semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….
Aug 21sekarang dekat dunia blog ni asik post pasal merdeka je… termasuk la aku sendiri… da 2-3 post da aku buat pasal kemerdekaan.. dalam kesibukan kita nak sambut merdeka ni mungkin ada yang terlupa perkara penting yang bakal berlaku selang 1 atau 2 hari dari tarikh 31 Ogos… sebenarnya aku pon da agak terlupa dengan perkara tu sampai la aku baca satu comment kat post jom nyayi lagu Merdeka… aku rasa komen tu sangat berguna dan aku nak kongsikan….komen tersebut adalah seperti berikut…
Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)
Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!
seriously aku hampir terlupa kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi… teruk betol!!! satu pesanan dari topotato.com… merdeka tu merdeka jugak… tapi jangan la sambut lebih2 ye… berpesta pora sampai ke pagi… akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN….
iklan merdeka petronas 2008…
Aug 20petronas memang selalu buat iklan yang mengagumkan aku… semalam seharian aku aku cari iklan merdeka ke 51 ni kat youtube untuk mempertontonkan pada kalian… tapi malangnye aku tak ketemu.. hohoho hari ni knizam dengan zamz dah jumpa dulu… hohoho mulanya aku tak nak post kat sini.. tp iklan ni terlalu menarik la… sila la menonton dengan khusyuknye ye….
aku memang minat pada afdlin shauki… semenjak 2 menjak ni afdlin sangat laku kat kaca tv… maaflah aku hanya post iklan untuk tahun 2008 je ye… kalau korang mahukan lebih Petronas tvc (tv commercial kalau tak silap).. silalah melawat blog knizam dan zamz…
pelaburan terbaik topo….
Aug 19ok aku telah diajukan soalan ni oleh en sammdaddycool yang menyuruh aku menyenaraikan 6 perlaburan terbaik aku… hoho asalnya tag ni berbahasa inggeris tapi aku nak jawab dalam Bm la… saya rasa bodoh bila saya bercakap dalam inggeris.. hohohooh agak sukar untuk aku menjawab tag ni sebab aku memang tak mempunyai banyak harta… tapi setelah bertapa berjaya jugak aku menyenaraikan perlaburan-perlaburan ku..
1) laptopku sayang..
ni la harta pertama aku yang dibeli menggunakan duit PTPTN… hohoho sebagai pelajar IT seperti aku, laptop ni sangat penting.. hohoho kalau takde laptop ni ibarat macam patah tangan gak la.. xleh nak buat keje… hohoho dengan laptop ni jugak la aku belajar pasal dunia blogging… terima kasih laptopku sayang.. tapi aku rasa hidup ko tak lama wahai laptop ku… jika aku ada duit aku akan membeli PC.. hohoho laptop ni tak mampu menampung software2 yang aku perlukan… hohoho bye laptopku sayang..
2) henset sony ericsson z610i ku sayang…
hohoho selama hampir 4 tahun aku guna alat komunikasi tangan ni.. ni la kali pertama aku menggunakan henset yang agak maju… ada camera, bluetooth,3G dan macam2 lagi… hohoh oselama ni aku pkai henset hitam putih je… aku pakai henset ni baru sebulan tapi nampak gayanya henset ni tak lama berada di pangkuanku sebab kaka aku dah jatuh hati dengan henset ni.. hoho bye henset ku sayang…
3) topotato.com ku sayang…
hohohoho banyak yang aku laburkan pada blog ni.. banyak projek masa depan yang aku akan buat kat blog ni.. hohoho belum dilancarkan je lagi… ni la tempat aku belajar macam-macam.. ni la tikus makmal aku.. banyak ujikaji yang aku jalankan kat sini.. hohohoo walaupun pernah mengalami bencana tapi kini masih lagi berdiri di sini… hohohooh
4) keluarga ku sayang…
hohoho tak seperti samdaddycool… yang ada anak… aku masih belum punya anak mahupun teman istimewa..hoho so keluarga la yang paling utama sekarang ni… hohooho aku malas nak menulis panjang lebar pasal keluargaku… sila la baca di sini ye…
5) UTeM ku sayang… hohoho
ok aku rasa setiap tahun kat sini la paling banyak sekali yang aku laburkan… tak kira dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya.. hohoho kepada yang masih tak tau.. UTeM tu Universiti Teknikal Malaysia Melaka… tempat aku melanjutkan pelajaranku… ye la .. tiap2 tahun beribu ringgit duit yang aku kena bayar… dan tiap-tiap hari aku kena mengahabiskan masa menghadiri kelas dan tutorial.. demi untuk mendapat segulung ijazah… hohoho ayat nak best
aku rasa cukuplah sampai 5… aku tak mampu nak memikirkan yang satu lagi… hohohoho maaflah tiada gambar disertakan.. aku tak boleh nak upload gambar entah kenapa…
jangan undi topo jadi pemimpin negara….
Aug 18post ini tiada kaitan langsung dengan pilihan raya kecil permatang pauh yang melibatkan pertembungan 3 penjuru.. antara calon umno Datuk Arif Shah Omar, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan calon AKIM Hanafi Mamat.. seesungguhnya aku memang kurang berminat dengan perkembangan politik di Malaysia ni.. hohoho ini hanya la post angan-angan jika aku menjadi pemimpin negara Malaysia yamg tercinta ni… semoga post ni tak menggelikan tekak sesiapa dan tidak menyebabkan korang semua mengutuk angan-angan aku yang murni ini.. hohohooh
jom nyanyi lagu merdeka…
Aug 16ok tahun ni dah masuk tahun ke 51 Malaysia merdeka.. hohohoho sekejap je kan… untuk post kali ni aku nak kongsikan beberapa fakta tentang sambutan kemerdekaan yang ke 51 ni… ok pada tahun ni tema sambutan kemerdekaan adalah Perpaduan Teras Kejayaan… logo sambutan kemerdekaan yang digunakan pada tahun ni direka oleh saudara Anuar Dan…
mylifeastopo dah dikapankan….
Aug 16bagi yang telah lama mengikuti perkembangan blog topo.. pasti korang tahu.. sebelum menulis di topotato.com.. aku telah menumpang di fwenz.info dengan blog bernama mylifeastopo.fwenz.info…dengan ini secara rasminya aku nak meyampaikan bahawa blog yg ber pr3 tu dah selamat aku kapankan… sebelum ni aku dalam dilema nak kapankan ke tak… pastu aku mengambil keputusan nak jaga 2 blog.. satu dalam bm dan mylifeastopo ditulis dalam bi… tapi pada hakikatnya aku tak mampu nak jaga 2 blog… hohoho
jadi aku pon mengambil keputusan kapankan terus blog tu… lama jugak aku ambil masa nak kapankan blog tu.. hoihoho akhirnya aku nekad… jadi kepada yang dah baut link ke blog tu.. atau dah subscribe pada rss feed die.. korang dah boleh la musnahkan link tu.. hohoho aku dah redirect mylifeastopo ke blog ni…
aku masih belum boleh musnahkan sepenuhnya subdomain tu dan pulang balik pada tuannya sebab ada image yg aku host kat situ dan masa aku transfer semua post aku tak tukar lagi link dia… agak susah nak carik balik image tu.. nanti kalau aku jumpa nanti akan ku segera pulangkan subdomain tu pada tuannya untuk dimusnahkan sepenuhnya….
adakah aku menyesal kapankan blog yang ber pr3 tu??? hohoho tdak sama sekali… aku akan cuba jadikan topotato.com lebih mantap lagi.. ye la hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri… (hohoho boleh ke perumpamaan ni??? )
tapi kalau ada yang berhajat nak sambung jaga mylifeastopo tu boleh jugak…hohoohoh pr3 tu.. backlinks pon mantap gak… tapi kena mintak izin dengan tokei fwenz.info la.. tak berani aku nak maen pas2 macam tu je… ye la aku sekadar menumpang je.. hohohooh akhir kata.. kepada yang telah linkkan ke blog mylifeastopo.fwenz.info korang dah boleh musnahkan link tu atau tukarkan menjadi topotato.com…




