pelaburan terbaik topo….

tag August 19th, 2008

ok aku telah diajukan soalan ni oleh en sammdaddycool yang menyuruh aku menyenaraikan 6 perlaburan terbaik aku… hoho asalnya tag ni berbahasa inggeris tapi aku nak jawab dalam Bm la… saya rasa bodoh bila saya bercakap dalam inggeris.. hohohooh agak sukar untuk aku menjawab tag ni sebab aku memang tak mempunyai banyak harta… tapi setelah bertapa berjaya jugak aku menyenaraikan perlaburan-perlaburan ku..

1) laptopku sayang..

ni la harta pertama aku yang dibeli menggunakan duit PTPTN… hohoho sebagai pelajar IT seperti aku, laptop ni sangat penting.. hohoho kalau takde laptop ni ibarat macam patah tangan gak la.. xleh nak buat keje… hohoho dengan laptop ni jugak la aku belajar pasal dunia blogging… terima kasih laptopku sayang.. tapi aku rasa hidup ko tak lama wahai laptop ku… jika aku ada duit aku akan membeli PC.. hohoho laptop ni tak mampu menampung software2 yang aku perlukan… hohoho bye laptopku sayang..

2) henset sony ericsson z610i ku sayang…

hohoho selama hampir 4 tahun aku guna alat komunikasi tangan ni.. ni la kali pertama aku menggunakan henset yang agak maju… ada camera, bluetooth,3G dan macam2 lagi… hohoh oselama ni aku pkai henset hitam putih je… aku pakai henset ni baru sebulan tapi nampak gayanya henset ni tak lama berada di pangkuanku sebab kaka aku dah jatuh hati dengan henset ni.. hoho bye henset ku sayang…

3) topotato.com ku sayang…

hohohoho banyak yang aku laburkan pada blog ni.. banyak projek masa depan yang aku akan buat kat blog ni.. hohoho belum dilancarkan je lagi… ni la tempat aku belajar macam-macam.. ni la tikus makmal aku.. banyak ujikaji yang aku jalankan kat sini.. hohohoo walaupun pernah mengalami bencana tapi kini masih lagi berdiri di sini… hohohooh

4) keluarga ku sayang…

hohoho tak seperti samdaddycool… yang ada anak… aku masih belum punya anak mahupun teman istimewa..hoho so keluarga la yang paling utama sekarang ni… hohooho aku malas nak menulis panjang lebar pasal keluargaku… sila la baca di sini ye…

5) UTeM ku sayang… hohoho

ok aku rasa setiap tahun kat sini la paling banyak sekali yang aku laburkan… tak kira dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya.. hohoho kepada yang masih tak tau.. UTeM tu Universiti Teknikal Malaysia Melaka… tempat aku melanjutkan pelajaranku… ye la .. tiap2 tahun beribu ringgit duit yang aku kena bayar… dan tiap-tiap hari aku kena mengahabiskan masa menghadiri kelas dan tutorial.. demi untuk mendapat segulung ijazah… hohoho ayat nak best

aku rasa cukuplah sampai 5… aku tak mampu nak memikirkan yang satu lagi… hohohoho maaflah tiada gambar disertakan.. aku tak boleh nak upload gambar entah kenapa…

jangan undi topo jadi pemimpin negara….

Reviews August 18th, 2008

post ini tiada kaitan langsung dengan pilihan raya kecil permatang pauh yang melibatkan pertembungan 3 penjuru.. antara calon umno Datuk Arif Shah Omar, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan calon AKIM Hanafi Mamat.. seesungguhnya aku memang kurang berminat dengan perkembangan politik di Malaysia ni.. hohoho ini hanya la post angan-angan jika aku menjadi pemimpin negara Malaysia yamg tercinta ni… semoga post ni tak menggelikan tekak sesiapa dan tidak menyebabkan korang semua mengutuk angan-angan aku yang murni ini.. hohohooh

jangan undi topo...

jangan undi topo...

Read the rest of this entry »

jom nyanyi lagu merdeka…

Reviews August 16th, 2008

ok tahun ni dah masuk tahun ke 51 Malaysia merdeka.. hohohoho sekejap je kan… untuk post kali ni aku nak kongsikan beberapa fakta tentang sambutan kemerdekaan yang ke 51 ni… ok pada tahun ni tema sambutan kemerdekaan adalah Perpaduan Teras Kejayaan… logo sambutan kemerdekaan yang digunakan pada tahun ni direka oleh saudara Anuar Dan…

logo sambutan kemerdekaan yg ke 51

logo sambutan kemerdekaan yg ke 51

Read the rest of this entry »

mylifeastopo dah dikapankan….

Blogging August 16th, 2008

bagi yang telah lama mengikuti perkembangan blog topo.. pasti korang tahu.. sebelum menulis di topotato.com.. aku telah menumpang di fwenz.info dengan blog bernama mylifeastopo.fwenz.info…dengan ini secara rasminya aku nak meyampaikan bahawa blog yg ber pr3 tu dah selamat aku kapankan…  sebelum ni aku dalam dilema nak kapankan ke tak… pastu aku mengambil keputusan nak jaga 2 blog.. satu dalam bm dan mylifeastopo ditulis dalam bi… tapi pada hakikatnya aku tak mampu nak jaga 2 blog… hohoho

jadi aku pon mengambil keputusan kapankan terus blog tu… lama jugak aku ambil masa nak kapankan blog tu.. hoihoho akhirnya aku nekad… jadi kepada yang dah baut link ke blog tu.. atau dah subscribe pada rss feed die.. korang dah boleh la musnahkan link tu.. hohoho aku dah redirect mylifeastopo ke blog ni…

aku masih belum boleh musnahkan sepenuhnya subdomain tu dan pulang balik pada tuannya sebab ada image yg aku host kat situ dan masa aku transfer semua post aku tak tukar lagi link dia… agak susah nak carik balik image tu.. nanti kalau aku jumpa nanti akan ku segera pulangkan subdomain tu pada tuannya untuk dimusnahkan sepenuhnya….

adakah aku menyesal kapankan blog yang ber pr3 tu??? hohoho tdak sama sekali… aku akan cuba jadikan topotato.com lebih mantap lagi.. ye la hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri… (hohoho boleh ke perumpamaan ni??? )

tapi kalau ada yang berhajat nak sambung jaga mylifeastopo tu boleh jugak…hohoohoh pr3 tu.. backlinks pon mantap gak… tapi kena mintak izin dengan tokei fwenz.info la.. tak berani aku nak maen pas2 macam tu je… ye la aku sekadar menumpang je.. hohohooh akhir kata.. kepada yang telah linkkan ke blog mylifeastopo.fwenz.info korang dah boleh musnahkan link tu atau tukarkan menjadi topotato.com…

orang baca ke entry aku???

Blogging August 14th, 2008

walaupun dah entry yang ke 107 aku sendri tak pasti orang  betul-betul baca apa yang aku tulis?? atau  yang sekadar baca tajuk lepas tu bagi komen je?? hohoho aku selalu juga buat macam ni… tengok entry tu panjang sangat aku baca tajuk je lepas tu komen… hohoho pastu komen tu memang confirm la lari daripada apa yang cuba nak disampaikan…sebab aku tengok dekat blog aku ni pon macam ramai je yang baca tajuk pastu bagi komen terus.. sebab aku memang selalu buat tajuk yang lari dengan isi.. hohoho saje je nak menarik minat…

ok untuk post kali ni aku nak mengajukan persoalan ni… berapa ramai dikalangan korang yang hanya sekadar baca tajuk je.. dan apa faktor atau penyebab korang tak baca entry tu sampai habis… ye la boleh dijadikan tunjuk ajar ni… mana la tau selama ni aku hanya syok sendiri je menulis.. benda yang baik boleh dikongsi bersama..

secara jujurnya memang selalu jugak la aku hanya baca tajuk je.. lepas tu bagi komen… salah ke tindakan ni??? hoho ntah la.. tetiba sekarang ni baru aku rasa macam tak kena je perbuatan aku ni… ohohoh ada jugak yg aku baca 2-3 rangkap je lepas tu terus bagi komen sebab aku dah nampak persoalan yg aku nk tanya… hohoho ye la kalau kita dah jumpa apa yang kita nak buat pe cari lagi kan??? hohoho

selain tu terdapat entry yang terlalu berkias-kias sampai aku pon pening nak baca… hoho into je pon dah dekat 2-3 perenggan… dengan ayat ayng sangat berbunga-bunga… hohoho pada saat tu la aku kecundang… tak mampu nak baca sampai habis entry sipolan tu…

tapi ada jugak entry yang panjang berjela tapi aku sanggup baca sampai 2-3 kali sebab penulis tu mampu untuk mengolah jalan cerita dia dengan baik.. hohoho cukup segala penggunaan gaya bahasa… hohoho lengkap dengan permulaan,konflik,kemuncak dan penutup… hohohoh mungkin mereka ni dah lama dalam bidang penulisan ni dan dah tau macam mana nak menulis dengan baik…

so apa yang menyebabkan korang baca sesebuah entry tu sampai habis??? apa daya penarik dia?? dan kenapa jugak korang hanya baca tajuk je lepas tu bagi komen??? sila la kongsikan ye…

p/s: sampai sekarang aku tak tau mana satu yang betul… entry ke post…

topotato.com down seketika tadi….

Blogging August 13th, 2008

hohoho mungkin ada yang perasan.. semenjak jam 8 pm 12/08/08 blog ni tak dapat di layari… hohohoo kepada yang tak bernasib baik melayari blog ni masa dia sedang down.. apa perasaan anda?? kenapa la blog aku ni down… hohohoo hosting problem ke??? aku da tak sanggup hadapi masalah hosting yang tak boleh blah macam yang pernah aku kena dulu… hohohoho setelah aku check balik baru aku perasan… serverfreak (syarikat hosting aku sekarang ni) ada hantar email cakap mereka nak migrate server… so akan down lebih kurang 2 jam sejak pukul 8pm…hohohoho

tapi… jeng2..pukul 12.00 aku try bukak lagi sekali topotato.com… masih lagi server down.. hohoho aku dah mulai cemas… hohohoho aku pon pergi la melayari knizam.com sebab kami berkongsi dns yg sama kalau tak silap…. hohoho knizam pon down jugak…

aku buat sedikit survey… tanya pada sahabat handai yang terdekat… boleh masuk tak blog aku… abdus yg ada kat miri kata boleh… humbleandmodest yg ada kt UTM skudai pon kata boleh… hohoh aku je ke yang tak boleh???so aku pon hantar la email pada support serverfreak…dan jawapannya???

jawapannya??? tak sampai 10 minit kira-kira jam 12.47 am tiba-tiba aku dapat panggilan telefon… blur aku ada dengar suara yg memang aku tak kenal langsung… hohoho pelat cina suara tu agak pekat… mula-mula aku ingatkan salah nombor.. aku letak la… pastu dia call balik… hohoho rupanya orang yang call aku tu Sam.. org dari serverfreak.. hohoho tekejut aku.. serverfreak call aku pg2 buta tanya pasal blog aku yang down ni…

dan sejurus selepas itu aku dapat melihat kembali topotato.com di alam maya ini… hohoho customer service serverfreak memang hebat… itu la faktor utama aku pilih serverfreak lepas aku mengalami bencana hosting tak lama dulu… hohoho lama aku buat survey + eksperimen untuk cari hosting yang best.. dan terbukti serverfreak memang hosting yang best.. tak percaya cubalah sendiri…

kepada yang masih lagi mencari hosting yang terbaik dan best.. topotato.com merekomen sepenuhnya serverfreak…hohoho ok thanks Sam… thanks serverfreak… topotato.com kembali bernyawa..