Susu F&N EXTRA.. dengan tongkat ali dan ginseng

Life July 26th, 2010

live update: 26 Jul ’10, 10.27pm MYT PST | dari e71 topo…

Aku memang biasa beli ali cafe power root terutamanya masa zaman-zaman sekolah dulu sampai bapak aku pon terikut sama.. Tapi dah lama tak beli sebab mak aku tak suka bau dia..
Semalam bapak aku bawak balik susu ni, katanya nak try test macam mana.. Harga dia pon tak mahal sangat so boleh la nak try. Aku pon macam agak teruja gak la nak rasa susu yg dicampur tongkat ali dengan ginseng ni.
Jadi malam semalam try la buat air teh tarik guna susu ni, hehehehe rasa macam minum air akar kayu.. Kesannya??? Betul-betul kaw.. Sampai sekarang ni aku tak boleh nak tido walaupun kepala dah ting-tong dah ni.
Kepada sesiapa yg berminat cuba la cari di pasaraya berhampiran.. Harga dia tak mahal sangat pon.. ;D

rakyat Malaysia belanja RM500 juta utk beli nombor kenderaan

Life July 22nd, 2010

live update: 22 Jul ’10, 10.32am MYT PST | dari e71 topo…

Terasa sangat berbangga hari ni sebab aku berjaya beli surat khabar di pagi hari.. hohoho antara berita yang menarik minat aku adalah berkenaan tempahan no plat.. dalam masa 4 tahun ni rakyat Malaysia dah berbelanja RM500j untuk beli no plat.. Ini termasuklah plat KCT1 milik dato siti yang bernilai RM66,550 dan juga no plat TAY1 yang bernilai RM200k+-.. Hohoohoho kaya2 orang Malaysia ni kan..

Selain itu gambar Cut Tari yang cantik molek juga salah satu faktor aku beli surat khabar hari ni.. untuk berita lebih lanjut pi beli sendiri surat khabar

tema baru dalam tempoh cubaan

Life July 11th, 2010

live update: 11 Jul ’10, 11.44pm MYT PST | dari e71 topo…

Saje je nak test theme baru.. Nampak macam smart.. Tapi banyak aspek yg fail la.. hmmm

mari gunakan pendrive alam maya: dropbox

Reviews July 9th, 2010

Dah lama rasanya tak tulis benda yang bermanfaat kat sini, asik buat liveblog je.. hohoho kesibukan melanda la beb.. kali ini aku ingin kongsikan sesuatu yang sangat berguna terutamanya kepada aku yang tiada laptop dan menggunakan komputer yang pelbagai. Aplikasi berkenaan adalah Dropbox, apa gunanya bropbox ini? Teruskan membaca… Read the rest of this entry »

ini adalah lakaran awal projek yang aku kena buat masa internship

Life July 7th, 2010

live update: 7 Jul ’10, 8.18pm MYT PST | dari e71 topo…

Setelah berbincang dengan supervisor aku semalam, ini lakaran awal apa yang aku kena buat sepanjang latihan industri. Tapi masalahnya aku sendiri dah tak faham apa yang kami bincangkan semalam.. Hohoho dah macam strategi bola sepak belanda untuk final nanti pon ada gak…

Best giler lagu Mama Papa- Ning Baizura tapi..

lagu, Life July 6th, 2010

pernah dengar lagu Mama Papa by Ning Baizura? hohoho best gak la rugi kalau tak pernah dengar lagu tu. Hohoho susah kot nak dapat kene tunggu pilihan mu di Era je la (kalau ada).. serius tak tipu, memang susah nak dapat lagu tu, tak percaya try la google kat youtube pon xde kot yang ada hanyalah.. Read the rest of this entry »