diniagakan atau nak bagi tau seluruh dunia mereka ada post baru… sila la datang melawat.. hohoho iklan-iklan sebegini memang tak kan bertahan lama dalam shoutbox ku..hohoho akan ku delete serta merta.. melainkan kalau orang tu memang merupakan pelawat tetap blog ni…
ada ke pembaca yang bukan pelawat??
hohoho mestilah ada.. banyak cara orang lain boleh baca apa yang kita tulis tanpa perlu melawat ke blog kita..hohoho terima kasih kepada teknologi yang dipanggil feed reader… kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk melawat semua blog rakan-rakan yang ada untuk mencari entry-entry terbaru… untuk memudahkan subscribe je feed blog berkenaan.. entry-entry baru akan datang kepada kita…hohoho jimat masa… selain daripada membaca menggunakan feed reader, ada satu lagi cara macam mana orang lain boleh baca apa yang kita tulis tanpa perlu melawat ke blog kita… caranya adalah dengan membaca entry yang telah disalin daripada blog kita di mana-mana blog lain…hohoho wujudlah pembaca yang bukan pelawat… aku tak nak cakap bagus atau tak perbuatan ni… pandai-pandai sendiri la… ada yang cakap perbuatan ni terkutuk…hohoho ye la plagiarism tapi ade jugak yang buat citation di awal atau di penghujung entry tu.. macam ” entry ini dipetik dari http://blablabla.com” sebab tu la aku tak nak komen betul atau salah benda tu.. kalau korang ada komen sila la nyatakan kat bawah ye…
pembaca atau pelawat.. mana satu yang topo suka???
sebenarnya aku tak kisah samada pembaca ataupun pelawat… tapi kalau dua-dua lagi bagus… aku tak kisah ada pelawat yang tak baca langsung blog ni..sebab mungkin tak sesuai dengan jiwa raga mereka..ye la blog ni penuh dengan entry yang mengarut je hohoho..cukup lah sekadar bertanya khabar kat shoutbox tu aje.. sebab tu la aku letak shoutbox tu tinggi-tinggi.. senang untuk mereka..:D aku lagi la tak kisah sekiranya pembaca tu tak melawat langsung blog aku ni.. cukup lah sekadar baca melalui feed reader je… sebab tu la aku menyediakan feed penuh khas untuk golongan yang sebegini…hohoho dan sebab itulah aku meminta saudara zaki mengajar aku macam mana nak optimize penggunaan feed.. hohohoho baca entry tersebut di blogjer.com… tapi aku rasa la.. kebiasaannya rakan-rakan yang baca melalui feed reader akan melawat jugak blog ni..hohoho terima kasih kerana jadi pelawat dan pembaca
…so kepada mereka yang belum subscribe lagi feed blog ni.. sila la subscribe ye.. kalau nak entry-entry baru dihantar terus ke email pon boleh…klik aje di sini
:D:D
topo ni pembaca ke pelawat???
hohoho soalan cepu emas yang diajukan kepada diri sendiri…terus terang aku cakap… aku ni seorang pelawat dan pembaca… hoho tapi lebih kepada pelawat….mula-mula aku akan melawat dulu secara rambang mana-mana blog yang aku jumpa.. hohoo kalau kandungan dalam blog tu menarik minat aku.. akan ku ingat url blog tu sampai bila-bila..dan akan melawat lagi bila ada kesempatan… hohoh kalau url dia panjang sangat aku akan subscribe guna google reader… hohoh tapi kekurangan die.. aku tak akan melawat tiap-tiap hari la blog tersebut.. hohoho bila ade entry baru je aku datang…hohoho jadi korang ni pelawat ke pembaca??
p/s: entry kali ni banyak mempraktikkan apa yang aku belajar dalam kelas tech comm masa semester lepas
)
kenapa topo menulis blog..
May 26ramai yang tanya aku.. kenapa aku tulis blog.. apa ada kat blog aku..ade untung ke tulis blog ni… mula-mula bosan gak aku nak menjawab…. nanti lama-lama diorang faham la kot… hohoho ye la blog dah jadi fenomena baru yang menggemparkan dunia.. hohoho mana tak nye.. samy vellu pon nak menulis blog.. hohoho betapa hebatnya penangan blog…jadi kenapa topo menulis blog ye…
ok secara jujurnya… masa mula-mula aku nak menulis blog dulu adalah kerana adsense… aku kenal adsense dulu baru aku kenal blog… tapi makin lama aku semakin bosan dengan adsense tapi minat aku terhadap penulisan blog makin bertambah.. sekarang ni aku memang dah tak mengharapkan apa-apa dari adsense dan teruskan menulis blog aku…
aku menulis blog adalah kerana aku dah mula bosan dengan internet…sejak aku mula kenal internet pada tahun 2001 dah banyak web da aku join… mostly web-web yang mengarut.. contohnya neopets,circles99,friendster dan apa ntah lagi… tapi benda tu semua mendatangkan keseronokan sekejap je… bosan gila… dan aku cuba carik benda baru plak…so aku pon menulis la blog.. hohoho
aku menulis blog adalah kerana aku nak belajar dan cuba benda yang baru… masa aku semangat dengan circles99 dulu.. aku belajar html… adelah sket2 ilmu… masa bersama frenster aku kenal css.. walaupun tahu basic yang terlampau basic je…dan dengan blog aku belajar lebih banyak lagi perkara baru yang lebih menarik…
aku menulis blog sebab dari dulu lagi aku teringin nak ada domain sendiri… tapi aku tak tahu apa yang aku nak letak dekat domain aku.. hohoho aku mula melupakan cita-cita tu… tapi.. hohoho setelah mengenal blog ia memberi sinar baru pada cita-cita aku nak ada domain sendiri… sebab aku jumpa banyak blog yang mempunyai domain sendiri..dan sebab itu lah topotato.com wujud..
>-
aku menulis blog adalah sebab kerana…kononnya nak mempromosi diri di internet… hohoho menurut ketua jabatan course aku.. adalah satu kerugian bagi pelajar course aku untuk tidak mempromosi diri mereka di internet.. hohoho ntah la aku pon xtau.. tapi aku rasa ada kebenaran gak la… course aku adalah computer science… interactive media plak tu.. hoho aku rasa dengan membina blog @ web aku boleh tunjukkan hasil kerja dan dapatkan pengalaman.. hohoho sebab ada ramai senior2 aku yang grad kerja dalam bidang ni.. ermmm ntah la.. ye kot..
dan akhir sekali… semua orang ada blog… menteri,penyanyi,pelakon,engineer,cikgu,lecturer,penulis buku… sume ade blog.. hohooh nak gak ada blog.. hohoho jadi kamu pulak… kenapa kamu menulis blog??? dan kamu yang lagi sorang tu… kenapa kamu tak menulis blog… hohoho
saya nak daftar course blogging la…
May 13ok satu berita yang menarik minat aku…UiTM sedia tawar kursus penulisan blog..
SHAH ALAM 12 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
”Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.
“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.
lagi berita di Utusan Malaysia Online. atau versi bahasa Inggeris di the News Straits Times Online
selepas satu slot khas tentang blogger di warta perdana… sekarang ni ada satu jurusan blog pulak :-B… pergh… ade course khas tu untuk jadi blogger… lepas ni blogger2 yang tgah blur nak masuk course ape lpas da aabis skolah bleh la apply ye.. nanti boleh la tampal dekat page about me… “saya **** merupakan blogger lepasan UiTM dalam Jurusan BLog…..segala ilmu yang telah saya pelajari akan saya manfaatkan untuk kemajuan blogger masa depan
>- “hohoho cam best la plak…
tapi ape silibus yang akan ade nanti ek.. subjek2 yang ditawarkan:-? disini aku listkan subjek yang mungkin ada..hohoho ni hanyalah andaian topo sahaja…. dan rasanya memang xkan ade subjek seumpama ni… melainkan kalo topo bkak U sendiri
- mengenali blog (pergh satu sem belajar ape tu blog je… sure memang muntah la bdak2 ni kenal blog..)
- mengenali blogger-blogger tanah air (satu subjek dimana blogger-blogger tanaj air diperkenalkan pada para pelajar… mari mengenali Tun Dr Mahathir, kenny sia.. mohd ismail.. emptyspace..titan..dan lain2..memang pengsan la kalo nak kena semua kenal 500000 blog dekat Malaysia ni….
- cara mempromosi blog (hohohoho subjek yang menarik… xpayah beli buku rujukan.. ramai blogger dah tolong kasik tips.. konfirm bleh A
- mendapatkan sponsor untuk blog..(ni cam nak apply ptptn @ nak mtak scholar la ni… hohoho)
dan lain-lain lagi… sape nak tambah subjek sila lah tambah sendiri… hohohooh dan untuk projek semester akhir.. sila buat blog yang mendapat at least 100 hits setiap hari… hohohooh
p/s: catzer… ko tgah carik keje kan??? pe kate ko apply jadi lecturer UiTM ajar course blog ni.. hohohoho
saya dah jumpa hosting yang best…
Apr 23post ini bertujuan untuk mengucapkan terima kasih dan jutaan perhargaan kepada mereka yang telah memberi diriku pedoman untuk memilih hosting yang best.. berkat nasihat kalian semua… blog baru ku kini mampu berdiri megah di alam maya yang penuh pancaroba ini.. hohoho tapi blog tu masih belom rasmi lagi… aku xde masa lagi nak setting blog tu…
selain tu aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara zaki blogjer.. sebab menawarkan untuk bg pinjam hosting die selama 6 bulan dalam usaha aku sedang mencari hosting yang best.. tapi memang bkan rezeki aku la… sebab tawaran tu dibuat selepas 2 jam aku membeli hosting baru.. hohoho xpe2 terima kasih atas tawaran berkenaan…
selain tu.. aku pon dapat satu lagi tawaran… service pemasangan blog secara percuma.. sebab menjadi insan-insan terpilih.. hohoho how lucky I’m.. tapi ak rasa aku xmemerlukan benda ni sebab aku nak explore sendri macam mana nak buat.. tapi yang bestnya hadiah ni boleh boleh dipindah milik.. so kepada sesiapa yang berhajat nak buat blog tapi xtau camne… dan berminat dgan service ni.. contact la aku.. akan ku pindah milikkan tawaran itu kepada anda… tapi sekiranya aku punya tu dah jadi milik org lain.. tapi ade yang masih berminat… hohoho kalian boleh membeli perkhidmatan tersebut dgan harga yang amat berpatutan.. lawati www.starstreet.us..hohooho iklan xberbayar…
tak lupa juga kepada tokey fwenz.info…saudara emptyspace sebab telah banyak membantu aku dengan menjawab pelbagai persoalan walaupun dia sangat sibuk… hohoho lepas abis exam ni.. lagi bertalu-talu la aku ajukan soalan yang pelbagai… diharap anda bersedia ye… hohohooh
hohoho blogger2 Malaysia ni memang baik hati dan suka membantu… hohoho ok2 siapa yang berminat nak sponsor custom theme plak untuk topotato.com sila angkat tangan /:)hohohoohoho…satu lagi… aku ingat aku je yang mencari pedoman nak beli hosting.. rupanya ade gak blogger lain yang tengah mencari pedoman membeli hosting… so guys sila lah serbu blog bob & razifali dan bantu lah mereka mencari pedoman… hohohoho adios dan wish me luck for final exam…
iklan di blog topo..
Apr 20ni mungkin post terakhir sebelom aku bertapa untuk jawab exam….aku nak mangga laptop ni..hohohoho shutdown day versi topotato.com!!! edited at 11pm: adoi… apsal tetiba ade ads nuffnang yang masuk ni…aku nak mangga laptop ni..
sebenarnya aku takde la berminat sangat nak monetized blog ni.. traffic pon xseberapa… tapi kalo korang perasan tetiba ada banyak la plak ads kat blog ni…. ade nuffnang.. ade adsense dan ade ads blogger macho.. syamsulariff.com.. mana datang la ads tu sume… ok akan ku caertakan sejarah dan sebab wujudnya ads tu sume…
- Nuffnang: awalnya dulu aku just guna advertlets je.. tapi lepas peristiwa die lupa nak renew domain + ade yang merungut kata advertlets x bayar.. aku terus campak jauh2 advertlets dan menjadi gliteratti nuffnang yang setia… bestnya jadi gliteratti ni aku boleh login kat innit.. benda yang seakan blogtitude… banyak gak la traffic yg aku dapat dari innit ni.. tapi semenjak 2 menjak ni macam da xde iklan je yg nk masuk blog ni..edited on at 11pm: apsal la ade ads yg msuk masae2 camni.. hoho ak rase mmg sket je la hits mgu ni…
- ads dari syamsulariff.com ni semua bermula sebab die baru dapat duit dan mengeluarkan budget utk mempromosikan blog die.. aku pon xtau camne la die boleh berminat nak advertise kt sini… tapikan kau rasa cam x efisyen je projek advertising dia ni.. sbab kalo dulu bila aku usya blog die je .. sure ade 30-40 org yg online skali.. tp sekarang tinggal belasan org je… sori la byk2 syam.
- dan ads yg terbaru sekali adalah google adsense: sebenarnya, masa aku mula2 buat blog kat blogger.com dulu.. perkara pertama yang aku buat adalah mendaftar diri utuk adsense.. dan syukurnya dengan sekali cubaan je aku berjaya mendaftarkan diri.. tapi disebabkan asik keluar khidnat masyarakat aku pon mencampak iklan google adsense tu jauh2.. tapi baru2 ni aku dapat tau yang google adsense dah support keywords bm dengan jayanya.. aku pon try la… xsalahkan mencuba.. hohoho nanti kalo x best.. buang la balik..
aku rasa setakat ni cukuplah sekadar ini je ads yang ade kat blog ni.. maybe lpas dah pindah nanti aku pelbagaikan lagi kot ads2 yang best.. tengok je la camne nanti…
p/s: soalan:
- ada ape dengan topotato.com???
- betol ke fahmishah nak jual tebaboom.org??
p/s: jawapan:
- for sure kat sini x ada kentang!!!dan dihostkan bawah hosting yg lebih reliable hohoho
- ntah aku pon xtau… nak kate die buat april fool.. ni da dkat bulan mei da ni.. lagi pon kita xbleh sambut april fool….tgu je la nanti..
ubah gaya hidup…
Mar 21adoi…. carry mark sumer sem ni sume dah keluar…hancor gila sem ni.. bkan kata nak dapat dean list.. nak dapat 3 pointer pon macam susah je..sekarg ni harapan aku pada final exam je… tapi U aku x macam U biasa… carry marks pakai 70%… final exam just 30% je… sekarang ni harapan aku untuk cover pointer hanyalah terltak pada subjek data comm… tu je yg cam boleh pakai skit.. lain semua hancur…kenapa sem ni aku teruk sgat??? hohohoho setelah aku bermeditasi seketika ak dapat rumuskan beberapa sebab kegagalan aku sem ni…
- blog
- BLOG
- bLoG
- BlOg
sekarang ni 70% masa aku dihabiskan dgan blog….laptop ni pon aku rasa dah beberapa hari tak di matikan nyawanya…skarg ni tempat yg aku x boleh berblogging hanyalah di cafe sahaja… tapi tempat tu semakin menjadi tidak sesuai untuk aku study… terasa macam ada sahaja mata2 yang melihat dan merenung tajam ke arahku… hohoho… hohoho aku xtau la macam mana kesudahan semester ni….. haraplah x begitu mendung…..
aku rasa aku kena ubah gaya hidup… aku kena kurangkan blogging ni… so pada hari2 yang mendatang ni… akan semakin kurang post yang bakal aku hasilkan… dan semakin kurang jugalah komen2 di blog rakan2 sekalian… hal ini akan berlanjutan sehingga aku berjaya kembali ke bentuk asal… so guys… doakanlah kejayaan aku ye….


