topo…boleh ajar saya buat blog tak?

Blogging July 16th, 2008

ok post kali ni aku nak cerita pasal perihal aku dan dunia blog lagi.. sebabnya post-post yang macam ni semua mendapat tempat di hati pembaca-pembaca contohnya macam post ciri-ciri blog yang aku kurang gemar & aku blogger yang kurang sopan.. ok masa mula-mula aku menjadi blogger.. aku mendapat kritikan dan kutukan yang hebat daripada rakan-rakan sekalian.. hohho bakan rakan-rakan je… orang-orang besar pon selalu kritik para blogger ni.. tapi aku masih lagi kekal menjadi blogger.. dan sekarang aku dah ada domain sendiri…yeaH!!! <:-p

tapi sekarang selepas hampir setahun menjadi blogger yang gila dan macho bergaya..:)) semuanya dah berubah…hohoho kalau dulu orang kutuk dan pandang rendah golongan blogger macam aku ni… tapi sekarang dah ramai dah memperakui aku sebagai seorang blogger…ramai yang mintak tolong ajar macam mana nak buat blog, apa nak tulis dalam blog.. blog tu apa.. dan macam macam lagi la… aku boleh tolong dengan hati yang terbuka tapi… Read the rest of this entry »

kisah topo,sekolah dan….

Life July 14th, 2008

ok sebelum aku mengarut dengan lebih panjang.. korang prasan tak aku baru tukar favicon baru.. hohoho sebab aku rasa yang lama tu tak berapa sesuai la…striking sangat warna die… favicon baru ni juga dibuat menggunakan adobe illustrator..ade rupa macam ala-ala clone trooper tak?? hohoho aku dah semakin mahir menggunakan perisian ni..walaupun banyak lagi yang perlu akau belajar…berjaga-jaga la en razif mustapha.. aku akan menandingi ko tak lama lagi :)) poyo.. ok habis cerita pasal favicon…

post kali ni sebenarnya bertujuan untuk menceritakan pasal sekolah yg pernah aku belajar…hohoho dah 3 tahun dah aku meninggalkan bangku sekolah…dan ni la kali pertama aku menulis pasal sekolah dalam blog aku…aku silap la… patutnya post ni aku buat masa hari guru hari tu.. tapi takpe la… ok pengathuan kalian.. aku menetap dan bersekolah di Melaka.. kecuali masa sekolah menangah.. post ini dijangka akan menjadi sangat panjang… Read the rest of this entry »

sem ni topo makan maggi je la hari-hari…

Life July 12th, 2008

satu lagi post sempena semester baru.. mintak maaf la banyak-banyak sebab asyik cerita pasal semester baru dan UTeM je… ok 2 hari lepas semua badak budak UTeM bergembira sebab duit PTPTN dah masuk… nak menambahkan lagi kegembiraan, hari tu jugak la Jaya Jusco buat Jcard sale.. hohoho berduyun-duyun orang pergi Jusco… tapi perkhabaran tu tak menggembirakan aku langsung…. sebabnya aku tau sem ni PTPTN aku akan ditolak dengan drastiknya… nak tau sebabnya??? hohoho sebab masa mula-mula nak daftar dulu aku ambik wang pendahuluan daripada PTPTN sebanyak RM1500 sem ni dia tolak terus…

petang tu aku pergi la mesin atm nak check berapa sisa-sisa duit PTPTN aku yang tinggal… hohoho asalnya boleh dapat RM3500 tolak yuran RM1500.. tolak pendahuluan RM 1500.. hohoho jumlahnya… tinggal la RM 500.. hohoho tapi pengiraan matematik aku salah rupanya… ak check ade RM480 je duit dalam bank…. aku tengok ramai yang frust kat mesin ATM tu.. tapi aku menerima hakikat ni dengan muka yang macho…hohoho dalam pala hotak sekarang ni dah terbayang maggi je.. dan juga muka rakan-rakan yang pernah hutang dengan aku masa last sem… mula-mula aku nak biar je hutang tu.. tapi disebabkan krisis kewangan yang teruk sem ni.. hohoho akan ku jadi ceti mintak balik duit…

disebabkan krisis kewangan… aku dah merangka beberapa plan strategik… siap buat belanjawan lagi.. hohoho

duit PTPTN                        RM 480
duit dalam tabung             RM 80
hutang si A                       RM 150
hutang si B                       RM 100
duit dalam BSN                 RM 50
duit dalam maybank         RM 215 duit ni dah guna utk buat bnde lain…
_______________________________

TOTAL                          RM 860

rm 860.. cukup lah rasanya kalau tak beli benda yang bukan-bukan… nanti pandai-pandai la aku carik duit… jap.. YA!!!! aku baru teringat… bulan 10 ni raya.. hohoho so maknanya sumber pendapatan aku pon boleh bertambah=d… dan sebelum raya tu puasa.. hohoho lagi la aku boleh berjimat… yeah!!! takde la krisis kewangan sangat sem ni rupanya..tapi aku still akan carik sumber pendapatan lain… hohoho aku tak guna MBF (Mak Bapak Finance…) hohoho segan la plak nak mintak duit mak bapak…

so kepada sesiapa yang ade kerja macam setup blog ke.. buat review ke.. design banner ke… sila la inform pada aku.. hohoho dan sesiapa yang ada anjurkan contest yang menawarkan wang tunai yang lumayan… sila la inform aku jugak… hohoho

p/s: bagus jugak PTPTN ni… first time aku buat belanjawan… hohohoho

kisah Jun dan topo…

round up July 10th, 2008

sebelum aku melalut panjang ingin ditegaskan bahawa Jun tu bukan nama orang… ini adalah round up post untuk bulan Jun… hohoho buat pertama kalinya ada round up post di topotato.com…aku sangat teruja =p~ ok apa yang berlaku pada bulan june yang lepas… bulan ni merupakan bulan yang paling banyak visits yang pernah aku dapat selama aku menjadi blogger… dan semuanya disebabkan banyak hari-hari penting dan blog aku sangat mesra SEO hohoho banyak keyword aku dapat tempat teratas kat search engine..tapi tu semuanya secara kebetulan… aku tak buat apa-apa pon.. hohohooh aku nak Belajar SEO!!!!

ok 6 post yang paling mendapat tempat pada bulan Jun.. hohoho aku list kan 6 sebab bulan Jun… kalau Julai nanti aku listkan 7 lak… Read the rest of this entry »

naik semester = visitor turun….

Life, UTeM July 9th, 2008

hohoho seperti yang aku cakap dulu.. semester baru dah bermula…bosan giler.. dah la pindah hostel yang sangat x best.. kecik giler bilik tu.. lagi kecik dari masa aku dok murni dulu..tapi yang bestnya semester baru ni… adalah jadual aku.. hohoho isnin dengan selasa klas sampai pukul 10 malam… ada sejam-dua je break… pastu hari rabu dengan Jumaat xde klas langsung hohoho… belajar dua hari sampai lebam.. pastu public holiday…:d tapi yang xbest nya hari khamis ade satu kelas kol 2 :(( aku dah try pindahkan xdpat gak… ~X( tension aku.. hohoh kalo tak boleh cuti dari rabu sampai ahad… hohohoho

macam biasa lah.. bila naik sem masalah biasa akan timbul..masalah ketiadaan internet…:(( hohoho lepas aku pergi kursus.. lepas tu pergi jadi fasi kat UTeM dan pastu semester baru bukak…. visitor aku jatuh dengan sgat mendadak… hohoho sedih gile aku… tgok average visit ade 10 orang je.. hohoho slalunya paling sikit pon ada la dalam 60++ macam mana la kau nak mengatasi masalah ni…nak kena belajar SEO ke???hohoho sementara ada connection ni aku nak tulis banyak-banyak post la… pastu set time publish.. idea datang lah kepada ku…. so kalau comment kalian tak dapat respon atau jeritan korang xberbalas…mintak maaf la banyak-banyak ye…

p/s: apsal la semenjak 2 menjak ni post ak sume pendek-pendek belaka… hohohoho

semester baru kat UTeM..

Life, UTeM July 5th, 2008

hohoho baru je habis minggu haluan siswa kat UTeM.. hari ni dipenuhi dengan aktiviti tidur je… penat giler ooo… aku sampai rumah je pagi td terus tdo.. nak dekat maghrib baru bangun..pastu sambung lagi tidur.. hohoho pancit giler… tapi aku agak enjoy jadi fasi ni… bukan sebab dapat awek baru ye… disini aku ingin tegaskan… aku tak carik awek pon…. hohohoho dah jangan tanya lagi…. aku xde mintak satu nombor pon… xkira la freshie2.. mahupun kakak-kakak fasi… walaupun ada gak la kakak2 fasi yang cun-cun..hohoho sure kembang setaman diorang ni=))

ok habis cerita MHS. lagi dua hari semester baru bukak.. hohoho semester ni penuh dengan cita-cita… aku nak dpat dean list sem ni… jealous aku dgan bdak2 yang selalu dapat dean list kat kelas aku tu… satu lagi.. aku nak lebih aktif lagi la kat UTeM ni.. nak join macam-macam aktiviti… hohoho cam best je.. nak penuhi masa remaja aku dengan pelbagai pengalaman…=)) aku nak belajar macam-macam lagi benda baru, nak Belajar SEO, nak belajar illustrator, nak belajar amek gambar, nak belajar flash, nak belajar design template.. dan macam-macam lagi…

aku rasa cukup lah apa yang aku tulis ni… seriously aku mengantuk lagi ni.. nak sambung tidur..disini aku nak mengambil kesempatan nak mintak maaf la kepada pelajar2 baru UTeM ( kalo korang baca la blog aku ni..) sebab aku snap gambar korang masa tgah syok tido time ceramah… hohoohoh sekian..