15 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi

Reviews February 14th, 2012
Langkah mudah untuk mendaftar sebagai pengundi

Langkah mudah untuk mendaftar sebagai pengundi

  1. Pergi ke Pejabat Pos yang berdekatan
  2. Ambil angka giliran
  3. Duduk tunggu angka giliran
  4. Pergi kaunter bila angka giliran anda dipanggil
  5. Cakap kat kakak jaga kaunter yang comel nak mendaftar sebagai pengundi
  6. Bagi IC
  7. Bagi no telefon
  8. Dia taip segala macam bagai
  9. Dia print
  10. Dia suruh anda semak butiran
  11. Anda semak
  12. Anda tandantangan sebagai pengesahan
  13. Selesai
  14. Dia senyum
  15. Anda cakap terima kasih pada kakak comel yang jaga kaunter

 

Ini nama dia bunga bawang

Life February 1st, 2012

live update: 1 Feb ’12, 6.39pm MYT | dari e71 topo…

Ini namanya bunga bawang atau nama saintifiknya aku kurang pasti. Tapi apa yang pasti adalah ia dalam genus zephyranthes dan tergolong dalam keluarga amaryllis. Ia boleh dikatakan tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga lili.

Selain warna merah ia juga ada warna putih, tapi bunga putih belum kembang lagi. Kalau dah ada nanti aku update dekat sini. Warna bunga ni sangat meruntun jiwa haha rasa macam nak gigit je bunga ni

Iklan Tahun Baru Cina Petronas 2012 – Coming Home

video January 18th, 2012

Seperti biasa, Petronas tidak pernah mengecewakan bila buat iklan perayaan seperti hari raya, tahun baru cina, deepavali dan sebagainya. Tahun ini ia lebih berkisarkan kepada “Coming Home” atau Balik Rumah. Mayarakat telah berhijarah ke tempat lain untuk mendapatkan peluang yang lebih baik dan juga rezeki yang berlipat kali ganda. Tapi tak kira dimana mereka berada, berapa jauh mereka telah pergi mereka tetap akan pulang kembali ketempat asal.¬† Akhir kata, Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya¬† :)

sumber: channel youtube rasmi Petronas

Adik Balqis Azizi: Budak Comel yang Pandai Berlakon

Reviews January 15th, 2012

Siapa Balqis Azizi? hehehe baca sampai habis. Aku memang peminat drama Melayu haha setiap minggu pasti aku akan tengok Cerekarama kat tv3. 2 Minggu lepas cerita Aduh sayang lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak memang sangat menarik dan mengiburkan tapi aku bukan nak cerita pasal dua orang artis hot ni, aku nak kongsikan tentang watak Fateha masa kecil yang dilakonkan oleh adik Puteri Balqis Azizi (Aqish). Dan semalam sekali lagi dia berjaya memikat aku dengan watak Mimi dalam cerita Mr. Labuci.

Mimi dalam Mr. Labuci

Mimi dalam Mr. Labuci

Read the rest of this entry »

Boh Green Tea

Life January 5th, 2012

live update: 5 Jan ’12, 9.39pm MYT | dari e71 topo…

Ini adalah teh hijau atau dalam Bahasa Inggeris green tea keluaran Boh. Minuman yang kononnya sihat dan baik untuk badan. Sangat tawar haha.

Bunga bakawali kat rumah berkembang lagi

Life December 22nd, 2011

live update: 22 Dec ’11, 12.40pm MYT | dari e71 topo…

Suatu ketika dahulu aku pernah kongsikan projek tunggu bunga bakawali kembang di blog ini. Hari ni bunga bakawali tu kembang lagi tapi tak sempat pulak nak duduk berembun tunggu. memang cantik bunga bakawali ni, lagi unik bila ia kembang pada waktu malam je esoknya dah layu. Sebab tu susah nak tengok bunga ni.