Tahukah anda ada lebih 100 url yang boleh digunakan untuk masuk ke laman web intel.com

tutorial September 15th, 2010

Korang tau tak yang kita boleh set banyak url untuk masuk ke laman web kita dengan menggunakan fungsi redirects domain. Contohnya katakanlah tetiba aku gatal tangan nak beli domain nazrien.my tapi tak tau nak buat apa dengan domain tu. Aku boleh redirect domain tu pi ke blog ni. Nanti korang boleh masuk ke blog ni dengan menggunakan url topotato.com ataupun nazrien.my tadi. Itu contoh je ye, tapi apa yg lagi hebat, untuk masuk ke laman web intel.com, terdapat lebih 100 url yg boleh digunakan antaranya adalah: Read the rest of this entry »

memahami apa itu hotlink hot ticket bersama topo

Reviews September 8th, 2010

klik sini untuk lebih informasi berkenaan dengan Hotlink Hot Ticket

Kepada yang tak pernah dengar apa itu hotlink hot ticket, sila tengok dahulu video di atas. Kepada yang dah tengok tapi tak faham kegunaannya teruskan membaca post ini. Walaupun video ini agak smart tapi aku tak berapa suka sebab mesej yang cuba disampaikan kurang jelas (bagi aku la). Read the rest of this entry »

yeah!! dapat kad raya daripada artis media prima

Life September 7th, 2010

live update: 7 Sep ’10, 4.58pm MYT PST | dari e71 topo…

Yeah dah dapat kad raya yang pertama utk tahun ini.. Kad raya daripada media prima plak tu.. Sila jeles. Nasib baik kad dia cantik dan tak mengarut macam iklan hari raya dia.. Sekarang ni tgah tunggu daripada heliza plak..

p/s: yela2 kad raya ni bukan daripada artis.. Tapi daripada rakan yg praktikal kat situ.. terima kasih byk2 ye 😀

Baju raya saya warna #bc9e9c

Life September 6th, 2010

baju raya

Bila nak raya pasti akan ada cerita pasal baju raya. Sekadar post ringkas sahaja. Baju raya saya warna #bc9e9c warnanya agak unik dan menarik :D. Ditambah pula dengan samping berwarna #000000 bersulam dengan benang berwarna #ecc87a pasti saya kelihatan kacak. Tetapi jauh di lubuk hati dah lama saya teringin nak pakai baju raya warna #cafd7c tetapi saya sedar kalau saya pakai baju warna #cafd7c pasti akan kelihatan pelik.

Haha terasa sangat geek post kali ini tapi itulah hakikat dia, sebab warna baju aku ni sangat unik dan susah nak sebut. Nak kata warna maroon bukan, warna coklat pon bukan. Warna hijau jauh sekali. Jadi kesimpulannya warna baju raya aku tahun ini dan dah bereapa tahun dah adalah #bc9e9c. Tapi aku memang nak sangat baju warna hijau tapi jugak apa kan daya, warna kulit aku tak mengizinkan untuk aku memliki baju warna berkenaan. Sekian Terima Kasih. Baju raya anda warna apa?

Iklan Hari Raya Petronas 2010 – Kisah Terlanjur Maznah & Fendi

video September 4th, 2010

Seperti biasa Petronas tak pernah gagal untuk menghidangkan iklan hari raya yang menarik dan penuh pesanan yang berguna. Tak macam iklan raya tv3 yang sangat mengarut itu. Untuk raya kali ini mereka buat tvc (television commercial) yang agak klasik sedikit. Sila la tengok ye..

p/s: tajuk dia sangat panas dan tak boleh blah.. hahaha Read the rest of this entry »

best jugak lagu “Pening Raya” nyanyian M.Nasir & Salih Yaacob ni

video September 3rd, 2010

Aku selalu dengar lagu ni dekat sinar fm..  ya aku sekarang ni merupakan pendengar tetap sinar fm radio no 1 Malaysia sekarang ini.. Lagu ini agak menarik kerana menggandingkan sifu M.Nasir dan juga Salih Yaacob (abang Jem). Sempoi je lagu ni untuk santapan halwa telinga memang best la hahaha. Lirik dia pon boleh tahan jugak teruskan membaca untuk tengok lirik dia. Read the rest of this entry »