bila hari bloggers pulak ye???

bila hari bloggers pulak ye???

Jun 17

Malaysia memang kaya dengan sambutan hari-hari yang pelbagai… baru 2 hari lepas hari bapa,sebelum tu hari guru,hari ibu,hari pekerja,hari wanita,hari jururawat,hari memperingati P Ramlee… segala jenis hari la…tapi rasa-rasanya bila hari bloggers ye?? nak juga rasa ada sambutan khas… nak sambut hari bapa.. blom ada anak lagi… nak sambut hari pekerja.. aku ni penganggur yang berjaya.. nak sambut hari kanak-kanak rasanya dah tak layak dah… dan yang paling pasti.. sudah tentulah aku tak boleh sambut hari ibu mahupun hari wanita..

sekarang dah ramai rakyat Malaysia jadi blogger..bukan sahaja yang celik komputer dan golongan remaja.. pakcik-pakcik dan makcik-makcik pon ramai dah jadi blogger… menteri,ahli politik,bekas menteri, wartawan, artis, pengaggur, engineer,doktor semua dah jadi blogger dah.. rasanya dah cukup syarat dah nak buat sambutan secara besar-besaran di peringkat kebangsaan.. hohoho bukan sekadar lepak-lepak kat kedai mamak atau pergi buat havoc kat mana-mana shopping complex… boleh la rancang banyak aktiviti berguna.. nanti takde la orang asyik cakap blogger ni tak menyumbang apa-apa pon pada negara..

adeh… macam serius sangat la plak entry ni… sebenarnya nak tanya je bila hari bloggers.. atau memang belum diwujudkan lagi #-o.. kalau belum wujud rasa-rasanya bila la sambutan tu ye?

  • mungkinkah pada bulan Januari sempena memperingati kewujudan Links.net, blog pertama dunia ciptaan Justin Hall pada Januari 1994
  • atau bulan Disember sempena terciptanya perkataan weblog oleh Jorn Barger pada Disember 1997
  • atau mungkin juga pada bulan April sempena wujudnya perkataan blog hasil singkatan weblog oleh Peter Merholz pada April 1999
  • boleh jugak disambut dalam bulan Ogos sempena Pyra mewujudkan Blogger….blogging tool yang paling popular pada ogos 1999 tapi lepas tu Google beli pada Februari 2003
  • atau boleh juga disambut dalam bulan April sebab mengenangkan sempena RTM buat segmen khas bersama blogger bermula 20 April 2008…

banyaknya kemungkinan bulan sambutan…patut la takde lagi tarikh hari bloggers.. atau aku yang tak tau.. hohohoho

p/s: semenjak dua menjak ni aku banyak buat post yang berkaitan dengan tarikh.. tapi pada hakikatnya.. aku bukan suka sangat dengan subjek sejarah… hohohoh

post terakhir….

post terakhir….

Feb 10

post terakhir??? aku da nak bersara dari bidang blog… aku dah malas nak jaga blog ni… aku blogger baru yg kecundang???menulis blog x mebawa apa2 erti pada aku??? hohohoho tidak sama sekali…. ni adalah post terakhir sebelom aku balik Murni…. sekejap je dah habis cuti seminggu…. post ni kira conclusion utk apa yg dah berlaku sepanjang cuti seminggu…

first of all… apa yg aku dah buat dalam masa seminggu ni… hohohoho aku dah buat mini gathering dgan member2 aku yg sengal… aku dah memperkayakan blog ni dgan pelbagai plug ins baru.. aku dah start buat directory bawah catzer…aku dah merosakkan ym aku…

apa yg aku x berjaya buat…. hohoho ni lg banyak… satu pon homework aku x buat…hohoho standard la… esok nk hantar malam ni baru buat…kononnya nak tukar theme baru… tapi aku dah jatuh hati ngan theme ni.. sayang nk tukar….. nk buat skin ym… damn.. ym pon dah problem.. watpe nk buat skin… nak beli bday present utk ade sorg minah ni… hohoho aku x berkesempatan la nk beli… ntah bila ntah aku nk beli….( naseb baek aku sempat pos bday card bya.. kalo x bsing mnah tu.) aku x berjaya nk install plug in lightbox… sesape boleh tolong???

apa yg bakal aku buat…hohoho sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke Murni aku akan cari cd vista, driver dan segala macam software utk aku format laptop ni…(sedih dowh nk kene format…)malamnya aku akan siapkan asignment dta struct yg nk kene hantar Isnin ni…pastu study la..midterm dah dekat….hohohoho kalau berjaya study la…..

siapa yg sibuk sangat nk tegok aku nye multimedia assignment ari tu… ni tgok la puas2..asignment(recycle poster) dgan lab test aku…(kulit buku)

 

Page 2 of 212