tolong!!! Mesin ni telan cek nuffnang aku..

Life September 22nd, 2010

live update: 22 Sep ’10, 9.55am MYT PST | dari e71 topo…

tolong!!! mesin ni telan cek nuffnang aku.. dah la 2 keping plak tu..
ratus-ratus gak la nilai dia :((

hohoho ada orang percaya ke? Bagus.. hoho kepada yang tak tahu, ini
adalah mesin deposit cek. Nasib baik la mesin ni dah ada kat UTeM
senang keje aku tak payah nak beratur isi borang la bagai.. Masa aku
masukkan cek aku dalam mesin ni budak2 semua pandang pelik je dan aku agak yakin pakcik yg keje nak kutip cek ni pasti bosan giler sebab ada 1-2 cek je yang masuk sebulan

Terlupa nak logout facebook di PC kawan? Jangan risau, ini penyelesaiannya

Reviews September 21st, 2010

Banyak kes yang berlaku di facebook sebab kita terlupa logut facebook di PC kawan atau lebih teruk lagi di Cyber cafe. Kalau kawan-kawan tu semua baik-baik belaka mungkin kita selamat, tapi kalau dapat kawan yang nakal sikit memang nahas la kita. hahaha. Untuk menyelesaikan masalah Facebook dah memperkenalkan fungsi baru “Remote Log-out Feature”. Read the rest of this entry »

tebal giler kabus pagi ni.. rasa macam kat Genting je

Life September 21st, 2010

live update: 21 Sep ’10, 9.11am MYT PST | dari e71 topo…

Tebal gile kabus pagi ni rasa mcm dok kat tanah tinggi genting je skrg
ni.. gambar ini diambil daripada office aku berlanskapkan library
UTeM..

Siti Kelembai drama baru di slot Lagenda tv3

Reviews September 20th, 2010

Ini adalah drama terbaru di slot Lagenda tv3 Isnin – Khamis yang bermula pada 20 September 2010 pada jam 4.30ptg di tv3 atau ulangannya jam 8.30 mlm di tv9. Apa yang menarik minat aku adalah pelakon Siti Kelembai ini iaitu Yana Samsudin. Tak kenal siapa tu Yana Samsudin? ish3.. Dia merupakan pengarah perempuan termuda di Malaysia yang mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta. Read the rest of this entry »

penyakit Amanz dah berjangkit pada aku.. =.=”

snippet September 19th, 2010

~cerita bermula~

Tolong!!!! penyakit Aman Fidaus dah berjangkit pada aku..
Dulu biasa-biasa je.. tapi sekarang ni dah makin kronik
Ada tak misi-misi comel yang boleh tolong ubatkan?

~cerita tamat~

Kad Raya untuk Heliza

Masterpiece September 15th, 2010
kad raya heliza

kad raya untuk heliza

Kalau korang mengikuti blog ini dari zaman dahulu kala pasti korang tau aku memang minat dengan heliza :D. Dan kalau korang rajin tengok update aku di facebook pasti korang tau suatu ketika dahulu aku rajin buat gadis vector ini. Jadi sempena hari raya ni tak salah rasanya kalau aku gunakan lakaran vector ini untuk diberikan kepada Heliza. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada heliza. Semoga berjaya di masa akan datang 😀

p/s: aku masih tunggu lagi kad raya daripada Heliza ni.. Masa dia announce kat fb hari tu siapa nak kad raya.. ntah dapat ke tak aku ni 😀