Ini nama dia buah Namnam

Ini nama dia buah Namnam

Sep 12

live update: 12 Sep ’11, 10.15pm MYT | dari e71 topo…

Hehehe ini nama dia buah namnam atau nama saintifik dia Cynometra caulifora. Ia juga dikenali sebagai buah **** anjing sebab mungkin kerana bentuknya. Hehehe **** itu anda teka la sendiri ape. Rasanya masa, dan kononnya mempunyai banyak khasiat. Kayu pokok ini sering digunakan untuk buat gasing manakala buahnya biasa dijadikan bahan rojak atau jeruk dan juga sedap dibuat sambal kononnya.

Makan dadih masa cuaca sejuk gile ni memang best

Makan dadih masa cuaca sejuk gile ni memang best

Sep 11

live update: 11 Sep ’11, 8.06pm MYT | dari e71 topo…

Ramai orang yang mengadu kat twitter sekarang ni sejuk giler. Ya memang sejuk woo rasa macam nak bergulung je dalam sleeping bag hari ni. Alang-alang dah sejuk macam ni aku pon ambil kesempatan untuk makan dadih yang sejuk giler haha. Ye la, negatif + negatif kan akan jadi positif. Ini la rupa dadih blueberry + nata de coco dicurahkan dengan sedikit susu sejat. Perghhh sedap giler *brain freeze*

Baju raya saya warna #28172a

Baju raya saya warna #28172a

Sep 02
baju raya

Masih belum terlambat kiranya jika saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada kalian yang sudi menjengah topotato.com ini. Dan menjadi kebiasaan pada hari raya pasti ramai orang akan bergaya dengan baju raya yang berwarna-warni. Pada tahun ini setelah beberapa tahun tak beli baju melayu akhirnya saya berjaya beli sepasang baju melayu yang agak kacak berwarna #28172a.

Haaa unikkan warna ni, ini pon sebab nak ikut tema keluarga pakai warna unggu kalau tidak memang takde makna saya nak beli baju warna ini. Pada awalnya nak beli warna #c283c9 tapi apakan daya warna kulit saya ni agak lebih kepada #000000 jadi tak dapat la nak pakai warna secerah #c283c9. Tapi warna #28172a ni cantik berserta samping berwarna #000000 bersulam dengan benang berwarna #ecc87a saya memang kacaklah di pagi raya. Sekian Terima Kasih. Baju raya anda warna apa?

Ini nama dia buah cempedak di luar pagar

Ini nama dia buah cempedak di luar pagar

Aug 28

live update: 28 Aug ’11, 6.33pm MYT | dari e71 topo…

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Petang ni jom makan cempedak goreng kan..
Hahaha

Peluang Jadi Tauke Bersama Usahawan.com

Peluang Jadi Tauke Bersama Usahawan.com

Aug 24

Pakej Perniagaan Twisto Pocket & Twisto Rangup  Mesin Pembuat Soya & Taufufah Automatik  Pakej Cetak T-Shirt & Cenderahati  Pakej Perniagaan Kentang Spring  24 inch USB Cutting Plotter w ArtCut Software  Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt  Pakej Perniagaan Cetak Mug   Pakej Perniagaan Button Badge (Pin Button)  Pakej Perniagaan Ayam Panggang Mekah
Bukan mudah untuk mendapat peluang perniagaan yang berkesan dan menguntungkan. Seseorang perlu mempunyai modal, kepakaran dan pengalaman yang secukupnya sebelum memulakan sesebuah perniagaan sendiri. Tanpa kepakaran dan beberapa perkara penting lain, pasti perniagaan anda tidak akan berjaya dan menguntungkan. Usahawan.com merupakan tempat yang menyediakan banyak peluang perniagaan baru khas untuk peniaga kecil dan sederhana dengan pakej yang sangat berpatutan.
Hanya orang-orang terpilih je dapat surat kuning ni

Hanya orang-orang terpilih je dapat surat kuning ni

Aug 23

live update: 23 Aug ’11, 1.18pm MYT | dari e71 topo…

Hanya insan-insan terpilih je boleh dapat surat kuning istimewa daripada TNB ni haha. Orang lain susah nak dapat. *korek tabung* *cari lilin* hahaha

Page 3 of 9612345...Last »